Blog <b>Makanan di</b> Perak: Blog <b>Makanan di Malaysia</b>: [TRAVEL] Pesta <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia |
- Blog <b>Makanan di</b> Perak: Blog <b>Makanan di Malaysia</b>: [TRAVEL] Pesta <b>...</b>
- folio <b>makanan tradisional di malaysia</b> - qihdzdpd - Blog Makanan di <b>...</b>
- Blog Makanan di Malaysia: folio <b>makanan tradisional di malaysia</b> <b>...</b>
- Blog Makanan <b>di</b> Perak: [TRAVEL] Pesta <b>Makanan Tradisional</b> <b>...</b>
- Leumang, <b>Makanan Tradisional</b> Rumpun <b>Melayu</b> Kuno ala Warga <b>...</b>
Blog <b>Makanan di</b> Perak: Blog <b>Makanan di Malaysia</b>: [TRAVEL] Pesta <b>...</b> Posted: 11 May 2014 01:35 AM PDT Assalamualaikum :) Pada hari kedua di Perak , kami dibawa ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 (PMTL) . Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Lenggong. Untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong ini dirasmikan oleh YB Dato Mohamed Nazri iaitu Menteri Perlancongan dan Kebudayaan. PMTL ini adalah salah satu acara tahunan yang amat dinantikan oleh penduduk tempatan khasnya dan negeri Perak khususnya . Acara ini bakal menyajikan pelbagai keunikan tersendiri yang tidak terdapat di mana-mana tempat di Malaysia ini. Makanan special bagi kami pada waktu tu ialah sambal kelapa limau , memang terbaik rasanya dan siap bungkus bawa balik lagi sambal kelapa tu . PMTL juga merupakan wadah bagi mempromosikan budaya warisan Melayu khususnya dalam penyediaan makanan tradisional tempatan yang unik dan asli kepada pelancong dalam dan luar negara. Salah satu acara menarik sempat kami lihat adalah acara demonstrasi memasak nasi dalam buluh dan pertandingan tumbuk sambal belacan. Ini menunjukkan kehebatan wanita Melayu Lenggong yang arif dalam penyediaan masakan tradisional Melayu. Harapan untuk PMTL adalah dapat generasi ke generasi membentuk sebahagian daripada budaya masyarakat yang perlu dikekal dan dikongsi bersama agar tidak luput ditelan masa.Antara makanan yang dihidangkan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 :
Tamatnya perasmian PMTL ini , kami mengunjungi booth booth yang ada di situ .. Akhir kata , PMTL ini sangat best kerana makanan nya sangat lah superb dan berasap !! Orang Perak punya makanan kan .. :) Dah singgah blog saya rajin la comment! Smile! :D | ||||||||||||||||||||||||||||||
folio <b>makanan tradisional di malaysia</b> - qihdzdpd - Blog Makanan di <b>...</b> Posted: 30 Apr 2014 07:18 PM PDT Makanan Tradisonal Melayu RENDANG Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak KETUPAT Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa. LONTONG Lontong ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.Lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa. NASI LEMAK Nasi lemak merupakan masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan sepanjang hari. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu di hotel-hotel.Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang, sambal dan ayam goreng Makanan Tradisional India Tosai Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup. MURUKKU Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut. IDLI Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi. KARI Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana. Makanan Tradisional Cina NASI AYAMNasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian karena asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa makanan di Asia Tenggara. YONG TAU FU Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini. Pokoknya, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau khinzir, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh." Sejak itu beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sedemikian, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian. CHAR KUEW TEOW Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien | ||||||||||||||||||||||||||||||
Blog Makanan di Malaysia: folio <b>makanan tradisional di malaysia</b> <b>...</b> Posted: 25 Apr 2014 07:24 PM PDT Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,Saya sebagai rakyat Johor Darul Takzim mengalu-alukan kedatangan anda ke negeri kami.. Johor bukan sahaja terkenal dengan kedudukan negeri yang berada di selatan,Tapi kami juga ada makanan special yang anda semua harus cuba apabila bertandang ke Johor Darul Takzim.. Jom kita baca manalah tahu saudara-mara anda ada yang nak datang ke Johor Darul Takzim.
Ambeng merupakan makanan tradisional penduduk tempatan di Johor dan ianya popular dikalangan masyarakat Jawa yang tinggal di pantai Barat Semenanjung Malaysia.Nasi Ambeng juga berasal daripada Pulau Jawa yang terletak di Indonesia dan hari ini terbukti sebahagian daripada penduduk Pulau Jawa masih menikmati hidangan Nasi Ambeng ini. Selalunya Nasi Ambeng dihidangkan dalam majlis-majlis tertentu seperti kenduri arwah dan majlis kesyukuran samaada pada waktu malam atau tengahari. Masyarakat Jawa mempercayai dengan amalan ini ianya akan membawa kerukunan dan kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan.. Hidangan Nasi Ambeng biasanya dihidangkan untuk 4 orang dan isinya adalah Nasi Putih,Tempe goreng, Kerisik,Rempeyek,Serunding kelapa, mee goreng atau mee hoon goreng dan lain-lain. Nasi Ambeng dihidangkan dalam dulang atau talam yang dilapik dengan daun pisang.. Resepi akan diupdate dan kalau nak tengok resepi pergi label yang bertulis resepi.. Burasak merupakan makan tradisional orang Bugis..Ianya di kenali dengan juga sebagai buras.. Buras tak silap bermaksud beras.Makanan ini biasanya dihidangkan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Proses pembuatan burasak nie memakan masa yang agak lama.Burasak dihasilkan dengan menggunakan beras dan santan dan ianya ada variasi beras pulut.Sedap dimakan dengan serunding kelapa dengan rending daging .Memang dap.. lah
Dipercayai orang Bugis berada di berada ditanah Melayu sekitar tahun 1511 hingga zaman pemerintahan Sultan Ibrahim pada tahun 1778-1926. Mengikut susur galur kesultanan Johor,Sultan Ibrahim merupakan keturunan Bugis. If I wrong please forgive me.Ini pengetahuan yang saya tahu lah. Tapi kalau nak merasai kehebatan hidangan Burasak nie lubuknya dekat Pontian.. Rasanya hingga menjilat jari..Harga memang berpatutan. Kalau dah rasa mesti nak lagi.. Apa kate jom pergi ke Johor Sate yang semua ketahui adalah berasal daripada Tanah Jawa Indonesia.Ia juga salah satu makanan nasional di Indonesia.Sate juga popular di Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Filipina dan Thailand.Sate juga popular di Negara Belanda.Sate juga tersenarai sebagai 50 makanan paling sedap di dunia. Sate diperbuat daripada daging,ayam,kambing dan versi terbaru ialah daging rusa yang dipotong kecil-kecil dan ditusuk dengan buluh dan dibakar dengan arang kayu.. Sate dimakan dengan kuah kacang,hirisan timun,hirisan bawang merah,dan nasi himpit..Sate senang didapati dimana-mana sahaja di negeri Johor.Kalau dah rasa mesti nak lagi.. Kalau berkunjung ke Batu Pahat Johor anda semua mesti mencuba hidangan Nasi Beriyani Gam.Nasi Beriyani Gam juga dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam atau Dum.Nasi Beriyani dimasak dengan ketulan daging yang diperap semalaman bersama beras.Apabila Nasi ini siap nasi ini akan berbau rempah,dan rasa lemak manis yang dihasilkan oleh daging tersebut.Sejarah kemasukan resepi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi,rakyat Johor memperharui resepi ini ke selera Melayu dan terjadilah Nasi Beriyani Gam ini. Dipercayai Beriyani berasal daripada zaman Maharaja Mungal Muslim. Ia amat popular dinegara Asia Tenggara,Lucknow,Kolkata,Hyderabad,Kashmir ,Karachi,Dhaka,dan Delhi.Nama Beriyani berasal daripada perkataan beryan yang bermaksud goreng dan panggang.. Tempat Mee Bandung yang asli adalah berasal daripada Muar.Tempat Mi Bandung Muar tu menggunakan resepi turun- temurun yang asli.. Perkataan Bandung bermaksud berganda,berkembar ataupun berpasangan yang bercampuran dengan yang lain.Nama Bandung tidak ada kena mengena dengan Bandung Indonesia sebabnya dua-dua tak sama. Mee Bandung dimasak bergandingan dengan mi dan telur,dengan campuran cili dan bawang tumis,rempah ratus,belacan dan udang kering.Sesudah itu,ianya ditambah dengan udang,hirisan daging atau sayuran. Mi rebus atau mee rebus adalah sebuah hidangan yang amat terkenal di Johor.Ianya juga popular di Singapura dan Indonesia.Pada zaman dahulu,penjaja hidangan mi rebus ini bergerak menggunakan kandar yang dilengkapi dengan dapur,periuk,air masak dan bahan ramuan lain untuk memasak hidangan ini. Hidangan ini menggunakan mi telur kuning yang digunakan dalam mi Hokkien sebagai hidangan utamanya yang ditambah dengan kuah yang agak manis-manis pedas. Kuah mi rebus ini diperbuat daripada keledek,serbuk kari,air,kacang soya masin,udang kering dan kacang tanah yang dihiasi dengan telur rebus,limau kasturi atau limau nipis,daun bawang,daun sup,cili hijau,tauhu goreng,bawang goreng dan taugeh. Ada sesetengah tempat panggil mee ini adalah mi Jawa atau Bakmi Jawa.Hidangan ini mempunyai persamaan dengan hidangan Mie Celor yang terkenal di Palembang Indonesia. Laksa Johor merupakan hidangan yang kuahnya menggunakan santan untuk kuahnya.Dipercayai laksa dibawa oleh orang China ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa berasal daripada perkataan 'laksha' iaitu dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud banyak dan merujuk kepada banyaknya bahan yang digunakan dalam hidangan ini. Soto merupakan sejenis hidangan yang berasaskan sup ayam yang dihidangkan bersama nasi himpit.Tetapi,nak tahu tak asal usul soto nie.Jom kita bace.. soto tangkar Betawi dari Jakarta merupakan sup soto bertulang yang asalnya dari zaman penjajah. Polisi Belanda seperti cultuurstelsel (sejenis cukai yang tinggi) menyebabkan kemiskinan, sehinggakan tulang kering terpaksa direbus kembali dalam soto. Di Indonesia, soto juga dikenali sebagai sauto, nyoto, tauto (tauto Pekalongan), coto atau cotto dari Makassar atau Mangkasara, dan juga sroto di Sukaraja dan Banyumas, Jawa. Tetapi apa asal-usulnya nama soto? Ada yang mengatakan soto dahulunya makanan raja-raja. Dengan mengkaji nama 'sroto', kita mungkin dapat mengetahui sejarah nama soto. Kata orang tua-tua, pada masa dahulu terdapat seorang raja yang adil. Pada suatu hari, baginda jatuh sakit sehinggakan susah untuk baginda makan. Baginda inginkan sesuatu yang bersup dan senang dikunyah tetapi baginda tidak menyukai bubur. Akhirnya sup ayam dimasak dan nasi ditambah. Tetapi butiran nasi jelas terlalu sukar untuk disuap kepada raja yang sangat lemah itu. Oleh itu baginda meminta ketupat yang dipotong ditambah kepada sup tersebut. Kiub-kiub ketupat itu menyerap sup yang panas, dan makanan inilah senang disuap kepada raja. Supnya pula ditambah rempah supaya raja dapat menikmati sup tersebut, kerana orang sakit memang kurang berselera. Oleh itu, hidangan makanan yang baru ini dilahirkan, yang disuap kepada ratu (nama pangkat yang diberi kepada raja-raja di Indonesia dahulukala) sehingga baginda sembuh. Raja itu sangat menyukai hidangan tersebut, oleh itu ia mula dihidangkan dengan lebih kerap sehinggakan ia menjadi popular dengan rakyat jelata juga. Suap ratu jika diulang dengan cepat menjadi 'sroto', sepertimana ia masih dipanggil di Jawa Tengah, tetapi di kawasan lain, nama ini dipendekkan kepada 'soto'. Di Malaysia dan Singapura, soto selalunya berkuah cerah dan rasa berempah, dengan ketulan nasi himpit. Di Indonesia, setiap kawasan, daerah, mahupun bandar ada versi sotonya tersendiri; di bandaraya besar, boleh dikatakan yang setiap mangkuk soto unik kepada sesebuah jalan, ataupun juga seseorang tukang masak! Sebagai contoh, ada soto Bandung, soto Banjarmasin, soto Banten, soto kuning Bogor, soto babat Tasikmalaya, soto Kudus, soto Lamongan, soto Madura, soto Medan, soto Padang, soto kikil Surabaya dan sebagainya.
Ini adalah salah satu makanan yang Miss Yana suka.Ia juga adalah satu hidangan yang wajib ada selain burasak tadi pada pagi hari raya. Arisa adalah makanan untuk golongan elit Johor dan ianya jarang dijumpai dan di jual di sekitar negeri Johor.Arisa ini tak silap hidangan yang berasaskan daging. Ini adalah cucur udang orang biasa panggil dia..Sedap kan?. Tempat pisang salai original nie kat Parit Raja,Batu Pahat. Kalau nak jumpa telur pindang nie kat Majlis Perkhawinan je dia ada.. Tapi semenjak dua menjak nie telur pindang seakan-akan lupus.Orang sekarang lebih suka bagi souvenier makanan ringan yang menggemukkan je.. Rujukan
| ||||||||||||||||||||||||||||||
Blog Makanan <b>di</b> Perak: [TRAVEL] Pesta <b>Makanan Tradisional</b> <b>...</b> Posted: 10 May 2014 01:59 AM PDT بسم الله الرحمن الرحيم Adooooiii...tibe2 rase nak makan penampo makanan Orang Perak.... Rase lame benor tak dapat melantak makanan Perak nih.. Mak abah aku mmg terer le bab-bab masak ni.. lagi Pak Ajit tu.. Mengalahkan Chef Wan~ Tu ~Tri ~Por! Ni nak masukkan gambo2 makanan & minuman yang biase mak abah aku masak utk kami anak beranak... LAPOOOORRR!!!
Abah aku suke benor beli buah ni time bulan puasa... sbb xnak rase buah ni...xtau le nape...bukan xsedap.. cume xgemor le...
Perghhh~~ Sedap benor le serawe ni... Lagi2 kalo letaknye ais... Menambah-nambah dibuatnye... Ni abah aku le suke buat...kalo ade kuinin je mesti dia beli santan siap2... nak dibuatnye serawa
Pais ni aku suke gak makan... Selagi namenye ikan mesti aku makan...kecuali gulai tempoyak je laa... tu pun kuah je aku xmakan... Ikan dia aku telan.. NGAP!!!
Ya Allah~ Sedapnye la wey...jgn kate la bai... Bapak aku jugak le yg suke beli ni utk makan tghari... Meletop! Sedap gile makan ngan nasik panas!!
Bapak aku lagi!!! Ni kalo bapak aku msak...mmg belemak betul... lepas makan bleh trus potong kaki leee....
Uuii mak...sedapnye la wey...tgok je pun dah Tap! Tap! ayor lior teman... Mak aku le yg pandai masak sambal ni... Petai dia rase fresh je bile makan Crunchy gitu... Kalo org len masak petai rase lemau... (tapi dah kurang makan petai skrg)
Ni aku sedap gak...tapi aku kurang sket makan...mungkin aku xsuke makanan masam2 kot...
Sedapnye la haiiii.... Aku tak suke gulai tempoyak...tapi kalo tempoyak masak aku bedal. Pelik~~ NGAP!!!! Dah citer pasal lauk-pauk...kita cakap pasal kudap2 n kuih-muih pulak... Nom~ Nom~ Nom~
Ni bukan dadah yea adik-adik... ni la Sagon...atau org panggil sagu.. Rasenye sedap~~ Alhamdulillah! Tapi bila nak makan kena hati2...jgn sampai tersedak... kalo dah tersedak boleh teberak!!! NGAP!!!
Rase kuih ni manis2... Makan ni pun hati2...sebab meleleh-leleh je... kang belemoih!! NGAP!!!
Selalu dihidang time raye... time tak raye pon ade... seronok makan depan tv... Ngap! Ngap! Ngap!
Pergh!! Feveret aku... dulu selalu la jumpa time kenduri... xkire la kenduri ape pun... tapi sekarang dah kurang lee... nak buat pon renyah~~ NGAM!!!!
Mak aku kalo dapat ubi kayu mesti buat penjan ni cicah ngan nyior garam dia suruh belajo makan care org dulu2... (yelaaaa tu~) NGAP!!!
Bahasa senangnye lempeng le...tapi kalo sebut lempeng xde le macam bunyi PERAKnyeee... cakap pasal tepek nyior aku teringat ngan bekas kapten aspuri aku time sekolah dulu... Selalu panggil dia tepek nyior... xtau nape...tapi dia bersajak sedap! sedap cam tepek nyior
~SEKIAN~ | ||||||||||||||||||||||||||||||
Leumang, <b>Makanan Tradisional</b> Rumpun <b>Melayu</b> Kuno ala Warga <b>...</b> Posted: 10 May 2014 04:23 AM PDT Gampong Cot Baroh 10 Mei 2014 – Warga Gampong Cot Baroh Sedang memasak lemang "Teud Leumang" teud itu bahasa Aceh jika di artikan ke bahasa Indonesia adalah memangang atau memasak. Lemang atau dalam bahasa Aceh dikenal dengan leumang merupakan salah satu makanan (peunajoh) rumpun Melayu tradisional yang terbuat dari beras ketan dan santan dan dimasak dengan buluh bambu berlubang dilapisi dengan daun pisang untuk mencegah beras menempel ke bambu. Metode memasak menggunakan wadah bambu ini sangat populer, tidak hanya dikenal di daerah Aceh melainkan juga Suku Dayak Iban yang berada di Kalimantan. Biasanya dipersiapkan untuk perayaan seperti pesta panen pada Hari Gawai. Di Gampong Cot Baroh lemang biasanya dimakan dengan selai, gula atau durian. Lemang ini populer di Indonesia, Malaysia, terutama masyarakat di Aceh, Minangkabau dan masyarakat Iban di Kalimantan. Sementara untuk orang Manado, biasanya lemang dibuat dengan menggunakan metode tapai. Lemang sekarang dapat ditemukan di seluruh Indonesia karena penyebaran orang Minangkabau di seluruh Negeri. Lemang di antara masyarakat Melayu pada umumnya biasa dimakan untuk menandai akhir dari bulan puasa atau diacara maulid, tetapi untuk di Gampong Cot Baroh tidak mesti pada saat puasa atau acara maulid, lemang dibuat kekita ada "Breuh Pade Baroe" breuh pade baroe yang artinya beras yang baru siap di panen dari padi sawah yang umumnya adalah beras ketan atau dalam bahasa Aceh di sebut Breuh Leukat. Mari kita mencoba untuk belajar memasak lemang dan kebetulan resep masakan ini asalnya dari Gampong Cot Baroh. Bahan - bahan nya sebagai berikut :
Cara pembuatan nya :
Ingat: santan nya harus lebih banyak dari beres ketan karna kalau kurang lemang nya nanti jadi mentah.
Cara memasak lemang ternyata tidak terlalu sulit, cuma kita perlu menyiapkan beberapa bahan saja, mudah kok bahan nya buatlah 2 tiang penyangga dari kayu dengan ukuran setengah meter lalu tancapkan ke tanah kedua tiang tersebut dengan sejajar,dan letakan besi bulat diatas kayu penyangga tersebut, lalu hidupkan api (api kayu atau tempurung). . Setelah api hidup, letakan dan susunlah bambu yg sudah terisi beras ketan tersebut diantara api kedua penyangga tersebut. Supaya lemang tidak masak sebelah kita harus memutarkan bambu tersebut supaya masak nya merata dan jika tangan tidak tahan panas sebaiknya gunakan sarung tangan atau besi untuk memutar lemang bambu tersebut. Editor : Pengembang TIK Gampong Cot Baroh |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |