<b>Kuih</b> bakul diproses cara <b>tradisional</b> lebih diminati – BorneoPost <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia |
<b>Kuih</b> bakul diproses cara <b>tradisional</b> lebih diminati – BorneoPost <b>...</b> Posted: 29 Jan 2014 08:44 AM PST BALING: Bagi masyarakat Cina, kuih bakul ialah antara hidangan wajib untuk sambutan Tahun Baharu Cina, namun lebih istimewa sekiranya kuih itu dibuat secara tradisional. Peniaga kuih bakul di pekan Baling di sini, Ngan Chee Kong, 65, berkata kini memang mudah mendapatkan kuih bakul kerana hampir semua pasar raya ada menjualnya menjelang musim perayaan ini. "Tapi kuih bakul yang diusahakan secara tradisional mengunakan tepung beras pulut yang dikisar sendiri dan dibungkus dengan daun pisang lebih diminati berbanding yang dijual di pasar raya yang guna plastik, rasa tak sama," katanya kepada Bernama di sini. Ngan berkata walaupun masyarakat Cina sudah melalui proses kemajuan, namun dalam menyediakan kuih seperti kuih bakul, masih ramai lebih mengutamakan yang dihasilkan secara tradisional untuk dihidangkan kepada keluarga dan tetamu. Ngan berkata perusahaan keluarga itu bersama isterinya Chan Sweu Chew, 50, mampu menghasilkan lebih 2,000 biji kuih bakul yang ditempah pelanggan setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina. Lebih istimewa kuih bakul yang dihasilkan keluarganya sering dibeli dan dikirim oleh keluarga pelanggan ke luar negara termasuk Singapura, kata Ngan. Beliau berkata setiap tahun beliau memerlukan sekurang-kurangnya 300 kilogram beras pulut untuk dijadikan tepung yang kemudian dibancuh dengan air yang bercampur gula putih. Adunan itu kemudian dimasukkan ke dalam acuan yang dialas dengan daun pisang bagi menimbulkan aroma yang menyelerakan. "Isteri saya akan memproses beras pulut dan mengadunnya dengan gula putih sebelum dituang ke dalam acuan yang sudah dialaskan daun pisang batu," katanya. Menurut Ngan, bagi mendapatkan kuih bakul yang berkilat dan berwarna kemerahan, ia perlu dikukus selama 20 jam dalam alat pengukus yang menggunakan api kayu. "Masyarakat Cina amat gemar warna keemasan pada kuih bakul yang menjadi kuih tradisional terpenting yang perlu disediakan untuk keluarga dan tetamu pada perayaan sambutan tahun baharu," kata Ngan. Kuih bakul yang dihasilkan keluarga Ngan dijual pada harga RM17 sekilogram dan boleh disimpan selama beberapa bulan tanpa hilang rasa enaknya. Ngan berkata untuk menghasilkan kuih bakul, pembuatnya perlu teliti dan bersih kerana kuih bakul tidak akan masak walaupun dikukus lama, kononnya ada pantang larang yang perlu dipatuhi. "Bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini saperti kuih bakul tidak masak, amalan lama dilakukan iaitu menggantung beberapa keping kulit limau yang diikat bersama sebilah pisau di atas tudung pengukus," katanya. Beliau berkata petua itu masih diamalkan pembuat kuih bakul tradisional yang percaya kuih yang dihasilkan tidak akan menjadi sekiranya mereka tidak mengamalkannya. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
<b><b>makanan</b></b> - Blog <b>Makanan di</b> Sabah - Blogger Posted: 28 Jan 2014 03:30 AM PST Oleh Manja Ismail Hakikat bahawa industri pelancongan sebagai satu daripada sumber utama pendapatan negara memang diakui semua pihak. Justeru, dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu sekarang, ramai berharap Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang dirasmikan dengan penuh warna warni malam kelmarin, mampu menampung kekurangan dalam sektor lain ekonomi negara tahun ini. TMM 2014 bertemakan Celebrating 1Malaysia Truly Asia menyasarkan pendapatan RM76 bilion menerusi kunjungan kira-kira 28 juta pelancong tahun ini. Kerajaan menetapkan sasaran menerima kunjungan 36 juta pelancong dan menjana pendapatan RM168 bilion daripada sektor pelancongan pada 2020. Sementara kita boleh berbangga dengan pelbagai tarikan yang ada di negara ini untuk menarik pelancong asing, harus diingat beberapa negara jiran juga turut mempunyai keistimewaan serupa, malah sesetengahnya lebih baik dan sudah lama dikenali di seluruh dunia. Walaupun kita berasakan mempunyai pantai dan pulau yang indah, Thailand dan Indonesia juga turut menjadi destinasi pelancongan kerana kedua-dua tarikan itu. Malaysia mungkin mempunyai Langkawi atau Tioman, tetapi Bali, Phuket atau Pattaya lebih popular terutama di kalangan pelancong berkulit putih. Kita juga tidak boleh mendakwa Kuala Lumpur sebagai satu-satunya syurga membeli-belah di rantau ini apabila pelancong asing lebih suka berbelanja untuk mendapatkan fesyen terbaru di Singapura atau Hong Kong. Kepelbagaian budaya, aneka makanan Keistimewaan sebenar Malaysia dalam bidang pelancongan yang tidak ada di kalangan negara jiran ialah kepelbagaian budaya dan aneka makanan daripada rakyat berbilang kaum. Dengan tiga kaum terbesar dan lebih 30 etnik Bumiputera di Sabah dan Sarawak, kita bukan saja mempunyai warisan budaya yang menarik, tetapi pelbagai jenis makanan dan sajian. Di sinilah letaknya tanggungjawab pengusaha makanan atau restoran dalam mengutamakan dua perkara – kebersihan dan layanan - yang menentukan sama ada pelancong bukan saja datang semula ke tempat mereka, tetapi mungkin datang lagi ke Malaysia. Dua perkara ini mungkin kelihatan remeh, tetapi kepada sesiapa yang pernah melancong ke luar negara terutama negara dunia ketiga, ia menjadi antara soalan utama diajukan oleh keluarga dan rakan apabila pulang ke tanah air nanti. Soal kebersihan tidak seharusnya tertumpu kepada penyediaan dan sajian makanan semata-mata, tetapi juga membabitkan persekitaran terutama tandas. Jika keadaan tandas di stesen minyak dan restoran mamak boleh dijadikan ukuran, kita khuatir ia boleh memberi gambaran buruk kepada pelancong asing mengenai tahap kebersihan rakyat negara ini. Begitu juga dari segi layanan di restoran dan hotel, kita masih ketinggalan berbanding senyuman dan keramahan pelayan restoran/hotel di Thailand dan Indonesia walaupun bahasa Inggeris mereka mungkin tidak sefasih pekerja hotel/restoran kita. Tidak kurang pentingnya ialah pekerja sektor pengangkutan awam terutama pemandu teksi, orang pertama ditemui pelancong apabila memasuki negara ini. Pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pemandu teksi dilaporkan bersikap kasar atau menipu pelancong kerana perbuatan itu boleh menjejaskan industri pelancongan negara. Ikhlas layan pelancong Bahawa kita pernah melancarkan kempen 'senyum' di kalangan pekerja industri pelancongan dan pengangkutan awam satu ketika dulu membuktikan perkara ini. Kita tidak mengharapkan mereka senyum sepanjang masa, tetapi layanan kepada pelanggan atau pelancong biarlah menampakkan keikhlasan, bukan kerana terpaksa. Dalam keghairahan kita menjayakan TMM 2014, janganlah pula kepentingan rakyat sendiri diketepikan. Selain pekerja industri ini seharusnya memberi layanan serupa kepada rakyat tempatan dan pelancong asing, kita juga mahu hanya pelancong sebenar datang ke Malaysia sepanjang kempen ini. Ketika pelbagai masalah ditimbulkan oleh kebanjiran jutaan pendatang asing sekarang, kita pasti tidak mahu ada kalangan yang mengambil kesempatan daripada TMM 2014 untuk membawa masuk rakyat dari negara tertentu atas nama pelancongan tetapi bekerja atau melakukan kegiatan haram di negara ini. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |