Perluas pasaran produk <b>makanan</b> tempatan - The Borneo Post Online - Blog Makanan di Malaysia |
Perluas pasaran produk <b>makanan</b> tempatan - The Borneo Post Online Posted: 11 May 2014 02:54 PM PDT Oleh Abang Ismail Abang Su'ud // Ia berpotensi dipasar di negara luar dengan contohi pendekatan negara-negara maju, kata Talib BINTULU: Produk makanan tempatan berpotensi dipasarkan di negara luar dengan mencontohi pendekatan perniagaan yang dilaksanakan oleh negara-negara maju yang berjaya memasarkan produk makanan mereka di negara ini. Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata, makanan tempatan sekiranya dapat dipasarkan dengan baik di luar negara boleh menjadi sumber pendapatan lumayan kepada usahawan tempatan. Beliau memberi contoh pembukaan rangkaian restoran Jepun yang menghidangkan makanan seperti 'Sushi' begitu laris serta mendapat sambutan penduduk setempat. "Jadi, kenapa tidak kita membuat makanan tempatan mengikut sistem yang sama dengan menyajikan makanan segar, bersih dan sebagainya sudah pasti juga boleh berjaya," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Jualan Amal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Bahagian Bintulu bertemakan `Wanita Pencetus Ekonomi Keluarga' di Dataran Esplaned semalam. Talib yang juga pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) berkata, banyak yang dapat dilakukan untuk membawa produk makanan ke pasaran tempatan dan luar negara. Katanya wanita yang terlibat aktif dalam perniagaan makanan mungkin boleh memainkan peranan mempopularkan produk makanan tempatan bukan sahaja di negara ini bahkan negara luar. Pelbagai aktiviti sempena program itu seperti gerai-gerai jualan, pertandingan menghias hidangan, gubahan hantaran (sirih junjung), masakan, menganyam ketupat, karaoke, mewarna untuk murid sekolah dan mengupas pinang. Dalam pertandingan menganyam ketupat menyaksikan Rukaiah Daud muncul johan, diikuti johan pertandingan mengupas pinang disandang Rohani Kawi yang berjaya mengupas 12 biji pinang. Manakala johan, tempat kedua dan ketiga pertandingan karaoke terbuka masing-masingnya disandang oleh Awang Ibrahim Awang Musthafa, S. Affendi dan Missiah Mumin. Johan pertandingan gubahan hantaran (sirih junjung) pula milik Ramlah Saidi dengan gubahannya `Junjungan Kasih Abadi', naib johan Dahlan Sepawi (Jalinan Kasih) dan ketiga Hasnah Sepawi (Puncak Kasih) serta keempat Hapsah Yaman (Teduhan Kasih). Pertandingan masakan menyaksikan Hafnif Hanif Bujang muncul johan dengan masakan 'Ayam Merah Berempah', naib johan Ramlah Saidi(Ayam Masak Lemak Cili Api Nogori) dan ketiga Siti Aisah Hussin (Rendang Ayam Berdansa). Johan pertandingan mewarna sekolah rendah tahap satu ialah Tiong He Xin, kedua Ling You Chen dan ketiga Kevin Tang yang semuanya daripada SJK Chung Hua Bintulu. Johan pertandingan mewarna untuk prasekolah ialah Oscar Yek, kedua Emelli dan ketiga Emilyhu Wei Qing yang mana ketiga-tiganya daripada Tadika Pimpin. Turut hadir Pengerusi MAKSAK Bahagian Bintulu Dewi Ratna Abdul Ghani, Temenggung Abang Suhaili Abang Mohamed, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu Wisil Licok dan ketua-ketua masyarakat. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |