Lebih 100 pelajar <b>di</b> Kuala Nerang keracunan <b>makanan</b> - Borneo Post - Blog Makanan di Malaysia |
Lebih 100 pelajar <b>di</b> Kuala Nerang keracunan <b>makanan</b> - Borneo Post Posted: 17 Feb 2014 01:46 PM PST KUALA NERANG: Lebih 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad di sini mengalami cirit-birit serta muntah dipercayai akibat keracunan makanan. Pengarah Kesihatan negeri Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata 160 pelajar mengalami cirit-birit dan muntah, bagaimanapun hanya sebahagian daripadanya dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) manakala selebihnya dirawat di sekolah. Beliau berkata 117 pelajar menerima rawatan pesakit luar dan dua daripada pelajar berkenaan ditahan di wad HKN untuk rawatan lanjut. "Pelajar dipercayai terkena jangkitan selepas menikmati makanan yang disediakan malam tadi, tapi semua masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam. Beliau berkata ekoran insiden itu dewan makan sekolah berkenaan ditutup selama dua minggu untuk pemeriksaan. — Bernama We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |