folio <b>makanan tradisional di malaysia</b> - bqbzfuyz - Blog Makanan di <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia |
- folio <b>makanan tradisional di malaysia</b> - bqbzfuyz - Blog Makanan di <b>...</b>
- Railway Tourism - Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014
- <b>Makanan</b> special <b>di</b> Johor - My Blog - Blogger
- 6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Google Blog Search
folio <b>makanan tradisional di malaysia</b> - bqbzfuyz - Blog Makanan di <b>...</b> Posted: 30 Jan 2014 07:44 PM PST Kepelbagaian penduduk seperti yang terdapat di negara kita, telah menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang agak unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India dan setiap kaum di Malaysia ini mempunyai makanan tradisional mereka sendiri. Penyatuan pelbagai hidangan ini telah menjadi salah satu faktor untuk menarik pelancong asing datang ke Malaysia. Pada zaman ini, sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhmya sebagai penjana ekonomi negara. Namun tanpa kita sedari, industri tradisional khususnya industri makanan juga mampu meningkatkan ekonomi negara. Industri ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka dapat memberi banyak sumbangan dalam ekonomi negara. Jika industri tradisional ini dimajukan, sudah tentu peluang pekerjaan juga akan lebih terbuka dan seterusnya taraf kehidupan penduduk dapat ditingkatkan. Dodol – Hidayah Cookies Dodol adalah sejenis makanan kaum Melayu yang kebiasaannya dihidangkan ketika sambutan Aidilfitri. Namun kini, dodol telah dikomersilkan dan boleh didapati di negara ini pada hari-hari biasa. Walau bagaimanapun bagi sesetengah pihak, dodol dilihat seperti kian terpinggir dan kurang dikenali oleh generasi muda pada zaman sekarang. Cerita kejayaan Hidayah Cookies pernah diterbitkan dalam akhbar tempatan. Pengasasnya, Cik Sarimah Jantan telah mengambil keputusan untuk menceburi bidang perusahan dodol dek disebabkan kegemarannya terhadap dodol itu sendiri. Keistimewaan dodol keluarannya adalah terletak pada cara ia dimasak. Isi dodol yang lemak dan mempunyai kandungan gula seimbang, serta memiliki daya tahan yang tinggi agar tidak mudah dihinggapi kulat. Cik Sarimah membulatkan tekad nya. Beliau mengambil keputusan untuk menyertai kursus dan bengkel anjuran Jabatan Pertanian Serdang pada 2004, khusus untuk mempelajari asas pembuatan dodol yang terbaik. Azamnya hanya satu, untuk berjaya sebagai usahawan makanan tradisional dan membuang persepsi masyarakat, bahawa dodol hanya sesuai dimakan ketika musim perayaan sahaja. Setelah modal yang dikumpul mencukupi, setahun kemudian, beliau telah memulakan perusahaan dodol secara komersil. Halangan yang utama dalam bidang penjualan dodol ini adalah minat orang ramai itu sendiri terhadap makanan ini. Pelbagai strategi pemasaran telah dilakukan, termasuk memasarkan produk ini di pasaran sekolah, kilang danpejabat sekitar Selangor. Selain itu, Hidayah Cookies juga akan menyertai ekspo dan pameran anjuran pelbagai agensi kerajaan di seluruh negara. Segala usaha an penat lelah yang dilaburkan akhirnya terubat. Kejayaan demi kejayaan berjaya dikecapi oleh Hidayah Cookies. Contohnya, pada tahun 2006, dodol keluaran Hidayah Cookies telah dipilih sebagai dodol terbaik pada Hari Penternak, Petani dan Nelayan peringkat Selangor (HPPN). Dodolnya juga turut merangkul anugerah dodol terbaik HPPN Kebangsaan (2007), anugerah dodol kedua terbaik di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 dan 2010. Secara purata, Hidayah Cookies menghasilkan sebanyak lima kawah dodol dalam tempoh satu hari. Setiap kawah pula mampu menghasilkan dodol seberat 15 kilogram. Pada kebiasaannya, permintaan dodol akan meningkat pada musim perayaan. Perancangan masa hadapannya, sudah tentu beliau ingin terus maju dalam bidang perniagaan makanan tradisionalnya dan seterusnya dapat membesarkan kilangnya yang sedia ada. Menjelang musim perayaan sambutan Tahun Baru Cina, sudah tentu pengusaha kuih bakul di Malaysia tidak menang tangan menyiapkan tempahan daripada pelanggan mereka. Begitu lah rezeki yang diperoleh oleh Ngan Chea Khong, 62, dan isterinya Tan Chu Chu, 53, pengusaha kuihbakul tradisional sejak 30 tahun dahulu. Kata Ngan, masyarakat Cina akan menghidangkan kuih bakul sebagai salah satu hidangan utama ketika menyambut tahun baru. Kebiasaannya, beliau akan menggunakan dua dapur kayu api untuk mengukus kuiKuih> bakul itu. Penggunaan dapur kayu api melazatkan lagi rasa kuih bakul itu. Kuih bakul ini akan dikukus selama dua puluh jam dengan api yang sederhana untuk mendapatkan warna kuning keemasan. Bahan utama kuih bakul adalah tepung pulut yang dicampur dengan gula pasir dan diadun mengikut kaedah tradisional yang jarang ditunjukkan kepada sesiapa. Untuk memberi lebih aroma kepada kuih bakul itu, Ngan menggunakan daun pisang untuk membungkus kuih bakul, namun kini kebanyakan pengusaha telah beralih kepada penggunaan plastik untuk membungkus kuih bakul tadi. Terdapat beberapa 'pantang-larang' yang perlu dipatuhi ketika memasakkuih bakul. Antaranya, wanita yang memasak kuih bakul harus bersih daripada haid. Mereka juga dilarang bercakap perkataan kotor bimbangkuih bakul akan menjadi tidak masak. Muruku dan Kacang Putih – Makanan Kegemaran Pelbagai Kaum Kampung Kacang Putih, itu lah nama sebuah kampung di Perak yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan luar dengan perusahaan turun temurun makanan tradisi itu sejak 30 tahun lampau. Kampung ini mempunyai lebih daripada 15 pengusaha komersial murukku dan kekacang yang membekalkan makanan ringan itu ke seluruh negeri. Kampung ini akan mula menjadi tumpuan pengunjung terutama pada musim perayaan bagi membeli makanan kudapan itu. Selain kacang putih, kudapan lain yang dihasil dan dijual di kampung itu ialah pelbagai jenis murukku antaranya bintang, kari, pakoda, omom dan kadalai serta daripada jenis kekacang seperti kacang kari dan kacang peas. Pelbagai jenis kerepek juga ada disini, seperti ubi kayu, pisang dan sayur. Murukku dan kekacang yang dihasilkannya disini mendapat permintaan tinggi, termasuk daripada orang Melayu dan masyarakat lain, kata salah seorang pengusaha, C. Ratnasami, 65. "Kaum India biasaanya beli janggree, pal kuah, bunthee, laddu, alvaa, mysore pal dan clebee manakala produk kekacang yang menjadi permintaan kaum Melayu dan masyarakat lain ialah kacang campuran, kacang putih, omom dan muruku," katanya lagi. Bagi salah seorang pengusaha, R.Ponutturan, 43, beliau kebiasaanya akan menghasilkan 300 kilogram murukku dan kekacang sehari. Pada musim perayaan, pengeluaran akan bertambah bergantung kepada permintaan daripada pelanggan. Produk murukku hasil daripada Kampung Kacang Putih turut diedar kepada pemborong di negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang dan Johor Baharu. Inovasi Mesin Untuk Menggandakan Pengeluaran Setiap kali menjelang musim perayaan, kuih-muih tradisional memang menjadi pilihan walaupun pembuatannya agak sukar. Permintaan terhadapkuih-muih tradisional seperti rempeyek, baulu, kuih ros, karas dan lemang juga semakin meningkat. Pembuatan secara manual biasanya tidak dapat menampung permintaan tersebut. Pihak MARDI di bawah Pusat Mekanisasi dan Automasi telah mereka cipta pelbagai jenis mesin dan peralatan bagi menghasilkan makanan tradisional seperti lemang, emping, kuih karas, rempeyek, kuih ros, tabaloi, baulu cermai, cakar ayam, keropok lekor, sate, batang buruk, biji rotan, karipap, mesin mengekstrak isi durian dan jus buah-buahan. Mesin-mesin ini direka untuk memudahkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) memenuhi permintaan pembeli terutama pada musim perayaan. Terkini, MARDI telah menghasilkan tiga lagi produk untuk membangunkan IKS tempatan iaitu mesin memproses kuih tradisional empat dalam satu yang mampu menghasilkan empat jenis kuih tradisional dengan hanya menggantikan acuan, mesin menggoreng keropok mudah susun dan mesin serba guna bagi mengekstrak sitrus dan mengasing biji benih cili. Pereka ternama tanah air, Zulkifli Haron, 52, daripada syarikat Zull Design Autotronic juga mampu menghasilkan mesin dan peralatan untuk membuatkuih-muih tradisional dan moden. Perkara ini diakui sendiri oleh Puan Zaharani Abu Bakar yang telah bertemu dengan Zulkifli sendiri. Setelah perbincangan dibuat, dan segala kemahuanKuihn Zaharani direkodkan, Zulkifli telah menghasilkan Mesin Memproses Pelbagai Kuih (Mepek). Mepek yang dihasilkan Zull Design itu dijana kuasa angin (pneumatik) yang dihasilkan daripada pemampat elektrik yang dibekalkan bersama mesin tersebut, mampu memudahkan tugas menghasilkan produk kuih muih tradisional dan moden. Mesin yang berupaya memproses kuih seperti semperit, tart nanas dan muruku, memerlukan dua pekerja. Pekerja pertama akan memasukkan adunan kuih dan yang kedua pula akan mengawal mesin tersebut sehingga mendapat bentuk kuih yang dikehendaki. Menurut Puan Zaharani, dengan menggunakan mesin ini, beliau mampu menghasilkan kira-kira 30,000 biji kuih sebulan, sekali gus dapat menjimatkan masa dan tenaga pekerjanya dan mengurangkan harga jualan. Daripada aspek kualiti pula, produk makanan yang dihasilkan juga kurang berminyak, kualitinya terjaga dan rasanya juga lebih enak. Kesimpulan Pada zaman yang serba moden ini, makanan tradisional di Malaysia ada kalanya seperti 'mati' atau pun telah ditinggalkan. Oleh itu, setiap usaha untuk menghidupkan semula perniagaan makanan tradisional yang terdapat di Malaysia haruslah disokong oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira bangsa dan juga kaum. Kerajaan Malaysia juga nyata turut memberi sokongan yang berterusan terhadap industri penghasilan makanan tradisional dengan mengambil beberapa langkah untuk membantu usahawan dan industri kecil (IKS) dalam perniagaan makanan tradisional. Galakan dalam bentuk dana kewangan dan kursus kemahiran diberikan khusus untuk membantu usahawan ini dalam menjalankan perniagaan mereka. Peranan media massa juga dilihat sangat penting dalam usaha kita mengekalkan industri makanan tradisional ini. Media massa boleh membantu melakukan promosi dan mewar-warkan perihal makanan tradisional ini. Media massa seperti media elektronik amat sesuai dengan pemikiran generasi muda sekarang, dan dilihat sebagai medium yang paling baik untuk mendekati golongan muda. Adalah sesuatu yang menakutkan sekiranya generasi akan datang lupa atau tidak tahu langsung cara penyediaan makanan tradisional golongan terdahulu atau juadah popular zaman nenek moyang kita. Semoga dengan memberi sokongan dan galakan terhadap perniagaan makanan tradisional ini akan dapat menaikkan kembali zaman kegemilangan makanan tradisional ini. Yakin Boleh! USAHAWAN.COM | ||||
