folio <b>makanan</b> tradisiona... - Blog <b>Makanan di Malaysia</b> - Blogger - Blog Makanan di Malaysia |
- folio <b>makanan</b> tradisiona... - Blog <b>Makanan di Malaysia</b> - Blogger
- Blog Makanan di Malaysia: folio <b>makanan tradisional di malaysia</b> <b>...</b>
- Terbaru..Gambar <b>Makanan</b> Pelik Yang Terdapat <b>Di Malaysia</b> - KOPI
- 6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Google Blog - Blog Makanan <b>...</b>
folio <b>makanan</b> tradisiona... - Blog <b>Makanan di Malaysia</b> - Blogger Posted: 01 May 2014 07:50 PM PDT Makanan Tradisonal Melayu RENDANG Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak KETUPAT Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa. LONTONG Lontong ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.Lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa. NASI LEMAK Nasi lemak merupakan masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan sepanjang hari. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu di hotel-hotel.Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang, sambal dan ayam goreng Makanan Tradisional India Tosai Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup. MURUKKU Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut. IDLI Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi. KARI Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana. Makanan Tradisional Cina NASI AYAMNasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian karena asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa makanan di Asia Tenggara. YONG TAU FU Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini. Pokoknya, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau khinzir, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh." Sejak itu beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sedemikian, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian. CHAR KUEW TEOW Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien |
Blog Makanan di Malaysia: folio <b>makanan tradisional di malaysia</b> <b>...</b> Posted: 25 Apr 2014 07:24 PM PDT Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,Saya sebagai rakyat Johor Darul Takzim mengalu-alukan kedatangan anda ke negeri kami.. Johor bukan sahaja terkenal dengan kedudukan negeri yang berada di selatan,Tapi kami juga ada makanan special yang anda semua harus cuba apabila bertandang ke Johor Darul Takzim.. Jom kita baca manalah tahu saudara-mara anda ada yang nak datang ke Johor Darul Takzim.
Ambeng merupakan makanan tradisional penduduk tempatan di Johor dan ianya popular dikalangan masyarakat Jawa yang tinggal di pantai Barat Semenanjung Malaysia.Nasi Ambeng juga berasal daripada Pulau Jawa yang terletak di Indonesia dan hari ini terbukti sebahagian daripada penduduk Pulau Jawa masih menikmati hidangan Nasi Ambeng ini. Selalunya Nasi Ambeng dihidangkan dalam majlis-majlis tertentu seperti kenduri arwah dan majlis kesyukuran samaada pada waktu malam atau tengahari. Masyarakat Jawa mempercayai dengan amalan ini ianya akan membawa kerukunan dan kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan.. Hidangan Nasi Ambeng biasanya dihidangkan untuk 4 orang dan isinya adalah Nasi Putih,Tempe goreng, Kerisik,Rempeyek,Serunding kelapa, mee goreng atau mee hoon goreng dan lain-lain. Nasi Ambeng dihidangkan dalam dulang atau talam yang dilapik dengan daun pisang.. Resepi akan diupdate dan kalau nak tengok resepi pergi label yang bertulis resepi.. Burasak merupakan makan tradisional orang Bugis..Ianya di kenali dengan juga sebagai buras.. Buras tak silap bermaksud beras.Makanan ini biasanya dihidangkan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Proses pembuatan burasak nie memakan masa yang agak lama.Burasak dihasilkan dengan menggunakan beras dan santan dan ianya ada variasi beras pulut.Sedap dimakan dengan serunding kelapa dengan rending daging .Memang dap.. lah
Dipercayai orang Bugis berada di berada ditanah Melayu sekitar tahun 1511 hingga zaman pemerintahan Sultan Ibrahim pada tahun 1778-1926. Mengikut susur galur kesultanan Johor,Sultan Ibrahim merupakan keturunan Bugis. If I wrong please forgive me.Ini pengetahuan yang saya tahu lah. Tapi kalau nak merasai kehebatan hidangan Burasak nie lubuknya dekat Pontian.. Rasanya hingga menjilat jari..Harga memang berpatutan. Kalau dah rasa mesti nak lagi.. Apa kate jom pergi ke Johor Sate yang semua ketahui adalah berasal daripada Tanah Jawa Indonesia.Ia juga salah satu makanan nasional di Indonesia.Sate juga popular di Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Filipina dan Thailand.Sate juga popular di Negara Belanda.Sate juga tersenarai sebagai 50 makanan paling sedap di dunia. Sate diperbuat daripada daging,ayam,kambing dan versi terbaru ialah daging rusa yang dipotong kecil-kecil dan ditusuk dengan buluh dan dibakar dengan arang kayu.. Sate dimakan dengan kuah kacang,hirisan timun,hirisan bawang merah,dan nasi himpit..Sate senang didapati dimana-mana sahaja di negeri Johor.Kalau dah rasa mesti nak lagi.. Kalau berkunjung ke Batu Pahat Johor anda semua mesti mencuba hidangan Nasi Beriyani Gam.Nasi Beriyani Gam juga dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam atau Dum.Nasi Beriyani dimasak dengan ketulan daging yang diperap semalaman bersama beras.Apabila Nasi ini siap nasi ini akan berbau rempah,dan rasa lemak manis yang dihasilkan oleh daging tersebut.Sejarah kemasukan resepi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi,rakyat Johor memperharui resepi ini ke selera Melayu dan terjadilah Nasi Beriyani Gam ini. Dipercayai Beriyani berasal daripada zaman Maharaja Mungal Muslim. Ia amat popular dinegara Asia Tenggara,Lucknow,Kolkata,Hyderabad,Kashmir ,Karachi,Dhaka,dan Delhi.Nama Beriyani berasal daripada perkataan beryan yang bermaksud goreng dan panggang.. Tempat Mee Bandung yang asli adalah berasal daripada Muar.Tempat Mi Bandung Muar tu menggunakan resepi turun- temurun yang asli.. Perkataan Bandung bermaksud berganda,berkembar ataupun berpasangan yang bercampuran dengan yang lain.Nama Bandung tidak ada kena mengena dengan Bandung Indonesia sebabnya dua-dua tak sama. Mee Bandung dimasak bergandingan dengan mi dan telur,dengan campuran cili dan bawang tumis,rempah ratus,belacan dan udang kering.Sesudah itu,ianya ditambah dengan udang,hirisan daging atau sayuran. Mi rebus atau mee rebus adalah sebuah hidangan yang amat terkenal di Johor.Ianya juga popular di Singapura dan Indonesia.Pada zaman dahulu,penjaja hidangan mi rebus ini bergerak menggunakan kandar yang dilengkapi dengan dapur,periuk,air masak dan bahan ramuan lain untuk memasak hidangan ini. Hidangan ini menggunakan mi telur kuning yang digunakan dalam mi Hokkien sebagai hidangan utamanya yang ditambah dengan kuah yang agak manis-manis pedas. Kuah mi rebus ini diperbuat daripada keledek,serbuk kari,air,kacang soya masin,udang kering dan kacang tanah yang dihiasi dengan telur rebus,limau kasturi atau limau nipis,daun bawang,daun sup,cili hijau,tauhu goreng,bawang goreng dan taugeh. Ada sesetengah tempat panggil mee ini adalah mi Jawa atau Bakmi Jawa.Hidangan ini mempunyai persamaan dengan hidangan Mie Celor yang terkenal di Palembang Indonesia. Laksa Johor merupakan hidangan yang kuahnya menggunakan santan untuk kuahnya.Dipercayai laksa dibawa oleh orang China ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa berasal daripada perkataan 'laksha' iaitu dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud banyak dan merujuk kepada banyaknya bahan yang digunakan dalam hidangan ini. Soto merupakan sejenis hidangan yang berasaskan sup ayam yang dihidangkan bersama nasi himpit.Tetapi,nak tahu tak asal usul soto nie.Jom kita bace.. soto tangkar Betawi dari Jakarta merupakan sup soto bertulang yang asalnya dari zaman penjajah. Polisi Belanda seperti cultuurstelsel (sejenis cukai yang tinggi) menyebabkan kemiskinan, sehinggakan tulang kering terpaksa direbus kembali dalam soto. Di Indonesia, soto juga dikenali sebagai sauto, nyoto, tauto (tauto Pekalongan), coto atau cotto dari Makassar atau Mangkasara, dan juga sroto di Sukaraja dan Banyumas, Jawa. Tetapi apa asal-usulnya nama soto? Ada yang mengatakan soto dahulunya makanan raja-raja. Dengan mengkaji nama 'sroto', kita mungkin dapat mengetahui sejarah nama soto. Kata orang tua-tua, pada masa dahulu terdapat seorang raja yang adil. Pada suatu hari, baginda jatuh sakit sehinggakan susah untuk baginda makan. Baginda inginkan sesuatu yang bersup dan senang dikunyah tetapi baginda tidak menyukai bubur. Akhirnya sup ayam dimasak dan nasi ditambah. Tetapi butiran nasi jelas terlalu sukar untuk disuap kepada raja yang sangat lemah itu. Oleh itu baginda meminta ketupat yang dipotong ditambah kepada sup tersebut. Kiub-kiub ketupat itu menyerap sup yang panas, dan makanan inilah senang disuap kepada raja. Supnya pula ditambah rempah supaya raja dapat menikmati sup tersebut, kerana orang sakit memang kurang berselera. Oleh itu, hidangan makanan yang baru ini dilahirkan, yang disuap kepada ratu (nama pangkat yang diberi kepada raja-raja di Indonesia dahulukala) sehingga baginda sembuh. Raja itu sangat menyukai hidangan tersebut, oleh itu ia mula dihidangkan dengan lebih kerap sehinggakan ia menjadi popular dengan rakyat jelata juga. Suap ratu jika diulang dengan cepat menjadi 'sroto', sepertimana ia masih dipanggil di Jawa Tengah, tetapi di kawasan lain, nama ini dipendekkan kepada 'soto'. Di Malaysia dan Singapura, soto selalunya berkuah cerah dan rasa berempah, dengan ketulan nasi himpit. Di Indonesia, setiap kawasan, daerah, mahupun bandar ada versi sotonya tersendiri; di bandaraya besar, boleh dikatakan yang setiap mangkuk soto unik kepada sesebuah jalan, ataupun juga seseorang tukang masak! Sebagai contoh, ada soto Bandung, soto Banjarmasin, soto Banten, soto kuning Bogor, soto babat Tasikmalaya, soto Kudus, soto Lamongan, soto Madura, soto Medan, soto Padang, soto kikil Surabaya dan sebagainya.
Ini adalah salah satu makanan yang Miss Yana suka.Ia juga adalah satu hidangan yang wajib ada selain burasak tadi pada pagi hari raya. Arisa adalah makanan untuk golongan elit Johor dan ianya jarang dijumpai dan di jual di sekitar negeri Johor.Arisa ini tak silap hidangan yang berasaskan daging. Ini adalah cucur udang orang biasa panggil dia..Sedap kan?. Tempat pisang salai original nie kat Parit Raja,Batu Pahat. Kalau nak jumpa telur pindang nie kat Majlis Perkhawinan je dia ada.. Tapi semenjak dua menjak nie telur pindang seakan-akan lupus.Orang sekarang lebih suka bagi souvenier makanan ringan yang menggemukkan je.. Rujukan
|
Terbaru..Gambar <b>Makanan</b> Pelik Yang Terdapat <b>Di Malaysia</b> - KOPI Posted: 28 Apr 2014 03:37 AM PDT Resep Masakan Indonesia – Kumpulan Resep Masakan Beserta … Resep Masakan yang kami tampilkan adalah resep masakan beserta gambar. Anda juga gambar makanan bisa Download Resep Masakan Indonesia. Gambar Step-by-Step: Cara membuat makanan tradisional Korea … Kimchi merupakan makanan tradisional Korea. Kimchi boleh dibuat daripada napa cabbage(kobis cina) timun lobak dan daun bawang. Gambar step-by-step : Cara membuat kuih tradisional dengan mudah Gambar step-by-step : Cara membuat kuih tradisional Semperit dengan mudah! Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum Di Malaysia | Mari Belajar … Setiap kaum mempunyai pakaian tradisional makanan dan budaya … Gambar-gambar di atas menunjukkan pakaian tradisional tiga kaum … Makanan Tradisional Suku Kaum Bajau. DENGAN IN SAYA TELAH MENYEDIAKAN BEBERAPA GAMBAR MAKANAN SUKU KAUM BAJAU YANG TERDAPAT DI SABAH. ANTARA … Budaya Indonesia – Wikipedia bahasa Indonesia ensiklopedia bebas 2.1 Rumah adat; 2.2 Tarian; 2.3 Lagu; 2.4 Musik; 2.5 Seni Gambar; 2.6 Seni Patung; 2.7 Pakaian Adat; 2.8 Seni Suara; 2.9 Seni Sastra; 2.10 Makanan; 2.11 gambar makanan sehat Film … Tari tradisional bagian dari budaya daerah yang menyusun kebudayaan … ana jingga: Makanan Tradisional di Malaysia makanan tradisional malaysia pelbagai kaum. … GAMBAR : Sekitar Majlis Tayangan Perdana Filem Balistik. Seminggu yang lalu. iko chocolito. MAKANAN TRADISIONAL INDIA Contoh gambar-gambar roti tempayan atau roti naan : … Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini merupakan gambar makanan satu makanan … gambar makanan tradisional – PeNdIdiKaN sIViK … gambar makanan tradisional. jom kenal2 makanan tradisional malaysia. Makanan Melayu memang terkenal sebab rasanyer yang pedas dan … Gambar Makanan Menurut jurnal itu melihat gambar makanan memang bisa menimbulkan selera … Akan berbeda jika kita melihat daftar menu di rumah makan tradisional. Jom Masak & Makan: KUIH MUIH TRADISIONAL KUIH MUIH TRADISIONAL …. gambar makanan sehat Cara-cara: Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah. …. Dodol kukus makanan tradisi makin dilupakan. makanan tradisional negeri sabah – makanan istimewa negeri … Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazan dusun ini amat … tradisional yang 'Famous' di sabah ialah seperti dua gambar yang … Kiviak Makanan Jeruk Burung Tradisional Yang Terkenal Di Greenland … Sep 27 2013 – Gambar Makanan 25 posts – 24 authors Kiviak adalah makanan tradisional untuk musim sejuk di Greenland dan ianya adalah diperbuat daripada burung (Auk) yang disumbat di … Contoh Gambar Makanan Tradisional Dan Contoh … – Tipspedia gambar lemak perut Makanan untuk membakar lemak – Bagaimana cara membakar lemak di perut ? Lemak perut yang berlebihan dapat mengancam … OMG : Kiviak Makanan Jeruk Burung Tradisional Yang Terkenal Di … OMG : Kiviak Makanan Jeruk Burung Tradisional Yang Terkenal Di Greenland (7 Gambar) Kopi Lekat | Perkongsian Manfaat: 10 GAMBAR MAKANAN … Ini pula makanan tradisional orang Scottish. Makanan ini deperbuat daripda hati jantung dan paru-paru kambing biri-biri yang dicincang dan … Makanan Tradisional — Blogs Gambar dan yang lainnya di … gambar makanan tradisional Sudah agak jarang menemukan camilan khas parahyangn ini. Tidak seperti siomay cilok atau cakue mini yang tersebar hampir di depan depan sekolahan SD. Makanan Tradisional: Cina Makanan tradisional ini amat murah dan harganya berpatutan. … makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas. MAKANAN TRADISIONAL Kongsikan bersama Koleksi Negeri Pahang gambar kenangan anda di Negeri Pahang berserta dengan 'Caption'. Hantar kepada kami untuk kami himpun … Lihat Gambar Makanan Bikin Lebih Cepat Kenyang – VIVAlife Terlalu banyak melihat gambar makanan justru tak memancing nafsu … Pizza burger steak cake sampai berbagai makanan tradisional. WARISAN TIMUR: KUIH MUIH TRADISIONAL MAKIN DILUPAKAN Jom kita lihat gambar-gambar dibawah. … Kenapa tidak juga kita memperkenalkan makanan tradisional kita terutamanya kuih muih tradisional … Gambar Permainan Tradisional Melayu – Slide Gambar Permainan Tradisional Melayu. by Aisya Humaira' Trainee Teacher at Institut Pendidikan Guru on Dec 30 2011. 6 770 views. Permainan Tradisional … Enaknya gambar makanan tradisional apa ya buat dijadikan batik … Sate aja. Bikin gambar beberapa sate dgn posisi kayak bintang * ukuran dan jumlahnya yah terserah berapa tusuk muatnya di buku gambar. RESTORAN MAKANAN PALING SEGAR DAN MENJIJIKKAN 8 … penemuan baru 8 gambar lada kerutu yang lebih pedas dar.. 8 Makanan Rahsia Kekal … berita makanan tradisional yang pelik lagi menjijikkan. Langsung Tak … Blog Sana Sini: Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun di Sabah Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan …. Ikan Kepala Babi Menggemparkan Penduduk Palembang (2 GAMBAR). Gambar-makanan-tradisional-beserta-penjelasannya | buah untuk diet Cara Cepat Mendapatkan Kehamilan – Makanan bergizi adalah salah satu faktor penunjang agar cepat mendapatkan kehamilan. Konsumsi … (7 Gambar) Makanan Pelik Dan Menggelikan – Ohsenyum : (7 Gambar) Makanan Pelik Dan Menggelikan. Kiviak adalah Sejenis makanan tradisional untuk musim sejuk di Greenland dan … Kumpulan Foto Gambar Unik – gambar makanan tradisional Kumpulan Gambar dan Foto Kumpulan foto gambar unik ini bisa membuat anda terkagum-kagum akan hasil fotograpi … Senjata Unik | Gambar Senjata Tradisional Indonesia · 50 Gambar unik | Foto Unik …. Gambar Bentuk Makanan Unik Aneh Lucu dan Kreatif. 20 Permainan Tradisional yang Sudah Jarang Dimainkan di Jaman … Karena itu saya rangkum permainan tradisional yang sudah jarang di …. dengan membuat gambar kotak-kotak kemudian melompat dengan satu kaki dari kotak … Makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun | 1001 Rasa Malaysia Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana … Gambar-gambar ini mempamerkan beberapa makanan … Makanan Tradisional India | 88DB Guide Feed – 88DB Blog Gambar i: Pembuat roti canai Setiap bangsa mempunyai makanan tradisi masing-masing. Tidak kira makanan tradisional Melayu Cina India … Gambar Makanan Tradisional Kaum Melayu – Tarian tradisional melayu riau Gambar tarian nias pencipta taritarian indonesia pengertian pakaian tradisional …… gambar permainan tradisional – Scribd gambar permainan tradisional – Free download as Text file (.txt) PDF File (.pdf) Word Doc (.doc / .docx) or read online for free. MAKANAN TRADISIONAL – ProProfs MAKANAN TRADISIONAL … MAKANAN TRADISIONAL … 6. BERDASARKAN GAMBAR YANG MANAKAH MAKANAN TRADISIONAL? Gambar Makanan Tradisional Kelantan | Darkbatman Makanan untuk tingkatkan metabolisma dalam badan · Tips Mengatasi Sakit Belakang · 6 Cara Melegakan Otot Badan l Bina Badan · Bapa Paling Bergaya … Sejarah Bola Sepak Kedah – Galeri Gambar – Memori Kedah kelihatan di gambar Datuk Seri Sanusi Junid menjulang piala FA yang dimenangi … Robert Rene Albert jurulatih import Kedah yang telah menyambung tradisi … Makanan Melayu Tradisional: Gambar kumpulan kita Makanan Melayu Tradisional. Wednesday August 18 2010. Gambar kumpulan kita. Posted by Makanan Tradisional Melayu at 5:40 PM · Email ThisBlogThis! Masakan Tradisional Jawa Timur Foto Gambar untuk … – Zomato Foto untuk Masakan Tradisional Jawa Timur Hayam Wuruk Jakarta. Masakan Tradisional Jawa Timur Gambar Masakan Tradisional Jawa … Gambar makanan tradisional iban Overview: Get More Information And Guides about Makanan Tradisional Iban and review our other guides and tips articles similar to Makanan Tradisional Iban … :: Masakan Tradisi Etnik di Sabah | .a little dream. okay bagi kaum Brunei sebenarnya banyak makanan tradisi tapi nda kan … gambar d atas ni plak ialah masakan Lauk Ampap. kaum Kedayan … Makanan Indonesia: gambar makanan tradisional gambar makanan tradisional. 1. Nasi Pecel. makanan khas dari madiun. sumber : . 2. Kerak Telur. makanan khas dari … Makanan Tradisional Orang Sabah. : The Food Channel – Page 3 … Apr 17 2009 – 15 posts – 10 authors At last jumpa juga saya images makanan tradisional orang Bajau dari sebelah …. gambar masakan tidak sama dengan penerangan..tidak … Gatot hitam lebih menggoda – Wisata Gunungkidul | Pesona … Gatot sebuah makanan ringan atau jajanan khas gunungkidul. Gatot biasa dikonsumsi … aku yo nduwe gambar makanan tradisional ning … My Resipi: Masakan Tradisional Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di adalah hakmilik tuan punya … Resipi di dalam kategori "Masakan Tradisional" (8 Resepi). Ringkasan Peraduan – Japan Photo Contest 2013 – 2014 Kami menerima penyertaan gambar percutian ke Jepun mengikut 6 tema iaitu "Otaku" "Fesyen" "Makanan" "Tradisi" "Alam Semulajadi" dan … |
6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Google Blog - Blog Makanan <b>...</b> Posted: 22 Apr 2014 11:18 PM PDT 'Kepelbagaian' merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu. Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda. Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam. Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis. Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor. Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina. Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18. Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja. Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain. Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain. Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai 'rice bowl of Malaysia'. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya. Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala. Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang. Untuk pesakit diabitis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya. Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng. Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain. Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung. Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain. Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung. Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama 'kandar' ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia. Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |