Penjualan Produk Makanan Indonesia di Malaysia Melebihi Target ... - Blog Makanan di Malaysia

Penjualan Produk <b>Makanan</b> Indonesia <b>di Malaysia</b> Melebihi Target <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Penjualan Produk <b>Makanan</b> Indonesia <b>di Malaysia</b> Melebihi Target <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2014 08:26 PM PDT

(Berita Daerah – Nasional) Dalam pameran Malaysia International Food and Beverages (MIFB) 2014 yang ke-15, aneka produk makanan, minuman serta komoditi lainnya yang berasal dari Indonesia berhasil meraih transaksi yang besar mencapai angka Rp8,625 miliar. Atase Perdagangan KBRI Kuala Lumpur Fajarini Puntodewi di Kuala Lumpur, Rabu (2/7) lalu  mengatakan jika nilai transaksi yang dihasilkan dari pameran kali ini melebihi target yang diharapkan.

Pameran yang berlangsung pada tanggal 19-21 Juni 2014 tersebut oleh 400 exhibitor dan termasuk 26 exhibitor internasional yang berasal dari Tiongkok, Ekuador, Yunani, Hong Kong, Indonesia, India, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Singapura. Pada pameran kali ini pavilion Indonesia dikoordinasikan oleh Bidang Perdagangan KBRI Kuala Lumpur.

Didalam pameran itu pavilion KBRI menyewa 6 stan dan diisi oleh 18 perusahaan yang terdiri dari perusahaan besar, menengah dan kecil Indonesia. Produk-produk yang ditawarkan antara lain teh, kopi, coklat, minuman diet dan kesehatan, ikan kaleng, rendang serta produk makanan kecil lainnya khas Indonesia seperti bakpia, kue, makanan ringan dan bumbu instan.

Dari produk makanan yang ditawarkan tersebut, Dewi mengungkapkan jika produk yang mempu meraih transaksi cukup besar antara lain produk teh, produk kakao, produk diet serta franchise ayam goreng. Produk yang dihasilkan oleh UKM Indonesia memang sangat diminati oleh asing sehingga produk yang dijual secara retail sangat laris hingga habis terjual.

Selain dari Malaysia, permintaan terhadap produk makanan dan minuman asal Indonesia juga berasal dari beberapa negara lainnya seperti Bangladesh, Tunisia dan juga Hong Kong. Ini menunjukkan jika produk makanan dan minuman yang dihasilkan oleh UKM indonesia memiliki kualitas yang bagus serta memiliki potensi untuk dijadikan produk ekspor.

Pasar untuk produk makanan dan minuman Indonesia di Malaysia memang tidak begitu besar, akan tetapi ini tetap menjadi peluang untuk terus dikembangkan karena memiliki potensi yang besar untuk dijadikan komoditas ekspor baik dengan tujuan negara Malaysia maupun pasar internasional lainnya.

Malaysia sangat berminat terhadap produk seperti teh, kopi dan kakao dari Indonesia karena memiliki kualitas yang tinggi dan dinilai lebih rendah biaya transportasi pengirimannya jika dibandingkan dengan para pesaing dari negara Afrika. Ini dapat menjadi sebuah peluang yang baik bagi Indonesia terutama industri makanan dan minuman karena dapat bersaing serta meraih pasar regional demi memperkuat kedudukan Indonesia dalam menghadapi MEA.

Produk makanan dan minuman halal Indonesia juga sangat diminati oleh negara Malaysia serta China. Malaysia memang berminat terhadap produk makanan dan minuman halal asal Indonesia karena penduduk Malaysia banyak yang menjadi pemeluk agama islam sehingga membutuhkan makanan dan minuman halal untuk dikonsumsi.

Selain itu juga negara China yang berminat terhadap produk makanan dan minuman halal dari Indonesia karena memang China sedang gencar membangun industri halal untuk memenuhi kebutuhan penduduk muslim disana. Salah satu daerah yang banyak terdapat penduduk muslimnya di China adalah Provinsi Ningxia.

  Akbar Buwono/Regional Analyst at Vibiz Research/VM/BD  Editor : Eni Ariyanti  image: ant  

Pembekal <b>Makanan Malaysia</b> Raih Prospek Perniagaan Baik <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2014 05:02 PM PDT

Pembekal Makanan Malaysia Raih Prospek Perniagaan Baik Di Pameran New York

NEW YORK – Pameran New York Fancy Food Show (NYFFS) selama tiga hari yang berakhir pada Selasa, menyediakan peluang baik kepada syarikat makanan Malaysia untuk mempamerkan produk mereka kepada komuniti pengimport dan peruncit yang mahu mendapatkan keperluan produk makanan mereka dari Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia.

Muhd Shahrulmiza Zakaria, Pengarah Pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di New York memberi tahu Bernama bahawa

NYFFS merupakan "pameran yang baik tahun ini" dan lapan pempamer Malaysia yang menyertai pameran itu memperoleh maklum balas dan prospek perniagaan yang memberangsangkan.

"Ini merupakan kali pertama kami menyertai New York Fancy Food Show di bawah Malaysia Kitchen Programme (MTP). Kedua-dua pempamer Malaysia dan juga pembeli tempatan memberikan maklum balas positif kepada kami.

"Malahan, kami menerima pengunjung dari luar AS seperti China, Timur Tengah, dan lain-lain yang mengunjungi gerai pameran Malaysia," katanya.

Pempamer Malaysia memperoleh hubungan baik dengan pembeli dan antara pempamer yang mencatatkan prestasi amat baik ialah Perfect Food dari Melaka dan Roselle Farms dari Selangor.

Perfect Food yang mengeluarkan biskut jenama "Julie's" mahu menembusi pasaran perdana di AS dan pengarahnya Martin Ang berkata syarikat itu telah menerima beberapa pertanyaan perniagaan yang baik yang boleh diterjemahkan menjadi tempahan sangat besar.

Syarikat itu yang jenama biskut Julie'snya telah bertapak kukuh di Asia, Timur Tengah dan Afrika, sedang mengkaji trend terbaharu di pasaran AS di mana para pengguna Amerika semakin peka kepada makanan yang sihat.

"Kami menawarkan produk makanan yang dihargai oleh pengguna yang prihatin kepada kesihatan seperti biskut oat kami yang mendapat permintaan baik di sini," kata Ang.

"Pameran seperti ini juga menyediakan wadah pembelajaran bagi syarikat Malaysia dan menyediakan pendedahan kepada kaedah pembungkusan pembekal lain, teknik pemasaran mereka, standard kualiti dan lain-lain. Ini boleh membantu syarikat Malaysia meningkatkan eksport mereka ke AS," kata Ang.

Frank Tam, pengarah urusan Roselle Farms dari Shah Alam, syarikat yang menawarkan pelbagai produk berasaskan bunga raya menyifatkan penyertaan syarikatnya sebagai "amat bagus".

"Kami menerima sambutan yang sangat baik di pameran ini. Kami memperoleh 75 bakal pelanggan dan 50 pertanyaan serius yang akan membawa kepada perniagaan," kata Tam.

Tam berkata pengguna Amerika menerima produk Roselle Farms yang semula jadi dan tidak menggunakan bahan kimia.

"Makanan semula jadi dan organik semakin popular di AS. Pameran ini menjadi pembuka mata bagi kami dan mencerminkan trend dalam pasaran makanan AS," katanya.

Sementara itu Christine Chye, pengarah pembangunan perniagaan Kampong Kravers Sdn Bhd dari Petaling Jaya yang menawarkan pelbagai makanan seperti karipap dan pai antara lainnya, terkejut dengan sambutan dan minat daripada pembeli Amerika.

"Pengguna Amerika adalah antara yang paling boleh menerima makanan Asia," katanya sambil menambah beliau malahan menerima pertanyaan daripada pembeli Caribbean.

Menurut Chye, produk-produk syarikat itu juga telah dieksport ke China, Hong Kong dan Singapura antara lainnya.

Hernan Corp Sdn Bhd dari Selangor, yang turut menyertai pameran itu memiliki ladang durian sendiri di Pahang dan mengeksport durian sejuk beku ke AS, Australia, New Zealand, Perancis dan United Kingdom.

Syarikat itu juga menerima pertanyaan perniagaan yang menggalakkan di pameran tersebut dari pembeli AS yang juga berminat mengimport nangka dari Malaysia.

"Saya menerima jumlah tempahan tiga kontena durian sejuk beku dan nangka," kata Anna Teo, pengarah urusan Hernan, yang mendedahkan kepada Bernama bahawa beliau telah menjalankan penyelidikan menyeluruh bagi memastikan import mereka mematuhi peraturan Jabatan Makanan dan Pertanian AS.

Muhd Shahrulmiza berkata satu daripada ciri yang menarik pengunjung ke pavilion Malaysia ialah demonstrasi secara langsung makanan Malaysia dan beliau gembira makanan Malaysia menjadi tumpuan utama apabila sebilangan besar pengunjung mahu merasai makanan tersebut. – BERNAMA

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada July 3, 2014 - 8:02 am oleh Nor Azlina Shaari

Bloglist <b>Malaysia</b>: Azwan Ali Kutuk <b>Makanan Di</b> Bazar Ramadan <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2014 06:33 AM PDT



GARA-gara paparan statusnya yang semakin menarik perhatian 'haters' artis versatil Azwan Ali sanggup mengupah seorang pembantu atau 'PA' hanya untuk menyekat kesemua 'haters' dari terus mengecamnya.

Menurut sebuah blog hiburan, ketegangan tercetus saat Azwan memuat naik  sebuah paparan status yang menghina juadah berbuka puasa yang dijual di bazar Ramadan.

"Slm. Tak main la beli juadah kat bazaar ramadhan? Most rasa sampah ! Maaf ! Just face the facts ! So?" katanya menerusi akaun Twitternya

Susulan daripada itu, pelbagai pihak mula menggerumuni laman sosial miliknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung status yang dimuat naik Azwan.

Kontroversi berterusan apabila Azwan nyata tidak berdiam diri dan mula menganggap 'haters' dan pihak yang mengecamnya bertarafkan anak setan.

Akhirnya, Azwan mengambil keputusan untuk membayar seorang pembantu sebanyak RM3,000 seminggu untuk menyekat dan menghalang 'haters' dari terus menyerangnya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...