Kajian dari UK letak Malaysia Negara "PALING GEMUK" di Asia ... - Blog Makanan di Malaysia

Kajian dari UK letak <b>Malaysia</b> Negara "PALING GEMUK" <b>di</b> Asia <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Kajian dari UK letak <b>Malaysia</b> Negara "PALING GEMUK" <b>di</b> Asia <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 08:38 PM PST

http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/kajian-dari-uk-letak-malaysia-negara.html


PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International.

Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara)

Dengan tajuk 'Good Enough to Eat Index', ia menunjukkan Malaysia memperoleh 76 daripada 100 skor di bawah kategori kepelbagaian diet, yang menunjukkan walaupun makanan adalah cukup di Malaysia, pilihan pelbagai makanan bagaimanapun tidak berkhasiat.

Kemampuan makanan juga seolah-olah menjadi masalah bagi Malaysia, apabila negara memperoleh skor yang lebih tinggi daripada purata 57 dari segi tahap harga.

Tahap ini, menurut Oxfam adalah relatif kepada barangan dan perkhidmatan lain.

Kecenderungan untuk harga makanan turun naik bagaimanapun rendah, dengan Malaysia mendapat skor 14.

Malaysia juga didapati berada pada anak tangga yang lebih rendah dalam kategori obesiti dan kencing manis, dengan masing-masing mendapat 29 dan 37 skor.

Menurut laporan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah pesakit kencing manis.

Angka ini dijangka mencecah 4.5 juta pada tahun 2020.

Malaysia turut disenaraikan negara 'paling gemuk' di Asia Tenggara dan yang keenam di rantau Asia Pasifik.
Walaupun kajian itu mendapati bahawa rakyat Malaysia tidak menghidap sebarang kekurangan zat makanan, tetapi menunjukkan sebilangan kanak-kanak yang kurang berat badan dengan skor 28.

Negara ini juga secara keseluruhannya berkongsi tempat ke-44 dengan enam negara lain: Maldives, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Rusia dan Chile.

Di Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat kedua di belakang Thailand, yang menduduki tempat ke-42 di seluruh dunia.

Negara jiran, Filipina (67), Vietnam (71), Indonesia (83) dan diikuti Laos (112).

Singapura dan Myanmar tidak termasuk dalam senarai.

"Walaupun dalam zaman moden dan kemajuan teknologi, kita masih gagal untuk menyediakan rakyat dengan makanan asas yang mereka perlukan untuk terus hidup dan makan secara sihat," kata kenyataan Oxfam.

Dalam perbandingan yang dibuat, Belanda mendapat tempat yang pertama sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat dan sihat. - Patrick Lee/ mStar

Kempen Promosi Kesihatan dan Kebersihan <b>Makanan di</b> Seduku <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 02:23 PM PST

SRI AMAN: Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mengadakan Kempen Promosi Kesihatan dan Kebersihan Makanan di Tabika KEMAS, Kampung Seduku, di sini baru-baru ini.

Seramai 20 ibu bapa dan kanak-kanak hadir menjayakan program itu.

Pegawai Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Sri Aman Gabriel Alexis Kibes berkata program itu adalah untuk mempertingkatkan tahap kesedaran ibu bapa tentang kepentingan menjaga kesihatan anak-anak demi mewujudkan individu sihat.

"Menerusi program itu kami memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang aspek kebersihan makanan yang betul," katanya.

Beliau berkata, bagi menjayakan program itu tiga ceramah diadakan untuk pengetahuan ibu bapa dan kanak-kanak iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut, kepentingan penjagaan kebersihan diri dan keracunan makanan.

Sehubungan itu, Alexis berharap program tersebut dapat memberi impak positif menghindari serangan penyakit tangan, kaki dan mulut serta isu keracunan makanan di kalangan penduduk di sini.

"Kami berharap ibu bapa dan kanak-kanak dapat menyebarkan maklumat mengenai kesihatan dan serangan penyakit terhadap penduduk di sekeliling," katanya.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...