Fakta: 5 Jenis Ikan Termahal di Malaysia! (Gambar) | Info Dalam ... - Blog Makanan di Malaysia

Fakta: 5 Jenis Ikan Termahal <b>di Malaysia</b>! (Gambar) | Info Dalam <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Fakta: 5 Jenis Ikan Termahal <b>di Malaysia</b>! (Gambar) | Info Dalam <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2014 05:47 PM PDT

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

MIRI: Seorang petani di sini tidak menyangka apabila berjaya menangkap dua ekor ikan empurau yang dianggap 'raja' sungai Sarawak di Sungai Silat di sebuah penempatan masyarakat Kenyah di Long Silat, Baram dekat sini semalam.

Paling manis, ikan empurau yang masing-masing seberat 3.5 kilogram (kg) dan 2.4 kg itu dibeli pada harga RM2,950 oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Pelbagai Ikan!

Malaysia – sebuah negara yang sinonim dengan pelbagai jenis makanan yang lazat daripada pelbagai kaum yang hidup dengan aman damai dan harmoni. Jika seseorang mahu menulis tentang kepelbagaian jenis makanan yang boleh diperolehi dalam negara ini, pasti tidak akan pernah habis dan cukup huraian dan isinya. Jadi kami membuat keputusan untuk menulis tentang sejenis hidupan yang boleh ditemui di Malaysia dan makanan lazat yang terdapat di Malaysia kebanyakannya terdiri daripada hidupan ini: Ikan. Ikan telah wujud sejak 530 juta tahun dahulu dan evolusi hidupan ini telah membawa kepada sumber makanan yang divariasikan. Bacalah tentang 5 jenis ikan termahal yang boleh didapati di Malaysia.

Ikan Empurau

1

1) Bolehkah anda bayangkan membeli sekilogram ikan dengan harga RM550? Dan ini adalah harga termurah yang boleh anda dapat! Namun tiada yang mustahil kerana inilah yang dilakukan oleh pecinta ikan air tawar yang dikenali dengan nama Empurau. Empurau adalah sejenis ikan daripada spesis Tortambroides atau dikenali juga sebagai 忘不了" dalam bahasa Cina (abaikan bagaimana ia disebut). Ikan ini hanya boleh ditemui di Sarawak dan harganya mahal kerana rasanya yang sangat manis, serta isi dan teksturnya yang lembut. Apa yang membuatkan isinya begitu lembut dan harganya mahal sehingga boleh mencecah RM2,000 sekilogram adalah kerana ia hanya memakan buah-buahan dan bunga dari jenis "Engkabang".

Ikan Jelawat

1

2) Sejenis lagi ikan yang mempunyai rasa yang manis dan isi yang lembut sama seperti ikan Empurau tetapi tanpa tanda harga yang melampau mahal adalah Ikan Jelawat. Ikan ini terdiri daripada spesis Leptobarbus hoevenii dan berasal daripada keluarga Barb. Isi ikan jelawat yang tergolong dalam jenis omnivor ini sangat lembut dan rasanya agak manis dan mempunyai lemak ikan dibawah kulitnya yang mungkin disebabkan ikan ini hanya makan buah-buahan hutan yang gugur di sepanjang pinggir sungai. Jika ikan Empurau berharga RM550, berapa pula kos ikan ini? Harga sekilogram Jelawat dianggarkan mencecah RM320…emm, mungkin kami hanya boleh makan dua bulan sekali.

Ikan Semah

1

3) Ikan Semah, berasal daripada spesis Tor Labeobarbus, hanya boleh didapati di perairan sungai Borneo, kerana ia tidak boleh ditemui di kawasan lain selain daripada habitat asalnya. Ikan semah adalah haiwan omnivor tetapi lebih cenderung memakan tumbuh-tumbuhan. Habitat asal ikan ini telah dicemari dengan aktiviti pertanian, pembalakan dan tangkapan ikan yang berleluasa. Oleh kerana teksturnya yang berbeza dengan ikan air tawar lain dan juga kerana ianya sangat eksklusif, harga sekilogram ikan semah boleh mencecah sehingga RM300.

Ikan Tengadak

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

4) Bagi anda yang menginginkan suatu hidangan lazat, apa kata anda mencuba Ikan Tengadak, sejenis ikan yang boleh didapati di perairan Borneo. Harga sekilogram ikan ini adalah RM250. Ikan ini mempunyai banyak tulang halus berbentuk 'Y' tetapi rasanya sangat manis dan sedap serta isinya yang amat lembut menjadikannya terkenal di kalangan mereka yang menggemari ikan segar berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

Ikan Ketutu

1

5) Marble Goby Fish atau "Soon Hock" fish yang juga dikenali dengan nama Ikan Ketutu dalam bahasa Melayu merupakan antara spesis terbesar dalam keluarga ikan gobi. Ia berasal daripada spesis Oxyeleotris Marmoratus dan habitat semulajadinya adalah di perairan air payau, terusan dan tasik. Seperti biasa, ikan yang mahal memiliki tekstur yang halus dan lembut serta rasanya amat manis. Ikan ketutu boleh didapati dengan harga RM100 sekilogram dan ianya terdiri di tangga kelima ikan termahal di Malaysia.

Jenis Ikan

Harga setiap Kilogram

Ikan Empurau RM550

Ikan Jelawat RM320

Ikan Semah RM300

Ikan Tengadak RM250

Ikan Ketutu RM100

......

Kredit: http://jimatcermat.my/ 

Mahkamah <b>Makanan</b> akan <b>di</b> buka ~ Blog Ohsem

Posted: 11 Jun 2014 01:00 AM PDT


Adakah wajar sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak faham dan tidak boleh berbahasa Malaysia. Sangat memalukan!!! Jika orang luar yang memahami Bahasa Malaysia, apakah yang mereka fikirkan? Satu sikap rakyat Malaysia yang sangat teruk. Hidup sudah berpuluh tahun di Malaysia, masih tidak mampu untuk memahami BAHASA MALAYSIA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...