Railway Tourism - Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 Posted: 30 Jan 2014 10:14 AM PST Assalamualaikum :) Pada hari kedua di Perak , kami dibawa ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 (PMTL) . Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Lenggong. Untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong ini dirasmikan oleh YB Dato Mohamed Nazri iaitu Menteri Perlancongan dan Kebudayaan. PMTL ini adalah salah satu acara tahunan yang amat dinantikan oleh penduduk tempatan khasnya dan negeri Perak khususnya . Acara ini bakal menyajikan pelbagai keunikan tersendiri yang tidak terdapat di mana-mana tempat di Malaysia ini. Makanan special bagi kami pada waktu tu ialah sambal kelapa limau , memang terbaik rasanya dan siap bungkus bawa balik lagi sambal kelapa tu . PMTL juga merupakan wadah bagi mempromosikan budaya warisan Melayu khususnya dalam penyediaan makanan tradisional tempatan yang unik dan asli kepada pelancong dalam dan luar negara. Salah satu acara menarik sempat kami lihat adalah acara demonstrasi memasak nasi dalam buluh dan pertandingan tumbuk sambal belacan. Ini menunjukkan kehebatan wanita Melayu Lenggong yang arif dalam penyediaan masakan tradisional Melayu. Harapan untuk PMTL adalah dapat generasi ke generasi membentuk sebahagian daripada budaya masyarakat yang perlu dikekal dan dikongsi bersama agar tidak luput ditelan masa.Antara makanan yang dihidangkan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 :
Tamatnya perasmian PMTL ini , kami mengunjungi booth booth yang ada di situ .. Akhir kata , PMTL ini sangat best kerana makanan nya sangat lah superb dan berasap !! Orang Perak punya makanan kan .. :) Dah singgah blog saya rajin la comment! Smile! :D | ||||
<b>Makanan</b> special <b>di</b> Johor - My Blog - Blogger Posted: 07 Feb 2014 07:30 PM PST Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,Saya sebagai rakyat Johor Darul Takzim mengalu-alukan kedatangan anda ke negeri kami.. Johor bukan sahaja terkenal dengan kedudukan negeri yang berada di selatan,Tapi kami juga ada makanan special yang anda semua harus cuba apabila bertandang ke Johor Darul Takzim.. Jom kita baca manalah tahu saudara-mara anda ada yang nak datang ke Johor Darul Takzim.
Ambeng merupakan makanan tradisional penduduk tempatan di Johor dan ianya popular dikalangan masyarakat Jawa yang tinggal di pantai Barat Semenanjung Malaysia.Nasi Ambeng juga berasal daripada Pulau Jawa yang terletak di Indonesia dan hari ini terbukti sebahagian daripada penduduk Pulau Jawa masih menikmati hidangan Nasi Ambeng ini. Selalunya Nasi Ambeng dihidangkan dalam majlis-majlis tertentu seperti kenduri arwah dan majlis kesyukuran samaada pada waktu malam atau tengahari. Masyarakat Jawa mempercayai dengan amalan ini ianya akan membawa kerukunan dan kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan.. Hidangan Nasi Ambeng biasanya dihidangkan untuk 4 orang dan isinya adalah Nasi Putih,Tempe goreng, Kerisik,Rempeyek,Serunding kelapa, mee goreng atau mee hoon goreng dan lain-lain. Nasi Ambeng dihidangkan dalam dulang atau talam yang dilapik dengan daun pisang.. Resepi akan diupdate dan kalau nak tengok resepi pergi label yang bertulis resepi.. Burasak merupakan makan tradisional orang Bugis..Ianya di kenali dengan juga sebagai buras.. Buras tak silap bermaksud beras.Makanan ini biasanya dihidangkan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Proses pembuatan burasak nie memakan masa yang agak lama.Burasak dihasilkan dengan menggunakan beras dan santan dan ianya ada variasi beras pulut.Sedap dimakan dengan serunding kelapa dengan rending daging .Memang dap.. lah
Dipercayai orang Bugis berada di berada ditanah Melayu sekitar tahun 1511 hingga zaman pemerintahan Sultan Ibrahim pada tahun 1778-1926. Mengikut susur galur kesultanan Johor,Sultan Ibrahim merupakan keturunan Bugis. If I wrong please forgive me.Ini pengetahuan yang saya tahu lah. Tapi kalau nak merasai kehebatan hidangan Burasak nie lubuknya dekat Pontian.. Rasanya hingga menjilat jari..Harga memang berpatutan. Kalau dah rasa mesti nak lagi.. Apa kate jom pergi ke Johor Sate yang semua ketahui adalah berasal daripada Tanah Jawa Indonesia.Ia juga salah satu makanan nasional di Indonesia.Sate juga popular di Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Filipina dan Thailand.Sate juga popular di Negara Belanda.Sate juga tersenarai sebagai 50 makanan paling sedap di dunia. Sate diperbuat daripada daging,ayam,kambing dan versi terbaru ialah daging rusa yang dipotong kecil-kecil dan ditusuk dengan buluh dan dibakar dengan arang kayu.. Sate dimakan dengan kuah kacang,hirisan timun,hirisan bawang merah,dan nasi himpit..Sate senang didapati dimana-mana sahaja di negeri Johor.Kalau dah rasa mesti nak lagi.. Kalau berkunjung ke Batu Pahat Johor anda semua mesti mencuba hidangan Nasi Beriyani Gam.Nasi Beriyani Gam juga dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam atau Dum.Nasi Beriyani dimasak dengan ketulan daging yang diperap semalaman bersama beras.Apabila Nasi ini siap nasi ini akan berbau rempah,dan rasa lemak manis yang dihasilkan oleh daging tersebut.Sejarah kemasukan resepi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi,rakyat Johor memperharui resepi ini ke selera Melayu dan terjadilah Nasi Beriyani Gam ini. Dipercayai Beriyani berasal daripada zaman Maharaja Mungal Muslim. Ia amat popular dinegara Asia Tenggara,Lucknow,Kolkata,Hyderabad,Kashmir ,Karachi,Dhaka,dan Delhi.Nama Beriyani berasal daripada perkataan beryan yang bermaksud goreng dan panggang.. Tempat Mee Bandung yang asli adalah berasal daripada Muar.Tempat Mi Bandung Muar tu menggunakan resepi turun- temurun yang asli.. Perkataan Bandung bermaksud berganda,berkembar ataupun berpasangan yang bercampuran dengan yang lain.Nama Bandung tidak ada kena mengena dengan Bandung Indonesia sebabnya dua-dua tak sama. Mee Bandung dimasak bergandingan dengan mi dan telur,dengan campuran cili dan bawang tumis,rempah ratus,belacan dan udang kering.Sesudah itu,ianya ditambah dengan udang,hirisan daging atau sayuran. Mi rebus atau mee rebus adalah sebuah hidangan yang amat terkenal di Johor.Ianya juga popular di Singapura dan Indonesia.Pada zaman dahulu,penjaja hidangan mi rebus ini bergerak menggunakan kandar yang dilengkapi dengan dapur,periuk,air masak dan bahan ramuan lain untuk memasak hidangan ini. Hidangan ini menggunakan mi telur kuning yang digunakan dalam mi Hokkien sebagai hidangan utamanya yang ditambah dengan kuah yang agak manis-manis pedas. Kuah mi rebus ini diperbuat daripada keledek,serbuk kari,air,kacang soya masin,udang kering dan kacang tanah yang dihiasi dengan telur rebus,limau kasturi atau limau nipis,daun bawang,daun sup,cili hijau,tauhu goreng,bawang goreng dan taugeh. Ada sesetengah tempat panggil mee ini adalah mi Jawa atau Bakmi Jawa.Hidangan ini mempunyai persamaan dengan hidangan Mie Celor yang terkenal di Palembang Indonesia. Laksa Johor merupakan hidangan yang kuahnya menggunakan santan untuk kuahnya.Dipercayai laksa dibawa oleh orang China ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa berasal daripada perkataan 'laksha' iaitu dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud banyak dan merujuk kepada banyaknya bahan yang digunakan dalam hidangan ini. Soto merupakan sejenis hidangan yang berasaskan sup ayam yang dihidangkan bersama nasi himpit.Tetapi,nak tahu tak asal usul soto nie.Jom kita bace.. soto tangkar Betawi dari Jakarta merupakan sup soto bertulang yang asalnya dari zaman penjajah. Polisi Belanda seperti cultuurstelsel (sejenis cukai yang tinggi) menyebabkan kemiskinan, sehinggakan tulang kering terpaksa direbus kembali dalam soto. Di Indonesia, soto juga dikenali sebagai sauto, nyoto, tauto (tauto Pekalongan), coto atau cotto dari Makassar atau Mangkasara, dan juga sroto di Sukaraja dan Banyumas, Jawa. Tetapi apa asal-usulnya nama soto? Ada yang mengatakan soto dahulunya makanan raja-raja. Dengan mengkaji nama 'sroto', kita mungkin dapat mengetahui sejarah nama soto. Kata orang tua-tua, pada masa dahulu terdapat seorang raja yang adil. Pada suatu hari, baginda jatuh sakit sehinggakan susah untuk baginda makan. Baginda inginkan sesuatu yang bersup dan senang dikunyah tetapi baginda tidak menyukai bubur. Akhirnya sup ayam dimasak dan nasi ditambah. Tetapi butiran nasi jelas terlalu sukar untuk disuap kepada raja yang sangat lemah itu. Oleh itu baginda meminta ketupat yang dipotong ditambah kepada sup tersebut. Kiub-kiub ketupat itu menyerap sup yang panas, dan makanan inilah senang disuap kepada raja. Supnya pula ditambah rempah supaya raja dapat menikmati sup tersebut, kerana orang sakit memang kurang berselera. Oleh itu, hidangan makanan yang baru ini dilahirkan, yang disuap kepada ratu (nama pangkat yang diberi kepada raja-raja di Indonesia dahulukala) sehingga baginda sembuh. Raja itu sangat menyukai hidangan tersebut, oleh itu ia mula dihidangkan dengan lebih kerap sehinggakan ia menjadi popular dengan rakyat jelata juga. Suap ratu jika diulang dengan cepat menjadi 'sroto', sepertimana ia masih dipanggil di Jawa Tengah, tetapi di kawasan lain, nama ini dipendekkan kepada 'soto'. Di Malaysia dan Singapura, soto selalunya berkuah cerah dan rasa berempah, dengan ketulan nasi himpit. Di Indonesia, setiap kawasan, daerah, mahupun bandar ada versi sotonya tersendiri; di bandaraya besar, boleh dikatakan yang setiap mangkuk soto unik kepada sesebuah jalan, ataupun juga seseorang tukang masak! Sebagai contoh, ada soto Bandung, soto Banjarmasin, soto Banten, soto kuning Bogor, soto babat Tasikmalaya, soto Kudus, soto Lamongan, soto Madura, soto Medan, soto Padang, soto kikil Surabaya dan sebagainya.
Ini adalah salah satu makanan yang Miss Yana suka.Ia juga adalah satu hidangan yang wajib ada selain burasak tadi pada pagi hari raya. Arisa adalah makanan untuk golongan elit Johor dan ianya jarang dijumpai dan di jual di sekitar negeri Johor.Arisa ini tak silap hidangan yang berasaskan daging. Ini adalah cucur udang orang biasa panggil dia..Sedap kan?. Tempat pisang salai original nie kat Parit Raja,Batu Pahat. Kalau nak jumpa telur pindang nie kat Majlis Perkhawinan je dia ada.. Tapi semenjak dua menjak nie telur pindang seakan-akan lupus.Orang sekarang lebih suka bagi souvenier makanan ringan yang menggemukkan je.. Rujukan
| ||||
6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Google Blog Search Posted: 05 Feb 2014 11:11 PM PST Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya? Tupai Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa. Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur. Teruskan Pembacaan... 3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah. bharian.com.my 4. Belut Dimasak dengan Style Melayu blogspot.com Kutippp kutippp... buat laukkk 5. Sup Kaki Ayam Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar. Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam.. 6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor. Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap. blogspot.com 7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang... 8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my Goreng pun sodappp.... P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P Selongkar Makanan |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |