Pemandu lori hilang ketika hantar makanan dalam tin – BorneoPost ... - Blog Makanan di Malaysia

Pemandu lori hilang ketika hantar <b>makanan</b> dalam tin – BorneoPost <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Pemandu lori hilang ketika hantar <b>makanan</b> dalam tin – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 05 May 2014 03:26 PM PDT

KUCHING: Seorang pekerja Global Shine Sdn Bhd dilaporkan hilang selepas membuat penghantaran rutin pada Sabtu lepas.

Dia yang dikenali sebagai Wong Ming Young dikatakan dilihat kali terakhir ketika melakukan penghantaran makanan dalam tin kepada pelanggan di Batu 17 Jalan Kuching-Serian pada hari tersebut.

Lelaki berumur awal 50-an itu yang memandu lori Daihatsu seberat tiga tan berwarna putih dengan nombor pendaftaran QKT5577 secara berseorangan, dijadualkan kembali ke kilang syarikat itu di Jalan Demak Laut selewat-lewatnya jam 5 petang.

Bagaimanapun, cubaan majikan serta ahli keluarga untuk menghubunginya gagal dan menemui jalan buntu.

Bimbang atas keselamatan mangsa, kedua-dua pihak membuat laporan polis pada Ahad.

Sesiapa yang mengenali dan ternampak Wong atau menjumpai lori berkenaan diminta menghubungi talian 082-433515 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...