Penyedia <b>makanan</b> untuk tetamu Allah | :SembangHaji.Com: - Blog Makanan di Malaysia |
Penyedia <b>makanan</b> untuk tetamu Allah | :SembangHaji.Com: Posted: 07 Apr 2014 11:58 AM PDT PADA peringkat awal kehadirannya di Tanah Suci Mekah hanya sebagai pembantu masakan untuk menyediakan makanan kepada jemaah haji dan umrah Malaysia yang mengambil pakej dengan Tabung Haji Travel. Begitulah permulaan bagi Sulaiman Ismail, 34, yang kini serius mengembangkan perniagaan dalam sajian makanan di kota suci itu hasil kerjasama dengan Al-Munief Catering Services (Al-Munief). Tetapi kata Sulaiman, semua itu tidak datang dengan mudah. Namun, berbekalkan bakat dan hasrat murni untuk menawarkan perkhidmatan kepada tetamu Allah di Tanah Suci Mekah serta Madinah, dia mengorak langkah positif dalam bidang itu di bumi Arab Saudi. Sulaiman yang berasal dari Banting, Selangor mengembangkan perniagaan di negara itu sejak lebih setahun lalu. Usaha- sama berkenaan memberikan pilihan kepada jemaah umrah untuk menikmati keenakan hidangan cita rasa Malaysia yang ditawarkan Al-Munief menerusi pengalaman dan kepakaran dalam bidang masakan dimiliki Sulaiman. Malah Sulaiman turut menggaji empat tukang masak dari Malaysia untuk menyediakan masakan Melayu cita rasa tempatan kepada jemaah umrah dari Malaysia. Namun bukan mudah bagi Sulaiman untuk bertapak di bumi penuh keberkatan itu. Apatah lagi syarat kerajaan Arab Saudi yang perlu dipenuhi ialah mesti mendapatkan rakan kongsi tempatan di negara berkenaan. Sulaiman mula melihat peluang perniagaan dalam bidang sajian makanan di Tanah Suci apabila berkesempatan mengadakan latihan selama tiga bulan bersama Tabung Haji Travel di Mekah pada 1999. Ketika itu dia merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang masakan atau kulinari di Unitar. Sulaiman membantu menyediakan masakan Melayu kepada 1,200 jemaah yang mengambil pakej Tabung Haji Travel untuk tiga kali hidangan iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. "Saya datang sebagai pembantu tetapi ilmu dalam bidang masakan sudah ada kerana ia turun temurun, pekerjaan keluarga saya adalah tukang masak. "Sebab itu saya menyambung pengajian dalam bidang kulinari di Unitar untuk mendapatkan lebih banyak ilmu,'' katanya ketika ditemui di Mekah baru-baru ini. Menurut Sulaiman, selepas tamat latihan di Tanah Suci, dia kembali ke Malaysia untuk menyempurnakan pengajian peringkat diplomanya di Unitar. Bakat memasak dimiliki Sulaiman memikat Tabung Haji Travel yang menawarkannya kerja sebagai tukang masak pada musim haji di Tanah Suci. Pemuda itu mula bekerja dengan syarikat berkenaan pada tahun 2000 untuk tempoh bermusim (tiga bulan setiap musim) dan memasak bagi 1,500 jemaah. "Secara keseluruhannya saya bekerja dengan Tabung Haji Travel selama enam musim sehingga 2006. "Di luar musim, saya mengendalikan perniagaan keluarga yang menyediakan perkhidmatan sajian makanan di Banting,'' katanya. Selepas 2006, Sulaiman mendapat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk memasak kepada petugas lembaga berkenaan dan orang kenamaan Malaysia yang berkunjung ke Tanah Suci. Katanya, dia berkhidmat selama empat tahun dengan TH sebelum memutuskan untuk pulang ke Malaysia bagi memberi tumpuan mengendalikan perniagaan sajian makanan keluarganya yang semakin berkembang. Memandangkan Sulaiman menyimpan hasrat mendalam untuk membuka perkhidmatan sajian makanan Malaysia kepada tetamu Allah di Mekah, dia kembali ke Arab Saudi pada 2012. Kedatangannya kali ini adalah untuk