Restoran makanan segera jadi sasaran vandalisme BorneoPost ... - Blog Makanan di Malaysia

Restoran <b>makanan</b> segera jadi sasaran vandalisme BorneoPost <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Restoran <b>makanan</b> segera jadi sasaran vandalisme BorneoPost <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 02:35 PM PST

KUCHING: Sebuah restoran rangkaian makanan segera di Tabuan Jaya di sini menjadi sasaran vandalisme oleh sekumpulan individu tidak dikenali, awal pagi semalam.

Insiden itu disedari oleh pengurus restoran sekitar 1.30 pagi semalam oleh pengurus restoran, 23, yang mendapati kumpulan lelaki tidak dikenali itu menyelongkar tong sampah di belakang premis tersebut.

Selepas ditegur oleh lelaki berusia 23 tahun itu, kumpulan tersebut dikatakan bertindak ganas dengan menabur sampah merata-rata di atas jalan raya serta memaki-hamunnya.

Mereka seterusnya membaling alat mengunci motosikal ke arah tingkap bahagian atas premis tersebut yang kemudiannya memecahkan tingkap sebuah kereta yang diletakkan berhampiran.

Kumpulan itu kemudiannya beredar dari tempat tersebut selepas menyedari pengurus restoran berkenaan menghubungi pihak polis.

Bagaimanapun, selang beberapa minit kumpulan itu dikatakan datang kembali menaiki Proton Wira dan motosikal dan berhenti di hadapan premis berkenaan dan membaling objek keras ke arah kereta dan beberapa buah motosikal milik pekerja restoran berkenaan sebelum melarikan diri.

Punca sebenar kejadian belum diketahui.

Laporan polis telah dibuat dan kes sedang disiasat.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...