Nazri - Blog Makanan di Malaysia - Blogger - Blog Makanan di Malaysia

Nazri - Blog <b>Makanan di Malaysia</b> - Blogger - Blog Makanan di Malaysia


Nazri - Blog <b>Makanan di Malaysia</b> - Blogger

Posted: 14 Apr 2014 01:28 AM PDT

Rakyat News

 

BANDAR UTAMA 10 April - Pelbagai jenis makanan tradisi pelbagai kaum juga menjadi salah satu faktor yang memainkan peranan penting untuk menarik pelancong dari luar negara untuk melancong di Malaysia pada setiap tahun.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, hotel-hotel di Malaysia juga turut mengambil bahagian mempromosikan makanan tradisional untuk menarik para pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).

"Makanan merupakan sebahagian daripada budaya kita yang bertemakan Malaysia Truly Asia yang dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangan. Bukan sahaja kaya dengan makanan daripada negeri-negeri malah kita juga mempunyai hidangan dari rakyat yang berbilang kaum.

"Hotel-hotel juga turut mempromosikan makanan tradisi bertujuan untuk menarik para pelancong,"katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian WarnaRasa Malaysia A Food Galore di Hotel Royale Chulan Damansara, hari ini.

Terdahulu, Nazri telah merasmikan Majlis Pelancaran WarnaRasa A Food Galore di Hotel Royale Chulan Damansara yang dihadiri oleh Pengurus Besar The Royale Chulan Damansara, Julian Blaydes serta Pengarah -Pengarah Pejabat Pelancongan Negeri.

Beliau berkata, seharusnya lebih ramai rakyat Malaysia menceburi bidang pelancongan kerana ia adalah menunjukkan identiti industri pelancongan negara.

"Seboleh-bolehnya kita mahukan rakyat Malaysia menjadi antara muka hadapan dimana perlu fasih didalam bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris serta mempunyai ilmu pengetahuan tentang pelancongan di negara kita. Apabila pelancong datang ke hotel dan mereka ingin tahu kemana destinasi yang harus dituju kita boleh memberitahu mereka," katanya lagi.

Setiap negeri akan berkampung di Hotel Royale Chulan Damansara selama seminggu untuk mempromosikan produk, makanan, kraf, dan kebudayaan negeri yang bermula dengan negeri Pahang bermulai esok dan diikuti negeri-negeri lain sehinggalah kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 berakhir.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...