Makanan Tradisional di Malaysia | eresipi - Busuk.org - Blog Makanan di Malaysia

<b>Makanan</b> Tradisional <b>di Malaysia</b> | eresipi - Busuk.org - Blog Makanan di Malaysia


<b>Makanan</b> Tradisional <b>di Malaysia</b> | eresipi - Busuk.org

Posted: 25 Nov 2013 08:30 PM PST

railway tourism pesta makanan tradisional lenggong 2014


pesta makanan tradisional lenggong 2014 yang sangat uni..


pesta makanan tradisional lenggong 2014 warisan masakan..


joachim fischer nielsen first babolat badminton demo da..


jawatan kosong lembaga getah malaysia lgm 24 februari 2..


saya sudah biasa dipukul oleh ibu kata anak pasangan ma..


waktu solat malaysia 20 02 2014


comment on open interview at pos malaysia by cloudia ak..


comment on open interview at pos malaysia by muhamad ha..


2 jawatan kosong bank negara malaysia bnm 01 mac 2014


hebat syed mokhtar dan mokhzani mahathir tersenarai ant..


fakta malaysia diantara 5 negara paling ramai pelacur d..


laluan kedua link kedua malaysia dan singapura dibuka s..


cuaca kering melanda malaysia


senarai selebriti chef kesukaan rakyat malaysia


ingin bercuti kami kongsikan 10 lokasi pantai tercantik..


panas pemimpin tertinggi pas dan taliban rancang tembak..


asal usul gambar pada duit kertas malaysia


panduan tv pelbagai bahasa pertama astro di malaysia


jawatan kosong koperasi permodalan felda malaysia berha..


Kempen Promosi Kesihatan dan Kebersihan <b>Makanan di</b> Seduku <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 02:23 PM PST

SRI AMAN: Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mengadakan Kempen Promosi Kesihatan dan Kebersihan Makanan di Tabika KEMAS, Kampung Seduku, di sini baru-baru ini.

Seramai 20 ibu bapa dan kanak-kanak hadir menjayakan program itu.

Pegawai Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Sri Aman Gabriel Alexis Kibes berkata program itu adalah untuk mempertingkatkan tahap kesedaran ibu bapa tentang kepentingan menjaga kesihatan anak-anak demi mewujudkan individu sihat.

"Menerusi program itu kami memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang aspek kebersihan makanan yang betul," katanya.

Beliau berkata, bagi menjayakan program itu tiga ceramah diadakan untuk pengetahuan ibu bapa dan kanak-kanak iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut, kepentingan penjagaan kebersihan diri dan keracunan makanan.

Sehubungan itu, Alexis berharap program tersebut dapat memberi impak positif menghindari serangan penyakit tangan, kaki dan mulut serta isu keracunan makanan di kalangan penduduk di sini.

"Kami berharap ibu bapa dan kanak-kanak dapat menyebarkan maklumat mengenai kesihatan dan serangan penyakit terhadap penduduk di sekeliling," katanya.

Print Friendly

Restoran <b>makanan</b> laut musnah dalam kebakaran siap kurang <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2014 09:10 AM PST

KUCHING: Restoran makanan laut terletak di Jalan Batu Lintang di sini yang musnah dalam kebakaran Rabu lalu akan siap dibina semula dalam tempoh kurang sebulan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan berkata, pihaknya kini dalam proses membina semula restoran tersebut bagi memastikan peniaga dapat memulakan perniagaan secepat mungkin.

"Saya telah diberikan tanggungjawab untuk memastikan pembinaan semula kedai ini berjalan lancar.

"Sebagai Datuk Bandar, saya berasa simpati dengan kejadian yang menimpa pemilik kedai tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat dan memantau perjalanan projek pembinaan semula bangunan kedai makanan laut berkenaan di sini, semalam.

Namun begitu, beliau berasa kesal kerana punca kebakaran tersebut adalah disebabkan kecuaian pemilik kedai sendiri.

"Sebelum sambutan Tahun Baharu Cina lalu, kami telah menasihati peniaga-peniaga supaya sentiasa mengamalkan langkah keselamatan.

"Tetapi tragedi sebegini masih berlaku. Saya tahu bahawa ia adalah kemalangan dan tiada siapa mahu berlaku seperti itu.

"Saya berharap pada masa akan datang, peniaga-peniaga lebih bertanggungjawab bagi mencegahnya," tegasnya.

Menyentuh mengenai perkembangan pembinaan semula tersebut, James memberitahu bahawa beliau berpuas hati dengan kontraktor yang ditugaskan.

"Selain dibina dalam tempoh kurang sebulan, pembinaan gerai kali ini akan dilengkapi dengan aspek keselamatan seperti penyediaan peralatan pemadam api," jelasnya.

Tambahnya, dalam kurang dua tahun ini, bilangan kes kedai yang pernah terbakar di kawasan MBKS adalah sebanyak tiga kes iaitu Pending Seafood yang terletak di Jalan Simen Raya, Pending dan dua lagi masing-masing di Batu Lintang termasuk yang berlaku Rabu lalu.

Dalam pada itu, Chan turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh yang sentiasa memberi kerjasama kepada MBKS dalam menyelesaikan masalah seterusnya membina semula bangunan kedai tersebut.

James turut berterima kasih kepada pihak bomba yang bertindak cepat memadamkan api semasa kejadian.

Terdahulu, dalam kejadian kebakaran tersebut, api yang bermula dari bahagian dapur restoran tersebut merebak dengan pantas memusnahkan hampir keseluruhan struktur bangunan tersebut dalam insiden yang berlaku sekitar jam 5. 50 petang, Rabu lalu.

Lokasi kedai yang tidak jauh dari balai bomba membolehkan api berjaya dikawal pada jam 6. 02 petang dan padam sepenuhnya pada jam 6. 14 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Kuching Selatan Tan Choon Yong.

Print Friendly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...