cuba menjalankan perniagaan sajian makanan sendiri menerusi pengalaman, kebolehan, ilmu dan modal kira-kira RM600,000. "Cita-cita saya memang hendak menyediakan masakan Melayu dan membawa orang Malaysia sebagai tukang masak berkhidmat di Tanah Suci ini,'' ujar bapa kepada tiga anak itu. Cubaan awal Sulaiman berdepan dugaan apabila seorang kenalan warga Arab Saudi yang digunakannya untuk bertapak di negara tersebut tidak menepati aspek sasaran yang dikehendakinya,'' katanya. Sulaiman kemudian berpindah kepada Al-Munief pada Disember 2012 dengan mengadakan kerjasama bersama syarikat berkenaan sehingga sekarang. "Saya mengenali Al-Munief kerana pernah berkhidmat di dapurnya di Mekah selepas diarahkan TH pada 2003 untuk memasak kepada jemaah Malaysia yang menjadi pelanggan syarikat itu,'' jelasnya. Sulaiman memberitahu, dia memulakan perniagaan di Mekah selama setahun sebelum mengorak langkah lebih jauh dengan membuka dapur atau pejabat kedua di Madinah pada Disember tahun lalu. Katanya, tidak ramai rakyat Malaysia menjalankan perniagaan di Arab Saudi dan dia adalah anak jati negara ini yang pertama membuka dapur bagi menyediakan perkhidmatan sajian makanan. "Di Arab Saudi kita tidak boleh menjalankan perniagaan sendirian walaupun ada kepakaran dan pelanggan kerana perlu kerjasama dengan rakyat negara itu. "Sebab itu saya mengadakan kerjasama dengan Al-Munief tetapi pengurusan saya kendalikan sendiri,'' ujarnya yang mahu membawa perniagaannya itu ke tahap lebih tinggi. Menurut Sulaiman, cabaran sedang dihadapinya sekarang ialah masih ramai khususnya ejen pelancongan yang tidak mengetahui bahawa Al-Munief dikendalikan oleh orang Malaysia. "Sebagai anak jati Malaysia yang datang berniaga di Arab Saudi dengan memberi khidmat kepada tetamu Allah, saya bukannya mahu meminta bantuan wang tetapi mahu sokongan dari negara sendiri,'' katanya. – Utusan . |
Blog <b>Makanan di Malaysia</b> - Blogger Posted: 28 Mar 2014 07:38 PM PDT Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,Saya sebagai rakyat Johor Darul Takzim mengalu-alukan kedatangan anda ke negeri kami.. Johor bukan sahaja terkenal dengan kedudukan negeri yang berada di selatan,Tapi kami juga ada makanan special yang anda semua harus cuba apabila bertandang ke Johor Darul Takzim.. Jom kita baca manalah tahu saudara-mara anda ada yang nak datang ke Johor Darul Takzim.
Ambeng merupakan makanan tradisional penduduk tempatan di Johor dan ianya popular dikalangan masyarakat Jawa yang tinggal di pantai Barat Semenanjung Malaysia.Nasi Ambeng juga berasal daripada Pulau Jawa yang terletak di Indonesia dan hari ini terbukti sebahagian daripada penduduk Pulau Jawa masih menikmati hidangan Nasi Ambeng ini. Selalunya Nasi Ambeng dihidangkan dalam majlis-majlis tertentu seperti kenduri arwah dan majlis kesyukuran samaada pada waktu malam atau tengahari. Masyarakat Jawa mempercayai dengan amalan ini ianya akan membawa kerukunan dan kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan.. Hidangan Nasi Ambeng biasanya dihidangkan untuk 4 orang dan isinya adalah Nasi Putih,Tempe goreng, Kerisik,Rempeyek,Serunding kelapa, mee goreng atau mee hoon goreng dan lain-lain. Nasi Ambeng dihidangkan dalam dulang atau talam yang dilapik dengan daun pisang.. Resepi akan diupdate dan kalau nak tengok resepi pergi label yang bertulis resepi.. Burasak merupakan makan tradisional orang Bugis..Ianya di kenali dengan juga sebagai buras.. Buras tak silap bermaksud beras.Makanan ini biasanya dihidangkan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Proses pembuatan burasak nie memakan masa yang agak lama.Burasak dihasilkan dengan menggunakan beras dan santan dan ianya ada variasi beras pulut.Sedap dimakan dengan serunding kelapa dengan rending daging .Memang dap.. lah
Dipercayai orang Bugis berada di berada ditanah Melayu sekitar tahun 1511 hingga zaman pemerintahan Sultan Ibrahim pada tahun 1778-1926. Mengikut susur galur kesultanan Johor,Sultan Ibrahim merupakan keturunan Bugis. If I wrong please forgive me.Ini pengetahuan yang saya tahu lah. Tapi kalau nak merasai kehebatan hidangan Burasak nie lubuknya dekat Pontian.. Rasanya hingga menjilat jari..Harga memang berpatutan. Kalau dah rasa mesti nak lagi.. Apa kate jom pergi ke Johor Sate yang semua ketahui adalah berasal daripada Tanah Jawa Indonesia.Ia juga salah satu makanan nasional di Indonesia.Sate juga popular di Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Filipina dan Thailand.Sate juga popular di Negara Belanda.Sate juga tersenarai sebagai 50 makanan paling sedap di dunia. Sate diperbuat daripada daging,ayam,kambing dan versi terbaru ialah daging rusa yang dipotong kecil-kecil dan ditusuk dengan buluh dan dibakar dengan arang kayu.. Sate dimakan dengan kuah kacang,hirisan timun,hirisan bawang merah,dan nasi himpit..Sate senang didapati dimana-mana sahaja di negeri Johor.Kalau dah rasa mesti nak lagi.. Kalau berkunjung ke Batu Pahat Johor anda semua mesti mencuba hidangan Nasi Beriyani Gam.Nasi Beriyani Gam juga dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam atau Dum.Nasi Beriyani dimasak dengan ketulan daging yang diperap semalaman bersama beras.Apabila Nasi ini siap nasi ini akan berbau rempah,dan rasa lemak manis yang dihasilkan oleh daging tersebut.Sejarah kemasukan resepi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi,rakyat Johor memperharui resepi ini ke selera Melayu dan terjadilah Nasi Beriyani Gam ini. Dipercayai Beriyani berasal daripada zaman Maharaja Mungal Muslim. Ia amat popular dinegara Asia Tenggara,Lucknow,Kolkata,Hyderabad,Kashmir ,Karachi,Dhaka,dan Delhi.Nama Beriyani berasal daripada perkataan beryan yang bermaksud goreng dan panggang.. Tempat Mee Bandung yang asli adalah berasal daripada Muar.Tempat Mi Bandung Muar tu menggunakan resepi turun- temurun yang asli.. Perkataan Bandung bermaksud berganda,berkembar ataupun berpasangan yang bercampuran dengan yang lain.Nama Bandung tidak ada kena mengena dengan Bandung Indonesia sebabnya dua-dua tak sama. Mee Bandung dimasak bergandingan dengan mi dan telur,dengan campuran cili dan bawang tumis,rempah ratus,belacan dan udang kering.Sesudah itu,ianya ditambah dengan udang,hirisan daging atau sayuran. Mi rebus atau mee rebus adalah sebuah hidangan yang amat terkenal di Johor.Ianya juga popular di Singapura dan Indonesia.Pada zaman dahulu,penjaja hidangan mi rebus ini bergerak menggunakan kandar yang dilengkapi dengan dapur,periuk,air masak dan bahan ramuan lain untuk memasak hidangan ini. Hidangan ini menggunakan mi telur kuning yang digunakan dalam mi Hokkien sebagai hidangan utamanya yang ditambah dengan kuah yang agak manis-manis pedas. Kuah mi rebus ini diperbuat daripada keledek,serbuk kari,air,kacang soya masin,udang kering dan kacang tanah yang dihiasi dengan telur rebus,limau kasturi atau limau nipis,daun bawang,daun sup,cili hijau,tauhu goreng,bawang goreng dan taugeh. Ada sesetengah tempat panggil mee ini adalah mi Jawa atau Bakmi Jawa.Hidangan ini mempunyai persamaan dengan hidangan Mie Celor yang terkenal di