Polis hantar 600kg makanan - The Borneo Post Online - Blog Makanan di Malaysia

Polis hantar 600kg <b>makanan</b> - The Borneo Post Online - Blog Makanan di Malaysia


Polis hantar 600kg <b>makanan</b> - The Borneo Post Online

Posted: 19 Feb 2014 02:14 PM PST

by Johan Aziz. Posted on February 20, 2014, Thursday

Misi bantuan ke dua sekolah rendah di kawasan terpencil Nabawan

KENINGAU: Polis mengambil tindakan drastik menghantar 600 kilogram makanan ke dua buah sekolah dalam kawasan Nabawan menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan kedua-dua sekolah itu terputus hubungan jalan raya sejak 13 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintenden Robert Salisip @David memberitahu berkata, memandangkan penghantaran bantuan kepada kedua-dua sekolah, SK Binanon dan SK Pohon Batu, tidak dapat dilalui menggunakan kenderaan, bantuan helikopter daripada PGU dipohon untuk membantu penghantaran makanan yang dibekalkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Keningau untuk kedua-dua sekolah itu.

"Polis menerima maklumat daripada Timbalan Pegawai Jabatan Pelajaran Daerah Keningau Jamilah Talib pada 17 Feb jam 5.30 petang.

"Mengikut maklumat itu, terdapat guru dan pelajar sekolah di kedua-dua sekolah itu  terputus hubungan jalan raya menyebabkan tidak mendapat bekalan makanan.

"Seramai sembilan guru, 40 murid dan seorang Ahli Kumpulan Pelaksana di SK Pohon Batu sementara 10 guru, 50 murid dan dua Ahli Kumpulan Pelaksana di SK Binanon," katanya.

Katanya, polis juga menerima maklumat daripada Jamilah pada 18 Feb kira-kira jam 10 pagi mengatakan guru besar SK Binanon mengalami simptom muntah darah.

Robert memberitahu, hubungan jalan terputus dan jambatan runtuh sejak 13 Feb lalu, bagaimanapun pihak Pejabat Pelajaran Daerah hanya mendapat maklumat pada 17 Feb ekoran tiada liputan telefon di kawasan terbabit.

Katanya, kampung yang terdekat yang boleh dihubungi kenderaan adalah Kampung Nangkawangan dengan jarak perjalanan ke SK Binanon menggunakan kenderaan memakan masa lebih kurang 45 minit manakala dari SK Binanon ke SK Pohon Batu mengambil masa lebih kurang satu jam setengah, sementara dari bandar Keningau ke Kampung Nangkawangan memakan masa dua jam.

"Bagaimanapun, jalan perhubungan di ke kedua-dua kawasan itu terputus akibat jalan dan jambatan runtuh. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Keningau mengambil tindakan menghantar makanan sehingga ke Kampung Nangkawangan.

"Jabatan itu menghadapi masalah menghantar bantuan kerana jalan raya ke SK Binanon dan SK Pohon Batu terputus dan perjalanan mereka hanya ke Kampung Nangkawangan sahaja," katanya.

Menurut beliau, tidak ada kecederaan atau kemalangan yang tidak diingini dilaporkan.

Robert berkata, berikutan maklumat itu khidmat helikopter PGU digunakan untuk penghantaran bekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di kedua-dua buah sekolah itu pada Selasa lepas.

Katanya, pasukan PGU PDRM menjalankan tiga penerbangan untuk menghantar bekalan makanan ke sekolah terbabit. Setiap penerbangan membawa bekalan makanan lebih kurang 200 kilogram untuk tiga penerbangan.

"Penerbangan pertama pada 18 Feb bermula jam 2.30 petang. Bekalan makanan Pejabat Pelajaran Daerah yang dihantar dianggarkan 600 kilogram berupa beras, milo, susu pekat, biskut kering, mee hun kering, gula pasir, minyak masak, sardin, garam, bawang merah, kicap pekat, sos cili dan sos tomato.

"Pada hari yang sama, bantuan kecemasan, PGU bersama Penolong Pegawai Perubatan Francis Aniu membawa Guru Besar SK Binanon Matuya Kiadang, 57, berasal dari Kampung Pamalan Keningau dari sekolah itu dan mendarat di Hospital Keningau.

"Mangsa mengadu mengalami muntah-muntah sebanyak 15 kali sejak Isnin dan mengadu terdapat darah keluar semasa muntah dan membuang air besar," katanya.

Robert berkata, Pegawai Perubatan dari Hospital Keningau Dr Mark mengesahkan bahawa pesakit dipercayai mengalami sakit 'Upper Gastro Intestinel Bleed'.

Bagaimanapun katanya, pesakit dalam keadaan yang stabil dan misi menghantar bantuan PGU selesai pada Selasa jam 6.20 petang.

Print Friendly

<b>Makanan</b> Tradisional <b>di Malaysia</b> | eresipi - Busuk.org

Posted: 25 Nov 2013 08:30 PM PST

job vacancies 2014 at universiti malaysia pahang ump


7 jenis fesyen tudung seksi jadi gilaan ramai wanita di..


travel and photography bombay of malaysia at brickfield..


jawatan kosong universiti tun hussein onn malaysia uthm


kpop hairstyles semakin popular di malaysia


fear factor malaysia ekstra astro maya hd 2014


2 jawatan kosong bank negara malaysia bnm 01 mac 2014


3 jawatan kosong terkini di jabatan perangkaan malaysia..


jawatan kosong kerajaan tentera udara diraja malaysia t..


the journey tops malaysia s all time box office records


jawatan kosong majlis peperiksaan malaysia mpm


jawatan kosong universiti pertahanan nasional malaysia ..


temuduga terbuka malaysia airlines


jawatan kosong tentera udara diraja malaysia tudm


jawatan kosong institut penyelidikan dan perhutanan mal..


jawatan kosong bank negera malaysia bnm


jawatan kosong universiti malaysia pahang ump


jawatan kosong suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia s..


jawatan kosong suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia s..


jawatan kosong universiti teknologi malaysia utm


jawatan kosong tentera udara diraja malaysia tudm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...