Kempen Promosi Kesihatan dan Kebersihan <b>Makanan di</b> Seduku <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia |
Kempen Promosi Kesihatan dan Kebersihan <b>Makanan di</b> Seduku <b>...</b> Posted: 16 Dec 2013 02:23 PM PST SRI AMAN: Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mengadakan Kempen Promosi Kesihatan dan Kebersihan Makanan di Tabika KEMAS, Kampung Seduku, di sini baru-baru ini. Seramai 20 ibu bapa dan kanak-kanak hadir menjayakan program itu. Pegawai Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Sri Aman Gabriel Alexis Kibes berkata program itu adalah untuk mempertingkatkan tahap kesedaran ibu bapa tentang kepentingan menjaga kesihatan anak-anak demi mewujudkan individu sihat. "Menerusi program itu kami memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang aspek kebersihan makanan yang betul," katanya. Beliau berkata, bagi menjayakan program itu tiga ceramah diadakan untuk pengetahuan ibu bapa dan kanak-kanak iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut, kepentingan penjagaan kebersihan diri dan keracunan makanan. Sehubungan itu, Alexis berharap program tersebut dapat memberi impak positif menghindari serangan penyakit tangan, kaki dan mulut serta isu keracunan makanan di kalangan penduduk di sini. "Kami berharap ibu bapa dan kanak-kanak dapat menyebarkan maklumat mengenai kesihatan dan serangan penyakit terhadap penduduk di sekeliling," katanya. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |