Standard Malaysia Berkenaan Makanan Halal (MS 1500:2009 ... - Blog Makanan di Malaysia

Standard <b>Malaysia</b> Berkenaan <b>Makanan</b> Halal (MS 1500:2009 <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Standard <b>Malaysia</b> Berkenaan <b>Makanan</b> Halal (MS 1500:2009 <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 07:55 PM PDT

pic_006Standard Malaysia bertajuk 'Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2009) telah dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia yang di bawah tanggungjawab Jabatan Standard Malaysia (DSM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Standard Malaysia ini merupakan satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan halal.

Standard ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Standard Perindustrian Kebangsaan yang berkaitan dengan Halal (ISC I) yang mana telah diwakili oleh pelbagai organisasi termasuk JAKIM yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal yang berkaitan (sila rujuk Lampiran 1) untuk gambaran menyeluruh sistem pembangunan standard di Malaysia dan kaitan ISC I di dalam sistem ini.

Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan.

pic_006Ringkasan bagi pembangunan Standard Malaysia berkenaan dengan makanan halal adalah seperti di Lampiran 2.

Dokumen ini telah melalui proses yang diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai contoh; Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO), di mana sistem pembangunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yang sama.

Pada masa hadapan, adalah diharapkan agar Standard Malaysia (dokumen rasmi Kerajaan) akan dipromosikan di luar negara dan diiktiraf oleh negara-negara lain atau blok seperti Amerika, Eropah, China dan negara-negara ASEAN, dll.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Jabatan Standard Malaysia,
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi,
Century Square, Tingkat 1 & 2,
Blok 2300, Jalan Usahawan,
63000, Cyberjaya, Selangor.

Telefon : 03-8318 0002
Faks : 03-8319 3131

Laman Web: www.standardsmalaysia.gov.my
Emel: info@standardsmalaysia.gov.my

Makanan tradisional di saba... - Blog <b>Makanan di Malaysia</b> - Blogger

Posted: 16 Apr 2014 07:13 PM PDT


MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL

ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG

Oleh: Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi, BCOMM (UPM),

ABSTRAK

Makalah ini bertajuk "MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG". Tulisan secara semi akademik ini cuba menggunakan metode Perbandingan antara jenis-jenis makanan tradisional Rao dan jenis-jenis kesenian Rao yang masih wujud di Rao, Sumatera Barat dan di daerah Raub, Pahang. Diharapkan supaya tulisan ini sebagai pembuka jalan ke arah pihak-pihak yang berminat terutama anak-anak Raub berketurunan Rao Persemendaan dapat meneruskan usaha kaji selidik perihal makanan dan kesenian orang-orang Rao. Misalnya dari segi makanan membabitkan Baulu Cermai, Kelamai, Dodoi Kukus, Gulai Rebus, Gulai Darat, Gulai Keladi Kemahang, Gulai Nangka, Gulai Pisang Muda, Gulai Umbut Kabung dan lain-lain, manakala kesenian pula ialah Tari Piring, Tari Lukah, Tari Pedang, Tari Tandak, Silat Pulut, Ratib Tegak dan lain-lain yang hanya menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti tetawak, gendang ibu, gendang anak, rebana, seruling, akordion dan biola.

( Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang )

PENDAHULUAN

            Memerihalkan mengenai Raub, Masyarakat Rao yang mendominasinya dan menampilkan pelbagai jenis Makanan Tradisional Rao dan Kesenian Tradisional Rao yang telah di bawa oleh nenek moyang mereka sejak abad ke 15 lagi ( merujuk kepada Institusi Seri Maharaja Perba Jelai yang memerintah Hulu Pahang pada awalnya berpusat di Budu, Penjom dan kemudian berpindah ke Bukit Kota, Bukit Betong, Kuala Lipis yang asal keturunan dari Pagarruyung. Mereka telah datang ke Hulu Pahang sekitar tahun 1591 Masihi. Nama kampung asal Seri Maharaja Perba Jelai di Pagarruyung ialah Titi Kabung Pagar Teras )iaitu dari Ranah Minangkabau, Sumatera bukan satu kerja penulisan yang mudah kerana ia memerlukan kaji selidik di lapangan di samping merakam temu bual pelbagai sikap kedudukan setiap orang yang perlu ditemui. Oleh itu bagi kegunaan Seminar ini saya mengambil jalan tengah iaitu dengan membuat perbandingan setiap jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional Rao itu yang telah diamalkan sejak abad ke-2 lagi hingga ke masa ini di Rao, Sumatera Barat ( kini dikenali sebagai Kabupaten Pasaman yang menjadikan Lubuk Sikaping sebagai Pusat Pentadbirannya).. Perlu disebutkan di sini bahawa ada petunjuk yang jelas bahawa orang-orang Rao dari Bukit Barisan, Sumatera itu telah pun diriwayatkan berkelana ke Semenanjung Emas ini sejak abad ke-5 lagi.

ASAL USUL NAMA RAUB

            Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud 'genggam'. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraup emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya; "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raup) of gold".

Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961.

Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke-18. Mengikut sumber-sumber yang diperoleh, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tobek (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya disekat atau digelar empang).

Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebat itu amat bersih. Kedua-dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya.

Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebat untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebat itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperoleh. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB". Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebat yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir daripada kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari 'Raup'.

Terdapat juga pendapat yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal daripada perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai 'lubuk orang Rao'. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub.

Saya salah seorang yang berani menafikan bahawa nama panggilan asal Raub itu daripada 'Meraup' emas kerana walaupun banyak emas di kawasan berair dan berpasir di Raub tetapi tidak benar bila meraup pasir itu kelihatan banyak emas dari pasir kerana bijih emas ini perlu melalui proses tertentu untuk menjadikannya sebagai logam 'Emas'.

Apa yang saya yakini bahawa diriwayatkan ada dua orang, seorang Pakar Geologi dari Jerman dan seorang lagi Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula-mula tiba di sebuah kawasan yang diberi nama Rotan Tunggal. Kedua pakar ini seronok melihat ramai orang-orang yang sedang mendulang di sebuah kawasan berpaya ( kawasan padang bersetentang dengan Pejabat Majlis daerah Raub sekarang ). Lalu salah seorang daripadanya bertanya kepada yang menjadi Ketua kepada pendulang-pendulang itu, siapakah orang-orang yang sedang mendulang itu.

Lalu diberitahu oleh Ketua pendulang itu bahawa orang-orang yang mendulang itu sebagai Orang-orang Rao ( sebutannya 'Raau' ). Maksudnya pendulang-pendulang emas itu adalah orang-orang yang datang dari Rao, Sumatera. Lalu pakar dari Amerika Syarikat itu menyampuk mengatakan bahawa di Indiana di tempatnya juga telah ada pekan dinamakan dengan Raub kerana ramai hamba yang dibawa daripada Sumatera iaitu orang-orang Rao. Sejak itulah panggilan Raub itu digunakan hingga menghilangkan nama asal tempat itu sebagai Rotan Tunggal. Oleh itu saya berkeyakinan bahawa nama Raub itu berpunca daripada orang-orang Rao yang mendulang emas di kawasan paya di samping telah membuka kampung seperti Rotan Tunggal, Taranum dan Kalang.

            Daerah Raub kini adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai 57 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% daripada keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua buah banjaran, iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5ยบ dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke bandar Raub melalui Lebuh raya Kuala Lumpur Karak dan memasuki dan melalui Jalan Laluan Lapan..

MASYARAKAT RAO DI RAUB

            Penduduk di daerah Raub ketika ini sebagaimana angka banci 2010 terdiri daripada Melayu seramai 95,100 orang iaitu mendominasi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk., Orang Cina pada kadar 33 peratus manakala orang India pada kadar 7 peratus. Bakinya terdiri dari lain-lain suku bangsa. Dari sebanyak 95,100 orang Melayu dalam daerah Raub, dianggarkan kira-kira 33,000 orang terdiri daripada suku Rao Sejati manakala 43,000 terdiri daripada Rao Persemendaan dengan Minang, Jawa, Kampar, Banjar, Kerinci dan Aceh menjadikan Raub sebagai Lubuk Orang-orang Rao ( Rawa ) selepas Gopeng di Perak.

            Oleh itu di kalangan Orang-orang Rao dan persemendaan ini bukan sahaja sebagai pengamal Agama Islam mazhab Sunnah Wal Jemaah, tetapi mereka memiliki jenis-jenis makanan yang khas ciri-ciri Rao di samping kesenian yang khas ciri-ciri Rao, walau bagaimanapun disebabkan landskap budaya yang pengaruh mempengaruhi, telah berlaku pengubahsuaian terhadap jenis-jenis makanan dan jenis-jenis kesenian Rao itu sendiri.

MAKANAN TRADISIONAL RAO DI RAUB

            Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Makanan Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Makanan Tradisional Rao yang masih menjadi menu makanan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, iaitu:

Bil.

Nama Makanan Tradisional Rao di Rao, Pasaman

Nama Makanan Tradisional Rao di Raub

1

Masak Asam Ikan Keli

Gulai Asam Ikan Kalang / Keli / Puyu

Anyang Botik

3

Gulai Birah

4

Gulai Botik

Gulai Betik Muda

5

Gulai Lomak Rebung

Gulai Lemak Rebung

6

Lasiak Tutuk

7

Rondang Pakih

Pindang Pucuk Paku

8

Asam Lauk

9

Pongat Masin

Pengat ( Ubi Kayu, Ubi Keladi, Kemili, Labu, Pisang )

10

Kueh Gelamei Buloh ( 3 Jenis )

Kelamai

11

Goring Bolut

Goreng Belut

12

Goring Ikan Sepat Ronggeng

Goreng Ikan Sepat Ronggeng

13

Pulut Kontang Dengan Kelapa Mudo

Nasi Pulut dimakan bersama kelapa parut dan ikan masin

14

Gulai Rampai (Rimbang, Jantung Pisang, Pucuk Ubi)

Gulai Rampai - Jantung pisang, pucuk ubi, terung pipit, pucuk paku, terung telunjuk, ubi keledek, petai, dan dauk kaduk ( diperasakan dengan asam tempoyak atau asam rong.)

15

Masak Asam Kobau/Daging/Khosa

Gulai Rebus ( Jantung, Paru, Limpa, Perut, Hati, Daging, Usus Kerbau/Lembu )

16

Gulai Pisang Mudo

Gulai Lemak Pisang Emas / Pisang Nangka

17

Gulai Korumbia Mudo

18

Gulai Duda Bulong Gadung

19

Gulai Lomak Nangko

Gulai Lemak Nangka

20

Samba Karumbia

21

Ponget Lauk

22

Asam Roruong

23

Sagun-sagun

Sagun

24

Ulom Sayur

Ulaman ( Pegaga, Serai Kayu, Ulam Raja, Daun Kaduk, Daun Mengkudu, Daun Putat, Daun Tenggek Burung, Daun Sekentut, Salon, dan lain-lain )

25

Robus Ubi / Kolak Ubi

Rebus Ubi Kayu / Rebus Ubi Kemili, Rebus Keledek

26

Kerabu Pakih Dengan Porut

Kerabu Pucuk Paku Dengan Perut / Kerang

27

Kueh Serabai

Kuih Serabai / Lempeng

28

Lopek Gobu

Lepat Pisang, Lepat Ubi Kayu, Lepat Labu

29

Ponget Pisang Abu

Pengat Pisang Kelat Abu / Pisang nangka

Gulai Keladi Kemahang

31

Gulai Siput Sungai

32

Gulai Tempoyak Ikan Patin / Kalang / Baung / Lampam / Kerai / Jelawat

33

Gulai Darat ( Daging Kerbau / Lembu / Kambing )

34

Gulai Asam Rong Ayam kampung

35

Kuih Apam Bokor

36

Masak Sayur Manis Cemperai / Bayam

37

Masak Sayur Manis Kulat Tahun

38

Sambal Hitam ( Lada Burung+Ikan Bilis+Buah Belimbing Buluh yang Rebus ).

39

Sambal Hijau ( Lada Burung+Ikan Bilis+Buah Belimbing Buluh )

40

Sambal Tumis ( Ikan Bilis atau Kerang di campur dengan petai )

41

Pindang Maman / Pucuk Paku

42

Pincuk Bolai / Daun Betik+Bunga Betik / Umbut / Jantung Pisang

43

Cemang Kepayang

44

Bubur Cirit Murai

45

Bubur Kacang

46

Bubur Asyura

47

Serawa Durian ( Di makan bersama nasi pulut )

48

Bubur Pulut Hitam

49

Emping Padi

50

Kekalu ( dari Padi Muda )

51

Lemang ( Pulut, Jagung, Labu )

52

Dodoi ( Termasuk Dodoi Kukus )

53

Baulu Cermai

54

Pulut Kuning

55

Gulai Umbut Kabung / Kelapa / Bayas

56

Gulai Umbut Batang Pisang

57

Kerabu Jangat ( Kulit Kerbau )

KESENIAN TRADISIONAL RAO DI RAUB

            Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Kesenian Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Kesenian Tradisional Rao yang boleh ditampilkan untuk dipertunjukkan kepada orang ramai mengikut suasana budaya masyarakat setempat dalam acara-acara adat atau majlis-majlis rasmi baik di peringkat kampung, mukim atau daerah di Raub, Pahang sejak zaman dahulu hingga ke masa kini sebagai ciri khas kesenian tradisional Orang-orang Rao Persemendaan, iaitu:

Bil.

 Nama Kesenian Tradisional Rao di Rao, Pasaman

Nama Kesenian Tradisional Rao di Raub

1

Tarian Rontak Kudo / Onjai

Tari Tandak

2

Seni Tingkah Losung Panjang

Seni Tingkah Lesung

3

Seni Bongsilau ( Kaco Pocah )

Seni Pijak Kaca Pecah

4

Seni Lukah Gilo

Tari Lukah

5

Seni Zikir Rao

Ratib Tegak

6

Seni Bombongan

7

Seni Kobar

8

Seni Kompang

Seni Kompang

9

Seni Tortor

10

Seni Gordang Sembilan

Seni Gendang / Tetawak

11

Seni Musang-Musang

12

Seni Tari Gelombang ( Silat Persembahan / Silat Pulut )

Seni Tari Silat / Silat Pulut

13

Seni Tidor Di Ateh Duri

14

Seni Gamat Pasar Rao / Bodendak

Joget Lambak

15

Seni Tandang Boinei

Seni Berinai

16

Adat Perkahwinan antara Nogori

Adat Perkahwinan Rawa

17

Adat Turun Memandi

Adat Mandi Berlimau

18

Adat Menjojak Tanah ( Pantang Tanah )

Adat Memijak

19

Adat Menjolang Rajo

20

Adat Markusib

21

Adat Melonjong

22

Adat Merpege-pege

22

Adat Onang-Onang

23

Tari Piring

24

Tari Zapin

25

Tari Inang

26

Tari Pedang

27

Adat Merisik ( Nikah Kahwin )

28

Adat Bertunang ( Nikah Kahwin )

29

Adat Berderau / Gotong-royong

30

Adat Melenggang Perut ( Nikah Kahwin )

31

Adat Bertungku ( Nikah Kahwin )

32

Adat Mandi Minyak

33

Seni Silat Bela Diri

KATA PENUTUP

            Kesimpulan yang dapat difikirkan bahawa jenis-jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional yang asal dibawa oleh para perantau Rao baik dari Rao mahupun dari Pagarruyung telah melalui evolusi lalu berubah mengikut masa, cita rasa dan suasana budaya masyarakat Rao Persemendaan sejak dahulu hingga ke masa ini. Didapati pengaruhi mempengaruhi antara budaya kehidupan telah merealisasikan satu bentuk budaya Rao Persemendaan yang unik, menarik dan amat perlu dikekalkan dan diamalkan oleh generasi masa kini dan generasi masa depan.

            Akhir kata saya berharap dengan menulis perbandingan antara makanan dan kesenian Orang-orang Rao di Rao, Pasaman, Sumatera Barat dengan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang bukan sahaja dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan mengenai mereka, malah dapat memberi satu pendekatan yang positif dalam Lanskap kehidupan budaya Orang-orang Rao Persemendaan di Raub ini.

TAMAT

DAFTAR PUSTAKA

Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi.

Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta.

Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok.

Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Rosli Saludin, Talib Samat (2009), Rao Di Sana Sini, Jaro Malaysia.

Muhammad Yusof Hashim, Aruna Gopinath ( 1992), Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 – 1930, Tempo Publishing

Buyung Adil (1972), Sejarah Pahang, DBP

Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres
_____ (2004) Konflik Lahan Perkebunan 1930-1960. Padang: Lipi

Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources

Zabidin Haji Ismail (2012), Biografi Tokoh Rao, Persatuan Karyawan Perak

Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org.

Blog Urang Rao Raub: http://orangrawa.blogspot.com

BIODATA SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Subari bin Ahmad bin Jaafar Ar-Rawi atau lebih dikenali dengan nama penanya Arisel BA dilahirkan pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Ayahnya Ahmad ( keturunan Rawa/Banjar) berasal dari Kg Sungai Ruyung, Gali, Raub Pahang, manakala ibunya Kamsah ( berketurunan Rao/Jawa ) berasal dari Kg Temau, Raub, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.  Beliau antara Graduan Siri Pertama Pembelajaran Dalam Talian (Internet) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula tahun 1999 dan dianugerahkan dengan Bacelor Komunikasi. Beliau kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan dan menumpu sepenuh masa membuat kaji selidik dan menulis perihal asal usul dan budaya masyarakat Rao di Raub. Di samping itu beliau menulis sajak, cerpen, rencana dan novel. Menjadi ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang, ahli JARO Malaysia, Subari juga pernah menjadi Setiausaha Agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selama 10 tahun (1983-1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini beliau sebagai Pegawai Seranta DPMP di samping menganggotai PENA sejak 1972 sebagai ahli biasa.

12b) Makanan pelik di Putrajaya - Blog <b>Makanan di Malaysia</b> - Blogger

Posted: 17 Apr 2014 03:14 AM PDT

5

"AWAK tinggal beritahu kereta yang mana awak inginkan. Kita pandu keluar." Confident sahaja dia offer sebuah kereta buat Aisha. Mahu babah tahu, kelu lidah dia hendak menjawab. Duit tidak menjadi masalah buat Ivan, leteran dari babah sahaja yang buat dia pening kepala.

"Kereta kebal ada?" Aisha sekadar memerhati ruangan showroom. Kereta-kereta mewah yang terpamer di situ hanya memberi satu makna sahaja kepada Aisha iaitu kemudahan.

"Awak nak pergi berperang ke?"

"Hihihi... tak adalah. Saja bergurau. Saya dah biasa ke mana-mana dengan LRT mahupun pengangkutan awam yang lain."

"Laaa... saya nak bagi awak kereta, awak tolak pula?"

"Awak nak bagi tapi saya tak cakap saya nak terima."

"Habis ke mana-mana kita pergi, saya kena naik pengangkutan awamlah kalau begitu?"

"Ya, Encik Ivan Hayden. Kalau tak pun, awak masih boleh naik kereta awak dan saya naik public transport. Kita bertemu di mana sahaja lokasi yang dijanjikan. Saya rasa tiada masalah."

Pertemuan yang diatur cukup mudah. Sama seperti apa yang berlaku kepada mereka setiap kali ingin berjumpa. Hari ini, Aisha hanya meminta Ivan mengirimkan mesej akan lokasi syarikat Brittany. Tidak menjadi masalah bila ada pengangkutan awam yang melalui kawasan menempatkan syarikat tersebut. Bas ada, teksi pun banyak.

"Encik Hayden..." Aneesa yang merupakan setiausaha syarikat mendekati kedudukan dirinya dan Aisha di sebelah kiri ruang showroom.

Ivan menoleh, "Ya, saya."

"Boleh semak beberapa dokumen yang saya kepilkan sebelum Encik Hayden turunkan tandatangan di sini?"

"Sekejap ya, awak."

"Oh, okey."

Aisha mengambil jarak bila Ivan ke bahagian front desk syarikat Brittany. Dia memerhatikan Ivan meneliti dokumen-dokumen yang ada dari jauh. Aura lelaki itu semasa bekerja ternyata berbeza berbanding saat berada di universiti. Jika di universiti, Ivan kelihatan sangat relaks dan kasual. Berada di sini, terserlah sisi yang lain daripada yang sebiasa Aisha lihat.

Semuanya melibatkan urus niaga pengeksportan kereta-kereta keluaran syarikat ke Eropah. Ia membuatkan Ivan berfikir tentang sesuatu sebelum menurunkan tandatangannya.

"Aneesa, awak ada dapat panggilan daripada kilang kita di Kedah?"

"Belum lagi Encik Hayden, mungkin petang sedikit rasanya."

"Kalau mereka telefon, maklumkan kepada saya secepat mungkin sebab kapasiti pengeluaran kereta di kilang yang terletak di Sik tu akan ditambah. Jadi, untuk barisan pertama selepas perubahan dibuat, saya nak tahu sama ada terdapat masalah atau tidak untuk jenama Mercury dan Prestigue disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan."

"Baiklah, saya akan maklumkan sekiranya terdapat panggilan yang dibuat."

"Oh, ya... hari ni babah saya masuk lambat ke?" Baru Ivan perasan, sejak dia tiba tidak sampai setengah jam tadi, tidak kelihatan pula Datuk Rill Hayden membuat rondaan di ruang showroom. Selalunya, itu antara hobi babahnya yang tidak dapat dikikis saban hari.

"Datuk dah masuk awal pagi dan sejam selepas itu keluar bertemu klien di Subang Jaya. Katanya akan terus ke Kelana Jaya. Khabarnya ingin berjumpa dengan wakil dari kilang di Thailand pula untuk berbincang akan kontrak edaran kereta ke pasaran Asia Tenggara. Rasanya Datuk tak masuk pejabat selepas itu."

"Terima kasih, Aneesa."

"Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu Encik Hayden?"

"Hmmm... rasanya tak ada. Nanti kalau saya perlukan bantuan, saya akan panggil awak semula."

"Baiklah kalau begitu."

Ivan beralih dari front desk menuju ke arah Aisha. Gadis itu masih tekun memerhati kereta-kereta yang ada terpamer di ruang tersebut.

"So, dah fikir nak pilih kereta yang mana?"

"Awak nak buat apa beli kereta banyak-banyak? Kereta yang awak pandu setiap hari tu dah cukup untuk memudahkan awak ke mana-mana."

"Tapi, saya nak berikan hadiah untuk awak."

"Awak nak berikan saya hadiah?" Aisha ingin mengetahui sebab-musabab Ivan ingin memberikan hadiah kepadanya. Hari lahirnya lambat lagi dan tak mungkin Aisha berbesar hati menerima sebuah kereta sebagai hadiah hari lahir. Itu bukan cara Aisha. "But, why? Hanya kerana saya selalu gunakan public transport?"

Ivan terus mengangguk. Dia risau setiap kali Aisha ke mana-mana malah menemuinya dengan menaiki pengangkutan awam. Kalau Aisha memiliki kenderaan sendiri, kuranglah sedikit rusuh di hatinya memikirkan keadaan gadis itu di jalan raya.

"Hihihi... niat baik awak saya hargai. Tetapi, jujur saya katakan saya selesa dengan cara saya dan saya tak mahu termakan budi manusia dengan mudah. Saya harap awak hormati pendirian saya."

Nampaknya pertemuan mereka berdua di syarikat Brittany tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan oleh Ivan. Hendak mengeluh pun tiada guna. Sedikit sebanyak dia memahami dengan lebih mendalam akan keperibadian Aisha dari kaca matanya sendiri. Memang tidak silap dia berusaha mengenali Aisha kerana dia nampak banyak kelebihan gadis itu berbanding gadis-gadis lain di luar sana.

"Awak..."

"Ya, saya."

"Boleh saya minta izin untuk gunakan ruang solat di bangunan ni?" Dalam hati, Aisha mengharapkan bahawa ada disediakan ruang solat untuk pekerja-pekerja muslim di syarikat Brittany. Maklum bahawa bangunan tersebut cukup besar dan luas, rugi sekiranya tidak dimanfaatkan dengan menyediakan ruang solat untuk tujuan beribadah.

Ivan jadi tak pasti pula. "Hmmm... sekejap ya?" Macam mana dia nak pastikan, kalau dahi tu dah lama tak menyentuh sejadah dalam erti kata ikhlas beribadah. Solat yang lima waktu, sering kali bertebaran entah ke mana. Apa yang dia tahu, setiap hari Jumaat dia dan Eric ditarik mengikuti Ted ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, itu sahaja

Aisha hanya memerhati bila Ivan mendekati kedudukan meja Aneesa. Mereka berbicara seketika. Sesekali kelihatan Ivan menganggukkan kepala namun Aisha tidak mendengar langsung butir perbualan di antara mereka berdua. Dia hanya memandang ke lain bila langkah Ivan diatur kembali ke arahnya.

"Ruang untuk solat ada di tingkat dua. Telekung pun ada disediakan. Awak nak saya tunjukkan arahnya?"

"Awak tak nak solat sekali?"

"Maksud awak berjemaah?"

"Ya. Bukankah pahalanya lebih berlipat kali ganda jika hendak dibandingkan dengan solat bersendirian?"

"Tapi memikul tugas sebagai seorang imam bukan perkara mudah, Cik Aisha. Besar tanggungjawabnya. Saya tak boleh nak sesuka hati mengimamkan awak sedangkan solat sendiri pun belum tentu saya dapat khusyuk apatah lagi hendak berjemaah." Malu memanglah malu, tetapi benda betul takkanlah Ivan nak ambil ringan sahaja.

"Kalau macam tu, tak apalah. Lain kali mungkin."

Nada ayat 'lain kali mungkin' itu kedengaran semacam sahaja di telinga Ivan.

"Sekarang ni, kita solat zohor dahulu. Asing-asing pun tak mengapa, janji kita tunaikan apa yang wajib." Sempat lagi Aisha tersenyum. Dia nampak banyak lompang kekurangan yang cuba disembunyikan oleh Ivan tetapi itu lebih baik dari tersimpan. Mana yang elok, Aisha akan cuba sehabis baik untuk membantu. Sama-sama memperbaiki kelemahan dalam diri dengan saling memberi dan menerima. Selagi Allah SWT memberikan kesempatan buatnya memperbaiki diri, tiada ruginya jika hamba-Nya beriltizam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Di samping itu mengajak orang lain untuk sama-sama berubah ke jalan yang diredai-Nya.

"Kita ke tingkat dualah kalau begitu..." Ivan sudah melajukan langkah berjalan di bahagian hadapan. Aisha hanya mengekori.

Mereka mendaki tangga ke tingkat dua dan Aisha dapat melihat ruangan di tingkat atas nyata berbeza dengan ruangan showroom di tingkat bawah. Di sini terdapat banyak bilik yang digunakan untuk pekerja-pekerja juga bahagian pentadbiran. Kelihatan beberapa orang pekerja Brittany berada di meja masing-masing, melunaskan tanggungjawab seharian. Sempat jugalah mereka memandang ke arah Ivan dan Aisha yang baharu sahaja tiba ke ruangan tersebut.

"Kalau awak nak tahu, inilah ruang kerja saya jika saya masuk ofis." Ivan menunjukkan sebuah bilik yang menampilkan nama juga jawatannya di muka pintu. Belum masanya dia mengajak Aisha masuk apatah lagi mereka berdua sahaja sekarang ini.

"Oooh... okey."

Mereka meneruskan langkah ke sebelah kiri. Terdapat ruang pantry juga ruang solat yang terletak saling berhampiran. Kalaulah Aneesa tidak memaklumkan, pasti Ivan sendiri tidak perasan ruang tersebut adalah tempat untuk warga Brittany mengerjakan solat. Ivan pun hanya sesekali sahaja ke bahagian pantry, jadi dia memang tak ambil pusing sangat akan lokasi tersebut.

"Awak solatlah dahulu, take turn..." Tak bolehlah nak main serbu masuk berdua kerana ruang solat itu hanya boleh memuatkan seorang sahaja dalam satu-satu masa dan tak manis pula jika ada pekerja lain yang melihat. "Saya tunggu awak dekat pantry."

Aisha hanya mengiyakan sebelum dia melangkah masuk ke ruang solat yang ada. Pintu dikunci dari dalam. Dia bergerak ke tempat mengambil wudhuk dan berwudhuk sebelum menyegerakan memakai telekung. Solat zohor empat rakaat itu ditunaikan dengan rasa lapang di dalam hati.

Segelas air masak berjaya dihabiskan saat Aisha menunggu di ruang pantry. Aisha tidak tahu hendak membuat apa bila bersendirian di situ. Dia hanya memerhati dekorasi pantry yang nampak ringkas dan mudah. Sebuah meja bulat disertakan dengan lima buah kerusi mengelilingi. Peti sejuk, singki mencuci dan rak pengering terletak saling berdekatan. Kabinet pula menempatkan barang-barang seperti water purifier, coffee maker, rak pinggan dan cawan malah bekas berisi pelbagai barangan termasuk biskut dan kuih-muih. Mungkin sahaja ada tea lady yang menguruskan bahagian tersebut.

"Jom?" Muncul Ivan di situ mengajaknya untuk keluar.

"Dah fikir nak kereta jenis yang mana? Sporty, classy, casual, compact, SUV, MPV tapi jangan tanya jenis eco car pula... memang tak ditawarkan dekat Brittany."

"Awak."

"Hmmm..." Ivan memandang Aisha yang bergerak menuruni tangga di sebelahnya.

"Saya tak nak kereta, jauh sekali memandu kereta."

"Tapi kenapa?"

"Memandu di tengah kesesakan kota raya sangat berbahaya dan, saya mana ada lesen kereta..."

"Laaa... ye ke?"

"Sebab itu saya rasa pelik, kenapa awak ajak saya ke syarikat awak. Ingatkan awak ada urusan penting, sebab tu kita berjumpa di sini."

"Jadi sia-sia sahajalah saya bawa awak ke mari?" Ivan mengeluh.

"Eh, tak adalah. Saya tak rasa sia-sia pun. Sekurang-kurangnya saya tahu awak bekerja sambil belajar. Tak mudah nak uruskan dua perkara dalam satu masa. Tapi, mungkin sebab awak antara ketua di sini jadi tiada masalah untuk bahagikan masa awak di universiti mahupun syarikat."

"Nak kata susah tu tak adalah susah mana. Selagi saya faham dan cepat tangkap, semuanya boleh berjalan dengan mudah tak kira di universiti atau syarikat. Cuma part yang susah bila papa saya minta idea untuk luaskan pasaran syarikat malah fikirkan cara untuk meningkatkan jualan setiap suku tahun. Masa tu, baharu pecah kepala nak manage sekali gus."

"I'm always believe that you will do well in whatever you're doing."

"Oh, thanks." Ivan tidak sedar sejak bila dia tersenyum.

"So, shall we hit the road now? Saya dah rasa lapar." Comel sahaja riak di wajah Aisha mempotretkan dirinya yang berasa lapar.

"Okay, let's go!" Ivan menolak daun pintu dan mempersilakan Aisha untuk keluar terlebih dahulu.

"Terima kasih." Aisha yang melangkah keluar terlebih dahulu sudah mengucapkan terima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh Ivan.

Ivan tersengih. Mereka mendekati kereta yang diparkir berdepanan dengan bangunan syarikat. Dia mmboloskan diri ke dalam kereta. Aisha turut melakukan perkara yang sama dengan duduk di sebelah pemandu.

"Kita nak makan di mana?"

"Selera Rastaaaaaaaaaaa!" Dalam nada bergurau Ivan menjawab seiring dengan jari telunjuknya sudah diisyaratkan akan lokasi yang hendak dituju. Mindanya sudah merencana untuk makan di Hotel Applegate.

"Manalah Selera Rasta buka waktu-waktu begini?" Seketika kedengaran tawa Ivan meletus bila Aisha mengetap bibir. Geram dirinya dipermainkan oleh lelaki itu.

Tidak dinafikan Selera Rasta menjadi lokasi favourite pelajar-pelajar Unitadz untuk makan dan hang out bersama rakan-rakan di waktu malam dan hanya beroperasi bermula jam enam petang.

Baharu sahaja Ivan hendak membuat pusingan U di persimpangan hadapan, telefon bimbitnya berbunyi. Lantas iPhone yang berada di dalam saku seluar slack ditarik dan diserahkan kepada Aisha.

"Saya tak bawa handsfree, tolong swipe dan pegangkan, boleh?"

"Err... ah, okey." Aisha menyambut telefon yang dihulur. Tertera nama Lucy di permukaannya. Tanpa menunggu lama Aisha menyentuh permukaan skrin sebelum dilaraskan kepada speaker.

"Lucy..." Aisha menyebut sebaris nama tersebut agar Ivan tahu siapa pemanggilnya. Dalam hatinya tertanya-tanya. Siapalah Lucy yang membuat panggilan sekarang ini?

"Haaa... Lucy. Awat call?"

"Papa Eric masuk hospital, heart attack. Aku on the way ke KPJ."

Aisha yang mendengar terus menekup mulut dan beristighfar. Walaupun dia tidak kenal individu yang dimaksudkan, tetapi lelaki itu orang tua Eric. Sedikit sebanyak terpalit rasa bimbang di dalam dirinya bila melihatkan wajah Ivan berubah mendadak. Dari ceria bertukar muram mendengarkan perkhabaran tersebut.

"Kalau macam tu, aku datang sekarang. Jumpa dekat sana."

Tak sempat hendak bertukar salam, panggilan sudah terlebih dahulu ditamatkan oleh Ted. Aisha merenung skrin telefon bimbit yang bertukar gelap di tangan. Biarlah telefon itu dipegangnya terlebih dahulu. Dia perasan perubahan besar di wajah Ivan dan dia tidak mahu mengganggu tumpuannya memandu sekarang.

"Aisha, boleh awak temankan saya ke sana?"

"Iyalah, saya temankan. Awak pandu kereta ni elok-elok. Saya rasa dah laju semacam awak drive sekarang..." Walaupun hendak segera tiba ke hospital, keselamatan diri di jalan raya sekarang patut sama-sama dititik beratkan.

"Sorry." Ivan tidak melanjutkan kata selepas itu. Tumpuannya tetap di jalan raya walaupun fikirannya sudah melayang teringatkan perihal Eric juga papanya, Datuk Abdullah.

IVAN nampak Eric tertunduk sugul di luar bilik pemeriksaan. Aisha yang mengekorinya turut tertanya-tanya akan keadaan papa Eric yang masih lagi menjalani rawatan.

"Eric." Ivan datang dekat seraya memeluk Eric yang kelihatan lemah. Saat pelukan dileraikan, Eric nampak ada gadis yang berdiri di sebelah kanan Ivan.

"Lucy dah sampai dan dia ke surau. Kau dari mana dengan Aisha?" Baru dia perasan akan kehadiran Aisha sama.

"Aku dari main office Brittany tadi. Hajat nak pergi makan. Tapi bila dapat panggilan dari Lucy fasal papa kau terus kami ke mari. Macam mana dengan keadaan papa kau?"

"Masih lagi menjalani pemeriksaan di dalam. Driver yang jumpa papa aku di bilik hotel sebab tak turun-turun selepas lunch." Eric sedaya-upaya cuba menyembunyikan rasa sedihnya di depan Ivan.

"Dah lama kau sampai?" Ted tiba-tiba menegur. Dia yang baru sahaja kembali dari surau langsung tidak berlengah untuk lama-lama berada di bawah.

"Baru je." Ivan menjawab sedang Aisha hanya diam dan tersenyum nipis. Baru dia tahu siapa Lucy yang menelefon sebentar tadi.

"Ivan, Aisha... kamu berdua belum makan lagi, kan? Ajak Lucy sekali turun makan." Eric berasa kasihan mengenangkan mereka bertiga terpaksa bergegas ke KPJ menemuinya setelah dimaklumkan tentang keadaan papanya.

"Aku okey lagi." Ivan menjawab seraya memandang tepat ke wajah Eric. Tidak tegar membiarkan temannya itu keseorangan.

"Aku pun." Ted menjawab walhal dari semenjak di surau perutnya sudah berkeriuk-keriuk minta diisi.

"Kau memanglah okey tapi Aisha tu yang aku kasihan. Pergilah turun dahulu. Apa-apa nanti aku call. Papa aku masih dirawat dekat dalam jadi jangan risau. Pergi makan..." Eric menolak tubuh Ivan juga Ted agar segera bergerak ke kafeteria. Tidak elok jika dibiarkan perut kosong semata-mata kerana dirinya.

Ivan yang sedar akan situasi Aisha terus sahaja menurut. Bukankah gadis itu benar-benar lapar sebelum mereka keluar dari Brittany? Kasihan pula mengenangkan bila dia dengan perut kosong terpaksa menemankan Ivan menemui Eric di KPJ.

"Kalau macam tu, aku bawa Aisha dengan Lucy ke kafe. Sekejap lagi selesai makan kami naik balik. Kalau ada apa-apa jangan lupa untuk beritahu sesegera mungkin. Faham?"

"Iyalah. Kau ni kalau mengarah, memang macam mak nenek."

"Ingat apa yang Ivan pesan?" Ted menepuk bahu Eric yang cuba untuk tersenyum.

"Yalah..."

Eric memerhatikan Ivan, Ted dan Aisha yang bergerak ke arah lif di sebelah kanannya. Saat mereka hilang dari pandangan, terbit keluhan keluar dari bibirnya.

"Maafkan Aiman, papa..." Dia masih ingat akan kata-kata yang diucapkan kepada papanya petang semalam. Akibat merajuk dengan teguran papanya, dia tidak pulang ke rumah apatah lagi ke hotel. Sebagai tanda protes sengaja dia bermalam di studio seni Unitadz seorang diri.

Eric bimbang jika perkataan 'Goodbye' yang dilafazkan semalam menjadi perbualan terakhir di antara papa dan dirinya. Dia jadi betul-betul takut. Air mata yang cuba ditahan dari dilihat teman-temannya sejak tadi kini mengalir juga. Lekas-lekas dikesat dengan belakang tapak tangan. Tidak mahu ada yang melihat.

"Aiman takut papa akan tinggalkan Aiman. Sama macam mama..." Matanya kini fokus ke hadapan. Memandang tepat ke arah pintu bilik pemeriksaan.

Ivan dah bergerak ke bahagian kaunter. Beberapa jenis lauk-pauk yang tersedia dalam tray diperhati sebelum dia menimbang hendak memilih yang mana. Lewat hari ini mereka menikmati hidangan makanan tengah hari.

Aisha sudah lama berlalu mengambil tempat duduk. Itu pun setelah selesai dia memilih makanan yang diinginkan. Ted yang baharu sahaja selesai memilih makanannya turut duduk di meja yang sama. Dia hanya membiarkan kerusi di sebelah kosong agar mudah untuk Ivan duduk setentang dengan Aisha.

"Aisha, kalau saya tanya sesuatu boleh?" Melihatkan Ivan belum ke meja, Ted mengambil kesempatan untuk bertanyakan sesuatu kepada Aisha.

"Erm... tanyalah."

"Awak kenal Hannah?"

"Hannah? Maksud awak, Kak Hannah? Ya, saya kenal dia. Satu fakulti." Tanpa berselindung Aisha memaklumkan.

"Dia ambil jurusan apa dekat Fakulti Bahasa & Kesusasteraan tu? Maksud saya, major? Bahasa atau Sastera?"

"Kalau tanya majoring, Bahasa. So, awak tahulah apa yang minor, kan?"

"Err... ya."

"Kenapa tanya fasal Kak Hannah? Awak kenal Kak Hannah ke?" Rasa unik pula ada yang bertanya fasal seniornya itu. Aisha sendiri sedia maklum, Hannah susah untuk rapat dengan orang lain. Terutamanya jika berlainan fakulti. Sebab itu dia rasa semacam apabila Ted menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hannah.

"Sort of." Sejak bila dah terbiasa dengan 'sort of' ni? Ted pun naik hairan.

"Sebenarnya, jarang orang tanya fasal Kak Hannah. Lebih-lebih lagi kalau pelajar dari fakulti lain."

"Dia tak campur orang ke?"

"Hmmm... susah nak cakap sama ada campur atau tidak. Tak ramai yang kenal dia di luar. Tetapi, bebudak fakulti memang hormat dia sebagai senior. She's one of the excellent students in our faculty. Boleh dikatakan role model pelajar junior."

"Oh, okey. Terima kasih untuk infonya. Err... maaflah sebab buat Aisha tergendala hendak makan." Baru Ted perasan, disebabkan hendak mengetahui perihal Hannah, tidak sempat Aisha menjamah makanan di dalam pinggannya apatah lagi dirinya.

"Tak apa. Benda kecil sahaja."

"Aik, borakkan apa sampai nasi pun tak sentuh lagi?" Ivan yang baharu sahaja tiba di meja, melabuh punggung di depan Aisha. Seketika dia memandang wajah Ted dan Aisha berselang-seli. Apa kenalah mereka berdua ni?

"Saja bual-bual kosong fasal fakulti Aisha." Ted menjawab.

"Fasal fakulti ke fasal pelajar fakulti? Ayat tu biar jelas sikit." Mulalah Ivan dengan perangai mengusiknya. Arif dirinya akan sikap Ted yang jarang ambil kisah fasal pelajar Unitadz.

"Dah, jangan banyak cakap. Baca doa makan, sekejap lagi kita nak naik atas semula. Tak sedap hati pula aku tinggalkan Eric seorang diri dekat atas."

"Bismillahirahmanirrahim..." Ivan menadah tangan untuk mengetuai bacaan doa makan. Aisha dan Ted sekadar mengaminkan. Sempat lagi Ivan menoleh ke arah Ted di sebelah sambil tersengih-sengih. Ingin memaklumkan bahawa dia boleh membaca doa makan. Mujur makanan yang disuap ke mulut Ted tidak tersembur melihatkan aksi Ivan waktu itu.

Hampir ke petang Ted menemankan Eric di hospital. Selepas sahaja solat asar di surau, Ivan meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Dia ingin menghantar Aisha ke perhentian bas seperti yang diminta oleh gadis itu dan berjanji akan sama-sama menemankan Eric di hospital pada sebelah malamnya.

Beberapa orang penting di Hotel Applegate turut datang melihat-lihat keadaan Datuk Abdullah yang kini dikatakan stabil selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan. Lega hati Eric bila mengetahui papanya tidak lagi berada dalam keadaan bahaya dan kini sedang tidur.

"Malam nanti aku datang temankan kau. Aku bawakan sekali pakaian dari Suite."

"Thanks. Aku tak tahu macam mana nak berterima kasih dengan kau dan Ivan sebab sudi temankan aku dari tadi."

"Relakslah, kita kan kawan. Hari ini hari kau, mana tahu esok lusa hari aku pula susah..."

Ted dapat melihat Eric senyum segaris mendengarkan kata-katanya tadi. Dia tahu, temannya itu berusaha untuk kelihatan tabah dan kuat. Segala kepayahan yang dilalui kalau boleh hendak disorok dari dilihat oleh orang lain. Begitulah sikap Eric dan Ted sendiri rasa kagum.

Mereka bertiga membesar jauh dari rasa kasih seorang ibu. Jadi masing-masing sangat bergantung kepada insan yang digelar ayah semenjak kecil sehinggalah menginjak ke usia dewasa.

Eric kehilangan mamanya semenjak dia berusia tujuh tahun akibat kanser perut. Ivan pula kehilangan uminya akibat kemalangan jalan raya saat dia memasuki tingkatan satu manakala Ted langsung tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu semenjak dilahirkan. Ini kerana ibunya meninggal dunia selepas mengalami pendarahan teruk saat bersalin.

"Aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa telefon aku tahu!"

"Hati-hati..."

"And, one more thing Eric... don't forget to pray. Allah will always listen to your prayer." Di antara mereka bertiga, hanya Eric sahaja yang jarang menunaikan solat walau kerap kali diingatkan oleh Ted. Setakat Ivan bolehlah juga jika kena caranya Ted mengajak. Tetapi Eric agak liat untuk menunaikan Rukun Islam yang ke dua itu.

"Hmmm..." Eric tidak terus menjawab. Dia sekadar menggumam sebelum melihat Ted melangkah keluar dari wad peribadi yang menempatkan dirinya juga Datuk Abdullah.

HAMPIR pukul sepuluh barulah Ted melangkah keluar dari Suite 1601 dengan beg berisi pakaian juga toiletries buat Eric. Setengah jam tadi Ivan memaklumkan bahawa dia sudah tiba di hospital manakala Ted akan singgah ke Suite terlebih dahulu. Gerakan kakinya kini dibawa menuju ke bahagian lif. Setelah memboloskan diri dalam lif, dia terus sahaja menekan butang L yang mewakili ruang lobby hotel.

Pintu lif berdenting sebelum terbuka di tingkat 14. Ini menunjukkan ada pengunjung hotel yang ingin menaiki lif untuk turut serta turun. Ted bergerak sedikit ke sebelah kanan. Seorang gadis melangkah masuk dan Ted cukup terkejut bila mereka berdua kini berkongsi lif yang sama.

Hannah merasakan bahawa dirinya menjadi mangsa renungan Ted. Terlupa dirinya seketika bahawa lelaki di sebelahnya itu merupakan anak kepada pemilik universiti di mana dia belajar sekarang. Rasa pelik adalah setiap kali menemui lelaki itu di sini seperti tiada rumah sendiri.

"Kau dari mana?" Tidak tahu mengapa, sejak dua menjak ini dia merasakan bahawa dia terlalu ramah berbicara bila bertemu dengan Hannah. Situasi sekarang tidak terkecuali.

"Jumpa kawan."

"Kawan yang tempoh hari tu ke?"

"Ya."

"Oh, lupa nak cakap... puisi semalam, simple dan boleh tahan." Ted tidak tahu hendak memuji yang bagaimana. Janji dia dapat menyatakan apa yang dia rasa setelah mendengar gadis itu melantunkan puisi dalam gaya tersendiri.

"Saya 'taram' aje asalkan kena dengan tajuk. I'm quite good when dealing with improvisation." Tidak menjadi masalah buat Hannah untuk hadir dengan idea spontan. Janji tahu nak cakap fasal apa, itu sudah memadai.

"Sekarang ni kerap betul aku jumpa kau." Rasanya dah banyak kali dia nyatakan perkara yang sama.

"Hmmm... saya pun rasa macam tu juga. Tetapi kalau awak rasa tak selesa, saya akan cuba untuk elakkan diri dari kita bertembung di mana-mana." Hannah sendiri rasa tidak selesa bila kerap menemui lelaki itu kebelakangan ini.

"Heh! Macam mana kau nak elak? Cuba kau beritahu aku..." Lainlah gadis itu tahu 'tentatif program' dirinya saban waktu, pasti tiada masalah.

"Ha'ah ek! Saya tak terfikir pula sampai ke situ." Kenapa dirasakan lif bergerak terlalu perlahan ketika ini?

Hannah memandang Ted yang berdiri di sisi sambil menjinjit sebuah beg di tangan kiri. "Awak nak ke mana dengan bawa beg ni? Lari dari rumah?"

"Hahaha..." Seketika terhambur ketawa Ted.

"Kau ni suka betul buat assumptions yang bukan-bukan. Bawa beg tak semestinya nak lari dari rumah. Sama macam duduk lepak dekat tembok rooftop, bukan bermakna nak bunuh diri." Sempat juga kata-katanya diselitkan dengan ayat berbaur sindiran. "Aku nak bawa pakaian untuk kawan aku, Eric. Papanya masuk hospital akibat serangan jantung..."

Belum sempat Hannah ingin membuka mulut bertanyakan keadaan papa temannya itu, lif sudah membawa mereka sehingga ke aras lobby. Mereka melangkah keluar dengan Hannah mendahului di hadapan. Tidak sedar bahawa kehadiran mereka di ruang tersebut menarik perhatian beberapa pasang mata yang juga merupakan pelajar-pelajar Unitadz.

"Kau nak balik terus ke?"

"Ha'ah."

"Nak aku hantarkan?" Sejak bila Tengku Edzfareel bin Tengku Adzlan berani offer seat untuk hantar orang lain balik? Ada hati nak jadi pemandu 'teksi sapu' ke?

"Tak apa. Ada kawan yang akan ambil saya nanti."

Mendengarkan perkataan 'kawan' kening Ted terangkat sedikit.

"Okeylah kalau macam tu. Aku gerak dahulu. Ciao!"

Modal kata lelaki itu selalu sahaja berakhir dengan perkataan 'ciao' dan ia sedikit sebanyak membuatkan Hannah merasa jengkel. Tak boleh ke beri salam elok-elok?

"Assalamualaikum." Harap-harap salamnya berbalas kerana Hannah pasti Ted mendengar ucapan yang disampaikan.

"Wa'alaikumsalam warrahmatullah..." Rendah sahaja Ted membalas sambil melangkah keluar dari pintu utama hotel menuju ke kereta yang dipandu oleh seorang valet attendant Hotel Applegate.

Hannah yang menunggu kehadiran Arya sekadar memerhatikan lelaki itu hilang dari pandangan. Seketika dia tersenyum mengingatkan puisi yang dibaca semalam juga kenangan berada di rooftop bersama-sama lelaki itu tempoh hari. Tidak sedar bila otaknya bekerja sehingga Biru Langit Dia kembali terngiang-ngiang di telinga.

Awan putih, biru langit,

Terang, hangat dan bahang,

Kau dan aku, larut dalam irama kicauan.

Sedang diri tertanya-tanya,

Suara itu milik kau, atau

Sekadar desir angin menyapa?

Sekali lagi aku merenung,

Sekian kali engkau memandang,

Arah yang sama,

Biru langit milik Dia,

Jauh di atas sana.

ps: Maaf, dah berkarat dengan puisi. Sudah lama zaman itu ditinggalkan. Untuk chapter 6 akan datang, ada kuiz 'happy-happy' menanti. Tunggu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...