MB Terengganu rasa dukacita kejadian keracunan makanan ... - Blog Makanan di Malaysia

MB Terengganu rasa dukacita kejadian keracunan <b>makanan</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


MB Terengganu rasa dukacita kejadian keracunan <b>makanan</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 01:41 PM PST

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam melahirkan rasa duka-cita dengan kejadian keracunan makanan membabitkan seorang kanak-kanak maut Isnin lepas manakala 106 orang lagi terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan kejadian berpunca daripada mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng dibeli  di pasar malam Padang Syah Bandar pada Jumaat dan pasar malam Padang Hiliran pada Sabtu lepas.

"Ada antara peniaga pasar malam ini kurang menjaga kebersihan sehingga menyebabkan kejadian keracunan makanan.

"Terdapat juga lesen berniaga nama orang lain tetapi yang berniaga orang lain, jadi kita harap Pihak berkuasa Tempatan (PBT) lebih kerap membuat pemantauan me-ngenai perkara ini dan meng-ambil tindakan berasaskan undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat 85 mangsa keracunan yang masih menerima rawatan di HSNZ di sini semalam. Sebanyak 21 lagi telah dibenarkan keluar hospital.

Turut mengiringi Menteri Besar ialah Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat nege-ri Muhammad Pehimi Yusof.

Ahmad menasihatkan semua peniaga mengamalkan sikap tanggungjawab dengan memastikan kebersihan makanan dijual mereka dan mengutamakan keselamatan orang ramai.

Sementara itu, Dr Anwa berkata daripada 106 dimasukkan ke haspital Sabtu lepas sehingga pagi ini, 21 daripada mereka sudah dibenarkan keluar manakala 85 masih dirawat dan 35 orang menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Daripada 12 contoh najis pesakit yang diambil didapati sembilan adalah positif mengandungi bakteria salmonella," katanya. — Bernama

Print Friendly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...