Nazri : Kepelbagaian Makanan di Malaysia Jadi Tarikan Pelancong ... - Blog Makanan di Malaysia

Nazri : Kepelbagaian <b>Makanan di Malaysia</b> Jadi Tarikan Pelancong <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Nazri : Kepelbagaian <b>Makanan di Malaysia</b> Jadi Tarikan Pelancong <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2014 05:30 AM PDT

Rakyat News

 

BANDAR UTAMA 10 April - Pelbagai jenis makanan tradisi pelbagai kaum juga menjadi salah satu faktor yang memainkan peranan penting untuk menarik pelancong dari luar negara untuk melancong di Malaysia pada setiap tahun.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, hotel-hotel di Malaysia juga turut mengambil bahagian mempromosikan makanan tradisional untuk menarik para pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).

"Makanan merupakan sebahagian daripada budaya kita yang bertemakan Malaysia Truly Asia yang dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangan. Bukan sahaja kaya dengan makanan daripada negeri-negeri malah kita juga mempunyai hidangan dari rakyat yang berbilang kaum.

"Hotel-hotel juga turut mempromosikan makanan tradisi bertujuan untuk menarik para pelancong,"katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian WarnaRasa Malaysia A Food Galore di Hotel Royale Chulan Damansara, hari ini.

Terdahulu, Nazri telah merasmikan Majlis Pelancaran WarnaRasa A Food Galore di Hotel Royale Chulan Damansara yang dihadiri oleh Pengurus Besar The Royale Chulan Damansara, Julian Blaydes serta Pengarah -Pengarah Pejabat Pelancongan Negeri.

Beliau berkata, seharusnya lebih ramai rakyat Malaysia menceburi bidang pelancongan kerana ia adalah menunjukkan identiti industri pelancongan negara.

"Seboleh-bolehnya kita mahukan rakyat Malaysia menjadi antara muka hadapan dimana perlu fasih didalam bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris serta mempunyai ilmu pengetahuan tentang pelancongan di negara kita. Apabila pelancong datang ke hotel dan mereka ingin tahu kemana destinasi yang harus dituju kita boleh memberitahu mereka," katanya lagi.

Setiap negeri akan berkampung di Hotel Royale Chulan Damansara selama seminggu untuk mempromosikan produk, makanan, kraf, dan kebudayaan negeri yang bermula dengan negeri Pahang bermulai esok dan diikuti negeri-negeri lain sehinggalah kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 berakhir.

 

 

Idris: Kerajaan arah harga <b>makanan di</b> kantin sekolah sentiasa <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2014 08:20 AM PST

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh semalam meminta pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar supaya sentiasa memantau harga makanan dan minuman di kantin bagi memastikan tiada kenaikan harga.

Beliau berkata hasil beberapa lawatan mengejut, pemantauan berterusan serta makluman balas lain, pihaknya mendapati tiada kenaikan harga makanan di kantin sekolah.

Namun, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kantin yang menaikkan harga makanan tetapi setelah ditegur guru besar atau pengetua sekolah berkenaan, pengusaha kantin menurunkan kembali harga makanan.

Katanya kerajaan akur dengan kenaikan harga beberapa barangan ketika ini tetapi pengusaha kantin tidak sepatutnya menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya.

"Hari ini, dalam lawatan mengejut saya ke kantin sekolah ini, kami dapati harga makanan di kantin ini kekal seperti sebelumnya…tiada kenaikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kantin Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 di sini.

Idris berkata lawatan itu sebahagian daripada program turun padang selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua menteri kabinet memantau isu-isu berkaitan kenaikan harga barangan.

Program itu dapat memberi input penting kepada pihak kementerian dalam merancangkan pelbagai usaha untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam menghadapi isu kenaikan harga barangan, katanya. — Bernama

Print Friendly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...