Lebih 100 pelajar di Kuala Nerang keracunan makanan ... - Blog Makanan di Malaysia

Lebih 100 pelajar <b>di</b> Kuala Nerang keracunan <b>makanan</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Lebih 100 pelajar <b>di</b> Kuala Nerang keracunan <b>makanan</b> <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2014 01:46 PM PST

KUALA NERANG: Lebih 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad di sini mengalami cirit-birit serta muntah dipercayai akibat keracunan makanan.

Pengarah Kesihatan negeri Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata 160 pelajar mengalami cirit-birit dan muntah, bagaimanapun hanya sebahagian daripadanya dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) manakala selebihnya dirawat di sekolah.

Beliau berkata 117 pelajar menerima rawatan pesakit luar dan dua daripada pelajar berkenaan ditahan di wad HKN untuk rawatan lanjut.

"Pelajar dipercayai terkena jangkitan selepas menikmati makanan yang disediakan malam tadi, tapi semua masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Beliau berkata ekoran insiden itu dewan makan sekolah berkenaan ditutup selama dua minggu untuk pemeriksaan. — Bernama

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...