Mini Pau beri makanan percuma kepada warga emas – BorneoPost ... - Blog Makanan di Malaysia

Mini Pau beri <b>makanan</b> percuma kepada warga emas – BorneoPost <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Mini Pau beri <b>makanan</b> percuma kepada warga emas – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2014 02:54 PM PDT

MIRI: Mini Pau, nama yang tidak asing lagi kepada para pengunjung Taman Bulatan di sini.

Terletak di tepi jalan dekat kawasan parkir, ia menjadi tempat popular untuk para pengunjung setelah selesai beriadah atau berjoging.

Dengan keadaan persekitarannya yang selesa dengan suasana santai ia menawarkan pelbagai makanan tempatan yang menyelerakan.

Walaupun namanya Mini Pau, ia bukan sahaja menyajikan pau tetapi hidangan seperti laksa, nasi ayam, mi kolok, mi Hokkien, mi Shen Rou, 'Wan Tan Ho', 'Lomakai' dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia juga menyajikan pelbagai dim sum buatan sendiri.

Pemiliknya, Yoon Hwa Heng memiliki 30 tahun pengalaman dalam bidang masakan, di mana beliau telah bekerja di restoran-restoran di Hong Kong, Taiwan, Brunei, Kuala Lumpur dan Miri.

Beliau juga pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel tempatan di sini sebelum memutuskan untuk membuka perniagaan sendiri.

Yoon menjelaskan bahawa dim sum buatannya memiliki cita rasa yang unik kerana dibuat dengan resipi sendiri.

Sambutan untuk dim sum beliau begitu baik sehinggakan beliau juga membekalkan dim sumnya ke restoran dan kedai-kedai kopi di seluruh Miri serta mengeksport dim sum ke bandar-bandar seperti Sibu, Kuching dan Sabah.

Sebagai seorang yang prihatin kepada warga emas, setiap hari mulai jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang, Yoon memberi makanan percuma kepada mereka yang berusia 70 tahun dan ke atas.

Mereka boleh menikmati sama ada nasi ayam atau pau serta teh Cina secara percuma.

Ketika ditanya mengapa beliau berbuat demikian kerana tiada kedai kopi atau restoran yang memberi makanan percuma kepada warga emas, beliau menjawab: "Memang setiap perniagaan perlu untung, tetapi apa yang saya buat ini bukan mencari untung tetapi sumbangan amal saya kepada orang tua yang telah banyak berjasa kepada kita."

Beliau menjelaskan sudah hampir satu tahun setengah iaitu sejak Febuari 2013, beliau menjalankan aktiviti amal ini.

Dalam temu bual tersebut, beliau juga menasihati golongan muda agar tidak melupakan jasa baik ibu bapa mereka yang sejak kian lama bersusah-payah membesarkan mereka.

"Orang muda sekarang tidak boleh melupakan ibu bapa kerana merekalah yang membesarkan kita," nasihatnya.

Justeru, memberi makan percuma kepada para warga emas adalah tugas kebajikan yang beliau boleh sumbangkan kepada gologan warga tua.

"Semua orang berumur 70 tahun ke atas boleh makan percuma di sini, hari-hari pun boleh," tambahnya ketika mengakhiri temu bual dengan Utusan Borneo.

Print Friendly

Lebih 100 pelajar <b>di</b> Kuala Nerang keracunan <b>makanan</b> <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2014 01:46 PM PST

KUALA NERANG: Lebih 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad di sini mengalami cirit-birit serta muntah dipercayai akibat keracunan makanan.

Pengarah Kesihatan negeri Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata 160 pelajar mengalami cirit-birit dan muntah, bagaimanapun hanya sebahagian daripadanya dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) manakala selebihnya dirawat di sekolah.

Beliau berkata 117 pelajar menerima rawatan pesakit luar dan dua daripada pelajar berkenaan ditahan di wad HKN untuk rawatan lanjut.

"Pelajar dipercayai terkena jangkitan selepas menikmati makanan yang disediakan malam tadi, tapi semua masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Beliau berkata ekoran insiden itu dewan makan sekolah berkenaan ditutup selama dua minggu untuk pemeriksaan. — Bernama

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Nukilan Kenit: 10 <b>Makanan Malaysia</b> Paling Menggemukkan!

Posted: 02 Apr 2014 07:11 PM PDT

Assalamualaikum!

100% rakyat Malaysia suka makan! Itu fakta yang semua orang pun dah tahu hehe. Negara Malaysia memang cukup terkenal dengan kepelbagaian makanan dan sajian pemanis mulut yang enak! Maka, tak hairanlah kalau pelancong luar yang melancong ke sini, perkara pertama yang mereka akan buat ialah cari makan! hehe.

Antara makanan tempatan yang terkenal di kalangan pelancong luar ialah seperti nasi lemak, roti canai, sate dan bermacam lagi. Tapi, tahukah anda kebanyakan makanan tempatan kita ni boleh menyumbang kepada kegemukan?? Nak tahu makanan apa yang boleh menggemukkan anda?

Jom kita terjah!

1. Roti Canai

Sememangnya, roti canai memang makanan kegemaran rakyat Malaysia! Tambah kalau roti tu lembut atau garing kan lagi syok kita menambah 2-3 keping (^_^). So, apa kata pakar?

Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

2. Nasi Lemak

Fuh! Nasi lemak kalau diletak sambal sotong atau sambal ayam, memang sodap sehingga menjilat jari! Sekali pandang memang nampak lengkap dan sihat kan? Tapi, ada yang tersirat di sebalik menu lengkap ini. Pakar kata apa?

Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

3. Makanan segera (Fast food)

Yang ni, ramai dah tahu ianya kurang berkhasiat dan tak digalakkan makan selalu. Tahu tak faktor obesiti di kalangan kanak-kanak di Amerika disebabkan oleh fast food ni lah!

Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan "Super Size" boleh cecah 900kcal.


4. Local Fast Food a.k.a Mamak


Haaaa! rakyat Malaysia cukup suka lepak kedai Mamak! hehe. Pagi, petang, malam pasti penuh kedai tu. Menurut pakar, masakan mamak pun kandungan kalori yang tinggi.

Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.


5. Donat
Style donat zaman dulu yang ditabur gula, sekarang dah modified ada krim dan sebagainya menjadikan ia antara makanan paling digemari rakyat Malaysia.

Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi "beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.



6.  Pisang Goreng

Cukup senang dan mudah didapati. Kalau kita on-the-go, pisang goreng ni pun sesuai dimakan dimana-mana saja. Tambah kalau ada kerak-kerak dia tu kan? Perghh!

Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).




7. Minuman Bergula

Jelas sekali, orang-orang kita suka masak menggunakan minyak dan suka makan makanan yang berlemak dan tinggi kandungan gula. Kalau takda gula, tak sedap la pulak kan? hehe

Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

8. Teh Tarik

Amboii! Kevin Zahri pun minum teh tarik ye! hehe. Minuman kegemaran rakyat Malaysia ni! Kalau mamak tu tarik dalam kole, lagi kaw rasa! Berbuih-buih gitu hehe.

1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.



9.  Kuih Muih


Terdapat banyak pilihan kuih-muih yang sedap-sedap tak kira tradisional atau moden. Dan, sememangnya rakyat Malaysia tak boleh lari dari kuih-muih. Mesti nak makan kan?

Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

10. Nasi

Nasi adalah makanan ruji bagi 75% penduduk Asia. Kalau jenis yang berdiet nak kuruskan badan, nasi adalah makanan paling 'pantang' dimakan! Nak kurus? try jangan makan nasi 6 bulan berturut-turut. 

Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.



Bonus : Gaya Hidup


Sebab tu, penyakit no. 1 di Malaysia sekarang adalah penyakit jantung. Kebanyakannya disebabkan oleh saluran yang tersumbat oleh kolesterol yang terkumpul dalam badan kita. Makanan di atas bukan tak boleh dimakan langsung, tapi pengambilannya mestilah seiring dengan gaya hidup yang sihat. Dah, kalau asyik mentekadarah je senaman tak buat, jogging tak buat exercise tak buat, acaner tak gemuk? ye dak?

Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.


Fuh! kebanyakan makanan di atas memang makanan kegemaran kita semua kan? Bayangkan betapa banyaknya kalori yang kita ambil setiap hari kalau makan macam ni? Pagi, petang dan malam kita makan semua yang di atas ni. Agak2 sebulan berapa kalori kita dah sumbat dalam badan kita? 


#pray4MH370

sumber : SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...