Pembekal Makanan Malaysia Raih Prospek Perniagaan Baik Di ... - Blog Makanan di Malaysia






Pembekal <b>Makanan Malaysia</b> Raih Prospek Perniagaan Baik <b>Di</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia



Pembekal <b>Makanan Malaysia</b> Raih Prospek Perniagaan Baik <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2014 05:02 PM PDT


NEW YORK – Pameran New York Fancy Food Show (NYFFS) selama tiga hari yang berakhir pada Selasa, menyediakan peluang baik kepada syarikat makanan Malaysia untuk mempamerkan produk mereka kepada komuniti pengimport dan peruncit yang mahu mendapatkan keperluan produk makanan mereka dari Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia.

Muhd Shahrulmiza Zakaria, Pengarah Pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di New York memberi tahu Bernama bahawa

NYFFS merupakan "pameran yang baik tahun ini" dan lapan pempamer Malaysia yang menyertai pameran itu memperoleh maklum balas dan prospek perniagaan yang memberangsangkan.

"Ini merupakan kali pertama kami menyertai New York Fancy Food Show di bawah Malaysia Kitchen Programme (MTP). Kedua-dua pempamer Malaysia dan juga pembeli tempatan memberikan maklum balas positif kepada kami.

"Malahan, kami menerima pengunjung dari luar AS seperti China, Timur Tengah, dan lain-lain yang mengunjungi gerai pameran Malaysia," katanya.

Pempamer Malaysia memperoleh hubungan baik dengan pembeli dan antara pempamer yang mencatatkan prestasi amat baik ialah Perfect Food dari Melaka dan Roselle Farms dari Selangor.

Perfect Food yang mengeluarkan biskut jenama "Julie's" mahu menembusi pasaran perdana di AS dan pengarahnya Martin Ang berkata syarikat itu telah menerima beberapa pertanyaan perniagaan yang baik yang boleh diterjemahkan menjadi tempahan sangat besar.

Syarikat itu yang jenama biskut Julie'snya telah bertapak kukuh di Asia, Timur Tengah dan Afrika, sedang mengkaji trend terbaharu di pasaran AS di mana para pengguna Amerika semakin peka kepada makanan yang sihat.

"Kami menawarkan produk makanan yang dihargai oleh pengguna yang prihatin kepada kesihatan seperti biskut oat kami yang mendapat permintaan baik di sini," kata Ang.

"Pameran seperti ini juga menyediakan wadah pembelajaran bagi syarikat Malaysia dan menyediakan pendedahan kepada kaedah pembungkusan pembekal lain, teknik pemasaran mereka, standard kualiti dan lain-lain. Ini boleh membantu syarikat Malaysia meningkatkan eksport mereka ke AS," kata Ang.

Frank Tam, pengarah urusan Roselle Farms dari Shah Alam, syarikat yang menawarkan pelbagai produk berasaskan bunga raya menyifatkan penyertaan syarikatnya sebagai "amat bagus".

"Kami menerima sambutan yang sangat baik di pameran ini. Kami memperoleh 75 bakal pelanggan dan 50 pertanyaan serius yang akan membawa kepada perniagaan," kata Tam.

Tam berkata pengguna Amerika menerima produk Roselle Farms yang semula jadi dan tidak menggunakan bahan kimia.

"Makanan semula jadi dan organik semakin popular di AS. Pameran ini menjadi pembuka mata bagi kami dan mencerminkan trend dalam pasaran makanan AS," katanya.

Sementara itu Christine Chye, pengarah pembangunan perniagaan Kampong Kravers Sdn Bhd dari Petaling Jaya yang menawarkan pelbagai makanan seperti karipap dan pai antara lainnya, terkejut dengan sambutan dan minat daripada pembeli Amerika.

"Pengguna Amerika adalah antara yang paling boleh menerima makanan Asia," katanya sambil menambah beliau malahan menerima pertanyaan daripada pembeli Caribbean.

Menurut Chye, produk-produk syarikat itu juga telah dieksport ke China, Hong Kong dan Singapura antara lainnya.

Hernan Corp Sdn Bhd dari Selangor, yang turut menyertai pameran itu memiliki ladang durian sendiri di Pahang dan mengeksport durian sejuk beku ke AS, Australia, New Zealand, Perancis dan United Kingdom.

Syarikat itu juga menerima pertanyaan perniagaan yang menggalakkan di pameran tersebut dari pembeli AS yang juga berminat mengimport nangka dari Malaysia.

"Saya menerima jumlah tempahan tiga kontena durian sejuk beku dan nangka," kata Anna Teo, pengarah urusan Hernan, yang mendedahkan kepada Bernama bahawa beliau telah menjalankan penyelidikan menyeluruh bagi memastikan import mereka mematuhi peraturan Jabatan Makanan dan Pertanian AS.

Muhd Shahrulmiza berkata satu daripada ciri yang menarik pengunjung ke pavilion Malaysia ialah demonstrasi secara langsung makanan Malaysia dan beliau gembira makanan Malaysia menjadi tumpuan utama apabila sebilangan besar pengunjung mahu merasai makanan tersebut. – BERNAMA

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com


Related
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...