Perkasa hidupkan tradisi Melayu di kota London | The Malaysian ... - Blog Makanan di Malaysia

Perkasa hidupkan <b>tradisi Melayu di</b> kota London | The <b>Malaysian</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Malaysia


Perkasa hidupkan <b>tradisi Melayu di</b> kota London | The <b>Malaysian</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2014 10:50 PM PDT

ibrahim_ali_1806_840_560_100

KUALA LUMPUR, 14 Julai :  Suasana kemeriahan Ramadan seperti yang dirasai di negara ini turut disemarakkan kepada rakyat Malaysia beragama Islam yang berada di luar negara.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) United Kingdom (UK) dan Eropah pada Sabtu lepas mengambil inisiatif menghidupkan tradisi Melayu di kota London melalui aktiviti gotong-royong penyediaan makanan tradisi iaitu bubur lambuk.

Perkasa UK dan Eropah dalam satu kenyataan di sini memberitahu acara itu bertujuan menghidupkan dan memartabatkan budaya Melayu semasa Ramadan di kota London.

"Di samping itu, (ia bertujuan) menyemai tradisi (membuat) bubur lambuk agar diteruskan oleh generasi muda, termasuk yang berada di luar negara," menurut kenyataan itu.

Ditubuhkan pada Mei lepas, Perkasa UK dan Eropah mempunyai keanggotaan seramai 253 orang yang terdiri daripada para profesional dan mahasiswa.

Sementara itu, Presiden Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali memberitahu Bernama program julung kali, yang dianjurkan Perkasa UK dan Eropah dengan kerjasama Restoran Pak Awie, bertujuan mengeratkan silaturahim sesama rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam di negara itu.

"Saya selaku presiden Perkasa berasa gembira dengan pemikiran anak muda untuk menganjurkan agihan bubur lambuk ini kepada umat Islam di kota London.

"Bubur lambuk hasil gotong-royong anggota Perkasa menghasilkan 500 bungkus berjaya diagihkan dalam masa sejam. Acara beginilah yang memberi makna dan akan memupuk sikap saling tolong-menolong di kalangan rakyat Malaysia di luar negara," katanya.

Ibrahim berkata pihaknya bercadang untuk menganjurkan satu lagi program agihan bubur lambuk di luar negara sebelum Aidilfitri nanti. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...