Selongkar10: 9 Makanan Eksotik di Malaysia Yang Pelik Tapi Benar ... - Blog Makanan di Malaysia

Selongkar10: 9 <b>Makanan</b> Eksotik <b>di Malaysia</b> Yang Pelik Tapi Benar <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Selongkar10: 9 <b>Makanan</b> Eksotik <b>di Malaysia</b> Yang Pelik Tapi Benar <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 05:50 PM PST

Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya?

Tupai Masak Black Pepper Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia

1. Tupai Masak Black Pepper Dari Gopeng, Perak

Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. 

Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Noooo....

2. Hinava - Kerabu Ikan Mentah Dari Sabah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 

Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. 


http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html  

Ingat jepun je makan ikan mentah...haa pun bolehh

 Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
apa kata survey??

Teruskan Pembacaan...


3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah.
bharian.com.my

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Nah kauuu...amikkk

4. Belut Seri Cincai

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Ia juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
blogspot.com

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html  

Kutippp kutippp... buat laukkk

5. Sup Kaki Ayam

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 

Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam..


6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap.
blogspot.com

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Auchhh..!!!

7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. 
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... 

Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang...

8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Beronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah. 
Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair"


http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 
Sebelum dan selepas...huhhh

9. Ulat Mulong Atau Ulat Sagu Dari Sabah/Sarawak 

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. 


Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P

Selongkar Makanan

Railway Tourism | Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014

Posted: 21 Jan 2014 10:31 PM PST

Negara kita memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan masakan, tengok bangsa cukup la, kat Malaysia saja dah ada berpuluh suku kaum. Macam-macam tradisi dan budaya kan. Okey, apa yang aku nak story ni pasal makanan dan masakan. Baru-baru ni Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri B Tan Sri Abd Aziz telah melancarkan Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014, Perak. Kat lenggong ni saja dah ada pelbagai jenis masakan. Kome aje.. Yang turut berada di Pesta ni Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir serta Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah. 

 Sidang media serta pelancaran "Buku Masakan Tradisional Lenggong"

 
Kelihatan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah ditemuramah di radio tempatan Perak.Fm (Untuk Kome Aje) Kome aje tau.. Kamek tidak..
Haa, tengok ko Jah, macam macam lauk gitu. Pening nak bedal mana satu. Memang terbaik, ikan pekasam, daging salai masak lemak, siput sedut, daging masak umbut pisang, ada sambal tempoyak, ulam-ulaman, ada kerabu, nak sebut pun tak ingat banyak sangat.

Lemang juga tidak dilupakan, tak yah tunggu raya kalau nak merasa. Datang je ke lenggong pasti ada.
Stesen buah, perghhhh licin, langsat, durian, rambutan, cempedak dan lain lain. Durian tu kupas sebiji tak sampai seminit settle. wakakaka..

Antara urusetia yang terlibat menghidang makanan kat sini. Serba merah gitu.


Pengujung tidak putus-putus datang menikmati masakan dan hidangan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong.

"LENGGONG - Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah bercadang untuk menetapkan satu tarikh khusus penganjuran Pesta Makanan Tradisional Lenggong pada setiap tahun bagi memudahkan pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi pesta itu.
Shamsul Anuar berkata, pihaknya juga akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat agensi pelancongan bagi menggalakkan lagi jumlah kehadiran orang ramai ke pesta berkenaan." 
-petikan dari akbar KOSMO 10.1.2014

Jika cadangan ini diluluskan maka setiap tahun akan diadakan Pesta Makanan Tradisional di Lenggong. Makan free kome yer. Secara tidak langsung menjadi pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Malah Pesta ni bakal memantapkan lagi Pakej Perlancongan menggunakan Keretapi oleh Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM). Menarik menarik.. Jom melancong...........

kredit pic.. www.Yanty.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...