Selongkar10: 8 <b>Makanan</b> Eksotik <b>di Malaysia</b> Yang <b>Pelik</b> Tapi Benar <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia |
- Selongkar10: 8 <b>Makanan</b> Eksotik <b>di Malaysia</b> Yang <b>Pelik</b> Tapi Benar <b>...</b>
- 12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Google Blog Search
- Blog <b>Makanan di</b> Terengganu - Blogger
- RATUSAN KUCING MENJADI MENU <b>PELIK DI</b> SEBUAH RESTORAN
Selongkar10: 8 <b>Makanan</b> Eksotik <b>di Malaysia</b> Yang <b>Pelik</b> Tapi Benar <b>...</b> Posted: 22 Jan 2014 05:50 PM PST Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya? Tupai Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa. Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur. Teruskan Pembacaan... 3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah. bharian.com.my 4. Belut Dimasak dengan Style Melayu blogspot.com Kutippp kutippp... buat laukkk 5. Sup Kaki Ayam Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar. Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam.. 6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor. Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap. blogspot.com 7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang... 8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my Goreng pun sodappp.... P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P Selongkar Makanan | ||||||||||||||||||||
12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Google Blog Search Posted: 17 Jan 2014 11:04 PM PST Dunia dikejutkan apabila tersebarnya berita menerusi internet dan email yang mengatakan sesetengah orang China sanggup memakan bayi. Memetik laporan The Seoul Times, mereka mengesahkan berita tersebut merupakan fakta apabila menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan embrio dan janin bayi dijadikan sup sebagai hidangan kepada manusia. Wilayah selatan Canton, Guangdong menjadi fokus utama apabila penduduk di sana menikmati sup herba bayi atas alasan ingin meningkatkan tahap kesihatan serta bertenaga sewaktu mengadakan hubungan seks. Kali ini, sepasang suami isteri yang telah mempunyai dua orang anak gadis sanggup untuk menggugurkan kandungan berusia 5 bulan kerana mengetahui kandungan kali ketiga itu juga adalah perempuan. Menurut sumber, bayi yang hampir dilahirkan dan mati secara semula jadi mencecah ¥2000. Manakala janin yang digugurkan pula berharga ratusan Yuan. Menurut wartawan tempatan, isu tersebut semakin serius apabila penduduk China amat mementingkan kesihatan serta pengaktifan polisi seorang anak dalam sebuah keluarga. Bukan itu sahaja, The Next Magazine, sebuah majalah mingguan terbitan Hong Kong mendedahkan, janin dianggap satu makanan tambahan kesihatan dan kecantikan terbaru di China. Tambah mengejutkan apabila sumber memberitahu anggota badan manusia juga boleh dibeli di hospital. Dalam temubual The Next Magazine dengan salah seorang ahli perniagaan Taiwan, Ms Liu, tujuan dia mengambil 'makanan' tersebut kerana atas kesedaran untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatannya. Tambah Liu, walaupun janin manusia mampu dibeli oleh ramai orang, namun, masih ada senarai menunggu 'waiting list' yang demi mendapatkan janin yang berkualiti.Menurutnya lagi, janin yang berkualiti adalah janin yang lebih matang serta janin bayi lelaki dimana ia disifatkan sebagai 'prime human part'. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kes penyeludupan bayi di China yang berkemungkinan besar dijadikan sebagai sumber makanan kesihatan kepada mereka. Pihak polis juga pernah menjumpai mayat bayi di dalam sebuah tong sampah yang mengandungi dua badan, empat tangan, dan enam kaki. Mengikut laporan siasatan, anggota badan mayat itu masih lagi baru dan dipercayai diceraikan selepas dimasak. Kenapa ada segelintir golongan manusia yang sanggup melakukan sebegitu tanpa rasa bersalah?Selepas berlakunya Revolusi Budaya Mao, tahap kemanusiaan serta moral dalam kalangan penduduk di China semakin menurun. Pada masa yang sama, dominasi Rejim Komunis Cina telah menyebabkan perlakuan dan percanggahan hak asasi manusia berada di tahap tidak normal seperti yang terjadi,kanibalisme. ~mynewshub Pssttt...... | ||||||||||||||||||||
Blog <b>Makanan di</b> Terengganu - Blogger Posted: 18 Jan 2014 03:28 AM PST MAKANAN PELIK-PELIK TAIK MINYAK TAIK ITEK!! Ingat lagi lagu popular Jalil Hamid bertajuk makan?? HAH!! Layan makanan pelik-pelik dalam entry gua kali ini!! Jangan loya tekak sudahlah!! DI DAPUR sebuah restoran di Manado, Sulawesi, Indonesia, kelihatan seorang lelaki sedang memegang hujung ekor seekor tikus. Tikus hutan itu sudah pun mati sebenarnya dan kini badannya dijinjit secara terbalik, kepala di bawah. Sebelah lagi tangan lelaki itu, menyemburkan api dari dapur gas ke arah tikus tersebut untuk membakar dan membuang bulu tikus berkenaan. Kini badan tikus itu menjadi putih pucat.
Setelah siap, tikus itu dan tikus-tikus lain yang telah dibuang bulunya tadi dipotong kepalanya. Kemudian badannya dibelah menjadi dua bahagian. Nampaklah segala isi badannya yang merah dan masih berdarah lagi. Setelah itu, kedua-dua bahagian tadi dipotong sama besar menjadi empat. Setiap satu bahagian mempunyai sebelah kaki.
Kini, lelaki itu membasuh potongan-potongan tikus tersebut sampai bersih. Apabila sudah bersih, ia dimasukkan ke dalam besen, lalu dicampur dengan garam, kunyit dan macam-macam rempah lagi.
Api dinyalakan. Kuali berisi minyak masak diletakkan di atas tungku. Apabila minyak sudah mendidih, ketulan-ketulan daging tikus itu digoreng hingga rangup. Sudah siap. Tikus goreng yang sedang panas itu degan pantas diletakkan ke dalam pinggan bersama sepiring serbuk cili. Pelayan datang lalu menghantarnya kepada pelanggan yang sejak tadi sudah tidak sabar-sabar lagi hendak menikmati tikus goreng tersebut. Mereka memasukkannya ke dalam mulut dan mula mengunyah isinya yang panas berasap itu dengan penuh nikmat hingga terpejam biji mata. Daging tikus itu dimamah-mamah, kemudian ditelan... Yeeakkkk...!! Tikus goreng sebenarnya menjadi kegemaran sebahagian warga Indonesia, khususnya di Manado. Bentuknya seperti ayam goreng. Kepada kita, makanan itu amat pelik dan jijik sekali, tetapi kepada mereka, tidak. Sebenarnya, selain tikus goreng, banyak lagi makanan-makanan pelik yang menjadi kegemaran sebahagian daripada penduduk negara tersebut. Satu lagi makanan pelik di Indonesia ialah kaki monyet goreng. Kaki ini digoreng garing. Daging dan tulang kaki haiwan itu kemudian dikunyah sekali, lalu ditelan sampai habis. Kaki katak goreng dan kelawar salai juga menjadi kegemaran sebahagian penduduk negara tersebut. Ia dijual di pasar-pasar dan.... rangup sekali pak!
· Selatan Amerika Syarikat: Antara yang terkenal ialah otak tupai. Mula-mula tupai yang telah dibuang bulunya itu dimasak , kemudian dengan menggunakan jari dan garfu, kita kopakkan tengkorak tupai itu dan keluarkan otaknya. Kata orang yang pernah makan, rasanya macam cendawan. · Ukraine: Salo – lemak babi yang disimpan dalam tong atau dimakan sejuk, sama ada secara mentah , goreng atau rebus. · Austria: Beuschl adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran sebahagian daripada warga negara itu. Ia diperbuat daripada hati, ginjal dan jantung babi yang dipotong halus lalu dimasak dengan pelbagai rempah ratus. · Thailand: Di kalangan masyarakat Karen yang tinggal di kawasan tanah tinggi negara itu, antara menu sarapan kegemaran mereka ialah tikus bakar. Tikus yang telah garing itu kemudian dihidangkan dalam mangkuk berisi sambal, lalu dimakan bersama pulut. Kalau di Malaysia lebih kurang macam makan pulut berlauk rendang dan sambal ikan bilislah... · Perancis : Tete de veau adalah nama sejenis makanan yang diperbuat daripada kepala lembu yang telah dimasak lalu dipotong bersegi-segi. Otak lembu diletakkan di sudut pinggan, kemudian dimakan sejemput demi sejemput, macam kita memakan tempoyak.
· Norway: Smalahove adalah nama makanan berupa kepala kambing yang disalai selama beberapa hari. Setelah cukup kering, seluruh kepala kambing itu dimakan termasuk, mata, otak, lidah dan lendir-lendirnya sekali.
