Restoran makanan laut musnah dalam kebakaran siap kurang ... - Blog Makanan di Malaysia

Restoran <b>makanan</b> laut musnah dalam kebakaran siap kurang <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Restoran <b>makanan</b> laut musnah dalam kebakaran siap kurang <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2014 09:10 AM PST

KUCHING: Restoran makanan laut terletak di Jalan Batu Lintang di sini yang musnah dalam kebakaran Rabu lalu akan siap dibina semula dalam tempoh kurang sebulan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan berkata, pihaknya kini dalam proses membina semula restoran tersebut bagi memastikan peniaga dapat memulakan perniagaan secepat mungkin.

"Saya telah diberikan tanggungjawab untuk memastikan pembinaan semula kedai ini berjalan lancar.

"Sebagai Datuk Bandar, saya berasa simpati dengan kejadian yang menimpa pemilik kedai tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat dan memantau perjalanan projek pembinaan semula bangunan kedai makanan laut berkenaan di sini, semalam.

Namun begitu, beliau berasa kesal kerana punca kebakaran tersebut adalah disebabkan kecuaian pemilik kedai sendiri.

"Sebelum sambutan Tahun Baharu Cina lalu, kami telah menasihati peniaga-peniaga supaya sentiasa mengamalkan langkah keselamatan.

"Tetapi tragedi sebegini masih berlaku. Saya tahu bahawa ia adalah kemalangan dan tiada siapa mahu berlaku seperti itu.

"Saya berharap pada masa akan datang, peniaga-peniaga lebih bertanggungjawab bagi mencegahnya," tegasnya.

Menyentuh mengenai perkembangan pembinaan semula tersebut, James memberitahu bahawa beliau berpuas hati dengan kontraktor yang ditugaskan.

"Selain dibina dalam tempoh kurang sebulan, pembinaan gerai kali ini akan dilengkapi dengan aspek keselamatan seperti penyediaan peralatan pemadam api," jelasnya.

Tambahnya, dalam kurang dua tahun ini, bilangan kes kedai yang pernah terbakar di kawasan MBKS adalah sebanyak tiga kes iaitu Pending Seafood yang terletak di Jalan Simen Raya, Pending dan dua lagi masing-masing di Batu Lintang termasuk yang berlaku Rabu lalu.

Dalam pada itu, Chan turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh yang sentiasa memberi kerjasama kepada MBKS dalam menyelesaikan masalah seterusnya membina semula bangunan kedai tersebut.

James turut berterima kasih kepada pihak bomba yang bertindak cepat memadamkan api semasa kejadian.

Terdahulu, dalam kejadian kebakaran tersebut, api yang bermula dari bahagian dapur restoran tersebut merebak dengan pantas memusnahkan hampir keseluruhan struktur bangunan tersebut dalam insiden yang berlaku sekitar jam 5. 50 petang, Rabu lalu.

Lokasi kedai yang tidak jauh dari balai bomba membolehkan api berjaya dikawal pada jam 6. 02 petang dan padam sepenuhnya pada jam 6. 14 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Kuching Selatan Tan Choon Yong.

Print Friendly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...