14/01/2014: Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisional di ... - Blog Makanan di Malaysia

14/01/2014: Keunikan dan kepelbagaian <b>makanan tradisional di</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


14/01/2014: Keunikan dan kepelbagaian <b>makanan tradisional di</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2014 04:04 AM PST

Sesuai dengan Tahun melawat malaysia tahun ini, Pengusaha Tani Randagong Lama Ranau Jamelah Lawa, 41 tahun mengambil inisiatif memasarkan pelbagai produk makanan tradisional secara komersial.

Ketika dihubungi pemberita RTM di Kota Kinabalu Jamela memberitahu setakat ini beliau menghasilkan 10 jenis makanan tradisi melalui kaedah jeruk dan serunding.

Produk serunding dan jeruk ini antaranya dihasilkan daripada tuhau, bambangan, ikan, lada putih dan bunga betik.

Hasil Program TRUS-MId yang diikutinya Disember tahun lepas, beliau merancang untuk menubuhkan sebuah bengkel pemperosesan makanan tradisional di kampung Randagong Lama.

Beliau berharap kerajaan akan terus memberi peluang kepada peniaga industri kecil sederhana mengikuti program latihan dan kursus perniagaan bagi memastikan produk yang dihasilkan mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Rita/f-up-an

~mfja~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...