· Trinidad: Puding darah babi dicampur remah-remah roti dan nasi adalah antara makanan yang menjadi kegemaran mereka. · Hong Kong: Daging kucing dimakan bersama roti kukus. · Afrika: Susu lembu dicampur dengan darah yang memancut dari leher haiwan yang disembelih. Ia merupakan makanan kegemaran masyarakat Masaai. Inilah cara-cara puak Masaai dapatkan darah lembu ya? Geng Black Metal minum darah kambing cam gini ke? · Filipina: Anjing-anjing yang kurus kering, berkurap, berkutu dan suka merayau ke sana ke mari mengais sampah, akan ditangkap untuk dijadikan makanan. Pemandangan ini adalah biasa di Filipina. Di Batangas misalnya, anjing-anjing yang telah disiat kulitnya ini digantung di tepi-tepi jalan macam itik panggang. Daging anjing juga menjadi kegemaran di banyak negara Asia lain. Dikatakan di Korea, pernah terjadi seekor anjing telah dibawa ke makmal untuk dikaji. Bagaimanapun, di akhir uji kaji tersebut, anjing tersebut dibunuh dan dimakan oleh para penyelidik tersebut! Daging anjing juga menjadi kegemaran penduduk Vietnam. · Sepanyol dan Kanada: Testis babi dirincik halus-halus, kemudian dimasak dengan bawang putih dan pasli. Makanan pelik ini dinamakan Criadillas. Ramai juga yang suka testis ini dibuat barbeque! · Changsha, China: Terdapat restoran-restoran tertentu yang sebahagian lauknya dicampurkan dengan susu ibu! Sebenarnya, banyak lagi makanan pelik yang terdapat di seluruh dunia. Bagaimanapun, pelik bagi kita tidak semestinya pelik bagi mereka. Maksudnya, budu dan tempoyak adalah makanan pelik dan jijik kepada masyarakat Barat, tetapi kepada kita, tidak. Begitulah sebaliknya. Sesungguhnya Tuhan telah menjadikan manusia ini berbangsa-bangsa, dan mereka hidup dengan pelbagai budaya dan kepercayaan. Itulah yang menjadikan dunia ini begitu indah dan berwarna-warni. Apa yang perlu kita lakukan ialah saling mengenali dan saling menghormati, walaupun kita berasa jijik dan tidak setuju dengan apa yang mereka lakukan.
KLThugs: Pernah makan sate ulat sagu, sate belalang kunyit, sate torpedo, sate biji getah dan beraneka sate pelik-pelik di karnival 1001 rasa sate kajang 2010.. | ||||||||||||||||||||
RATUSAN KUCING MENJADI MENU <b>PELIK DI</b> SEBUAH RESTORAN Posted: 10 Jan 2014 09:56 PM PST Ratusan Kucing Bakal Jadi Menu Pelik di Restoran | Kucing dan anjing , adalah haiwan manja yang banyak dipelihara manusia . Mereka adalah haiwan yang penuh kasih sayang dan kesetiaan . Dan masih banyak lagi haiwan seperti mereka , orang utan misalnya . Namun belakangan ini semakin banyak khabar yang kurang baik tentang bagaimana orang - orang memperlakukan binatang untuk kepentingan wang . Mengesan pelbagai maklumat di media , ada sebuah kisah memilukan dari China pada awal tahun ini . Sekitar 1000 kucing berjaya diselamatkan dari ' jalan menuju maut ' selepas sebuah kemalangan membuat lori yang mengangkut kucing - kucing ini terguling . Ada banyak tempat yang dibuat seadanya , memuat banyak sekali kucing dengan sangat tidak berperikemanusiaan . Kucing itu dijel dalam 40 kotak kayu . Namun terselamat kerana lori itu mengalami kemalangan dan menarik perhatian banyak orang di Changsha , Hunan , saat melihat banyak tempat dengan tangan - tangan kecil berbulu dan suara yang menghiris hati . Kucing - kucing ini trauma , takut dan kelaparan . Warga Changsha yang melihatnya TERUS berusaha menyelamatkan kucing - kucing malang ini . Dengan bantuan seadanya mereka berusaha memberikan air , susu dan makanan . Beberapa orang mengeluarkan kucing - kucing itu untuk segera dibawa ke Changsha Small Animal Protection . Namun beberapa di antaranya ada yang turut mati kerana kemalangan ini . Yang lebih sadis lagi , apabila trak ini tidak mengalami kemalangan , mereka akan membawa para kucing ke restoran untuk dijadikan bahan makanan dan dimakan oleh manusia . Kucing ini didapati dari petani - petani yang menggemukkan mereka dan menjualnya demi mendapat pendapatan tambahan . Bahkan di beberapa restoran , mereka mempersilakan pelanggan memilih kucing yang mereka mahu dan chef akan mengolahnya menjadi makanan . Entahlah , ini hanya sebuah gambaran kecil di antara masih banyak lagi pembunuhan keji haiwan oleh manusia . Bahkan haiwan yang biasa dimakan manusia seperti lembu , kadang tak diperlakukan dengan layak saat penyembelihan , seperti digelonggongi agar dagingnya kelihatan segar dan besar . |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |