K'jaan Arah Harga <b>Makanan Di</b> Kantin Sekolah <b>...</b> - MyNewsHub.My - Blog Makanan di Malaysia |
K'jaan Arah Harga <b>Makanan Di</b> Kantin Sekolah <b>...</b> - MyNewsHub.My Posted: 16 Jan 2014 12:34 AM PST PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pada meminta pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar supaya sentiasa memantau harga makanan dan minuman di kantin bagi memastikan tiada kenaikan harga. Beliau berkata hasil beberapa lawatan mengejut, pemantauan berterusan serta makluman balas lain, pihaknya mendapati tiada kenaikan harga makanan di kantin sekolah. Namun, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kantin yang menaikkan harga makanan tetapi setelah ditegur guru besar atau pengetua sekolah berkenaan, pengusaha kantin menurunkan kembali harga makanan. Katanya kerajaan akur dengan kenaikan harga beberapa barangan ketika ini tetapi pengusaha kantin tidak sepatutnya menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya. "Hari ini, dalam lawatan mengejut saya ke kantin sekolah ini, kami dapati harga makanan di kantin ini kekal seperti sebelumnya…tiada kenaikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kantin Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 di sini. Idris berkata lawatan itu sebahagian daripada program turun padang selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua menteri kabinet memantau isu-isu berkaitan kenaikan harga barangan. Program itu dapat memberi input penting kepada pihak kementerian dalam merancangkan pelbagai usaha untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam menghadapi isu kenaikan harga barangan, katanya. Beliau berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, peka dan prihatin dengan cabaran dihadapi rakyat, ia sentiasa memantau harga barangan bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan masalah itu. – BERNAMA K'jaan Arah Harga Makanan Di Kantin Sekolah Dipantauhttp://mynewshub.my/2014/01/16/kjaan-arah-harga-makanan-di-kantin-dipantau/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/Datuk-Seri-Idris-Jusoh.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Datuk-Seri-Idris-Jusoh-150x150.jpg16 January 2014 Terkiniharga barang,Kerajaan,SekolahPUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pada meminta pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar supaya sentiasa memantau harga makanan dan minuman di kantin bagi memastikan tiada kenaikan harga. Beliau berkata hasil beberapa lawatan mengejut, pemantauan berterusan serta makluman balas lain, pihaknya mendapati tiada kenaikan harga makanan... PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pada meminta pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar supaya sentiasa memantau harga makanan dan minuman di kantin bagi memastikan tiada kenaikan harga. Beliau berkata hasil beberapa lawatan mengejut, pemantauan berterusan serta makluman balas lain, pihaknya mendapati tiada kenaikan harga makanan di kantin sekolah. Namun, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kantin yang menaikkan harga makanan tetapi setelah ditegur guru besar atau pengetua sekolah berkenaan, pengusaha kantin menurunkan kembali harga makanan. Katanya kerajaan akur dengan kenaikan harga beberapa barangan ketika ini tetapi pengusaha kantin tidak sepatutnya menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya. "Hari ini, dalam lawatan mengejut saya ke kantin sekolah ini, kami dapati harga makanan di kantin ini kekal seperti sebelumnya...tiada kenaikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kantin Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 di sini. Idris berkata lawatan itu sebahagian daripada program turun padang selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua menteri kabinet memantau isu-isu berkaitan kenaikan harga barangan. Program itu dapat memberi input penting kepada pihak kementerian dalam merancangkan pelbagai usaha untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam menghadapi isu kenaikan harga barangan, katanya. Beliau berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, peka dan prihatin dengan cabaran dihadapi rakyat, ia sentiasa memantau harga barangan bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan masalah itu. - BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub rhad76@yahoo.comAdministratorMyNewsHubIklan Teks: PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
'Paling Gemuk' <b>Di</b> Asia Tenggara, Amal Tabiat Pemakanan Tidak Sihat Posted: 16 Jan 2014 01:32 AM PST Kajian Menunjukkan Malaysia 'Paling Gemuk' Di Asia Tenggara, Amal Tabiat Pemakanan Tidak SihatPETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International. Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara) Dengan tajuk 'Good Enough to Eat Index', ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat. Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga. Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain. Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14. Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor. Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis. Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020. Malaysia turut disenaraikan negara 'paling gemuk' di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik. Walaupun kajian itu mendapati bahawa rakyat Malaysia tidak menghidap sebarang kekurangan zat makanan, tetapi menunjukkan sebilangan kanak-kanak yang kurang berat badan dengan skor 28. Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia. Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112). Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai. "Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat," kata kenyataan Oxfam. Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. – Mstar. Artikel disiar pada 16/01/2014 - 5:32 pm oleh SGBSelangor-Bai |
You are subscribed to email updates from Makanan di Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |