[ Sedih ] Wanita Malaysia dan anak di beri makanan daging kinzir di ... - Blog Makanan di Malaysia

[ Sedih ] Wanita <b>Malaysia</b> dan anak <b>di</b> beri <b>makanan</b> daging kinzir <b>di</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


[ Sedih ] Wanita <b>Malaysia</b> dan anak <b>di</b> beri <b>makanan</b> daging kinzir <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2014 11:20 PM PDT

Nur Sri Rahayu Marimon, 24 tahun,ibu muda warganegara Malaysia  yang kini tinggal di negara Nepal bersama mertua nya warga nepal dan dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Arab Saudi sejak tiga tahun lepas.

ibu muda pasti tidak terfikir apabila tindakannya melarikan diri ke Nepal mengikut suaminya akan menyebabkan hidupnya menderita sepanjang empat tahun di sana dan kini dia mahu pulang ke Malaysia.

Dia yang dikenali sebagai Ayu kini terpaksa bekerja memecah batu di Nepal untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan wang tetapi ia dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak mencukupi kepadanya dan anak-anak.

Lebih menyayat hati, anaknya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur nasi yang dimasak bersama dengan daging babi. jika si kecil enggan memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu.

Kira-Kira setahun lepas, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun, menerima panggilan daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.

Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.

Ayu dan suaminya itu berkahwin sebelum itu di Thailand dan kemudiannya mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir di Malaysia dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal.

Kini, Ayu merayu untuk dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tertahan hidup dalam keadaan sebegitu sehingga terpaksa memakan babi apabila disuruh oleh ibu mertuanya.

Marimon hadir bertemu dengan wartawan Mynewshub.my memaklumkan beliau telah menghubungi Wisma Putra untuk tujuan itu dan pihak Kementerian Luar sudah pun menghubungi kerajaan Nepal bertanyakan tentang keadaan anaknya. Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...