Palembang Indonesia. Laksa Johor merupakan hidangan yang kuahnya menggunakan santan untuk kuahnya.Dipercayai laksa dibawa oleh orang China ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa berasal daripada perkataan 'laksha' iaitu dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud banyak dan merujuk kepada banyaknya bahan yang digunakan dalam hidangan ini. Soto merupakan sejenis hidangan yang berasaskan sup ayam yang dihidangkan bersama nasi himpit.Tetapi,nak tahu tak asal usul soto nie.Jom kita bace.. soto tangkar Betawi dari Jakarta merupakan sup soto bertulang yang asalnya dari zaman penjajah. Polisi Belanda seperti cultuurstelsel (sejenis cukai yang tinggi) menyebabkan kemiskinan, sehinggakan tulang kering terpaksa direbus kembali dalam soto. Di Indonesia, soto juga dikenali sebagai sauto, nyoto, tauto (tauto Pekalongan), coto atau cotto dari Makassar atau Mangkasara, dan juga sroto di Sukaraja dan Banyumas, Jawa. Tetapi apa asal-usulnya nama soto? Ada yang mengatakan soto dahulunya makanan raja-raja. Dengan mengkaji nama 'sroto', kita mungkin dapat mengetahui sejarah nama soto. Kata orang tua-tua, pada masa dahulu terdapat seorang raja yang adil. Pada suatu hari, baginda jatuh sakit sehinggakan susah untuk baginda makan. Baginda inginkan sesuatu yang bersup dan senang dikunyah tetapi baginda tidak menyukai bubur. Akhirnya sup ayam dimasak dan nasi ditambah. Tetapi butiran nasi jelas terlalu sukar untuk disuap kepada raja yang sangat lemah itu. Oleh itu baginda meminta ketupat yang dipotong ditambah kepada sup tersebut. Kiub-kiub ketupat itu menyerap sup yang panas, dan makanan inilah senang disuap kepada raja. Supnya pula ditambah rempah supaya raja dapat menikmati sup tersebut, kerana orang sakit memang kurang berselera. Oleh itu, hidangan makanan yang baru ini dilahirkan, yang disuap kepada ratu (nama pangkat yang diberi kepada raja-raja di Indonesia dahulukala) sehingga baginda sembuh. Raja itu sangat menyukai hidangan tersebut, oleh itu ia mula dihidangkan dengan lebih kerap sehinggakan ia menjadi popular dengan rakyat jelata juga. Suap ratu jika diulang dengan cepat menjadi 'sroto', sepertimana ia masih dipanggil di Jawa Tengah, tetapi di kawasan lain, nama ini dipendekkan kepada 'soto'. Di Malaysia dan Singapura, soto selalunya berkuah cerah dan rasa berempah, dengan ketulan nasi himpit. Di Indonesia, setiap kawasan, daerah, mahupun bandar ada versi sotonya tersendiri; di bandaraya besar, boleh dikatakan yang setiap mangkuk soto unik kepada sesebuah jalan, ataupun juga seseorang tukang masak! Sebagai contoh, ada soto Bandung, soto Banjarmasin, soto Banten, soto kuning Bogor, soto babat Tasikmalaya, soto Kudus, soto Lamongan, soto Madura, soto Medan, soto Padang, soto kikil Surabaya dan sebagainya.
Ini adalah salah satu makanan yang Miss Yana suka.Ia juga adalah satu hidangan yang wajib ada selain burasak tadi pada pagi hari raya. Arisa adalah makanan untuk golongan elit Johor dan ianya jarang dijumpai dan di jual di sekitar negeri Johor.Arisa ini tak silap hidangan yang berasaskan daging. Ini adalah cucur udang orang biasa panggil dia..Sedap kan?. Tempat pisang salai original nie kat Parit Raja,Batu Pahat. Kalau nak jumpa telur pindang nie kat Majlis Perkhawinan je dia ada.. Tapi semenjak dua menjak nie telur pindang seakan-akan lupus.Orang sekarang lebih suka bagi souvenier makanan ringan yang menggemukkan je.. Rujukan
|
You are subscribed to email updates from Makanan di Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |